Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Cameron Highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cameron Highland. Papar semua catatan

Selasa, 20 November 2012

Heritage Hotel Cameron Highland

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak bagi review sedikit tentang hotel yang kami menginap semasa berada di Cameron Highland tempohari. Memandangkan last minute punya plan untuk bercuti di sana, pagi tu en suami bookingkan hotel melalui Agoda.com iaitu Superior Room check in pada 15/11/2012 hingga 16/11/2012. Jumlah yang dibayar adalah RM270.00 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Anak-anak di bawah 5 tahun adalah percuma *selamat duit haku*

So ini antara sedikit sebanyak review aku tentang hotel ini :

- Terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Lokasi sangat strategik di mana selepas sahaja bandar Tanah Rata terus akan nampak signboard hotel. Kedudukan hotel adalah di atas bukit, mempunyai banyak deretan apartmen & lobi hotel adalah di bangunan atas. Sekiranya ingin menetap di sini, pastikan tiba di Tanah Rata sebelum tengahari untuk check in sekiranya tidak mahu terperangkap di dalam jem sepanjang jalan dari Berinchang ke Tanah Rata (gara-gara pasar malam di Pekan Berinchang)

- Lokasi berdekatan dengan tempat makan. Terdapat banyak deretan kedai makan yang menyediakan masakan panas & steamboat di malam hari & kebanyakannya Halal. Terdapat juga deretan kedai menjual baju & barangan cenderahati Cameron Highland. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan & berdekatan juga dengan pekan Tanah Rata di mana ada restoran seperti Marry Brown & StarBucks juga ada di sini:)

- Kami dapat bilik di tingkat 2; agak kecewa dengan keadaan bilik di mana bau hapak dari karpet begitu ketara semasa buka pintu. Bilik agak luas tapi hanya terdapat satu katil King sahaja. Pada mereka yang beranak ramai bolehlah bawa tilam sendiri (nampak ada seorang penginap bawa toto sendiri masuk hotel), kalau tak bolehlah tambah extra bed memandangkan keadaan bilik yang agak besar. Segala perabut di dalam bilik adalah kelihatan usang kecuali TV yang telah ditukar kepada LCD.

- Toilet bersih, mempunyai tab mandi, tiada wayar pili air tapi ada timba kecil disediakan bagi mereka yang tidak biasa beristinjak dengan tisu:P LOL

- Bilik kami mempunyai balkoni tapi sayangnya tiada kerusi disediakan di luar balkoni untuk menikmati pemandangan di luar semasa terbit matahari / terbenam matahari

- Internet wifi hanya terdapat di lobi hotel sahaja. Patutlah ada banyak disediakan kerusi di lobi, rupanya dalam bilik tak boleh nak surf internet *sigh*

- Sarapan bermula dari 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Pelbagai pilihan makanan & rasa yang boleh tahan juga kena dengan selera kami:)


Alhamdulillah bilik kami berdekatan dengan lobi..Takderlah nak berjalan jauh dari parking:)


Pemandangan di malam hari 


Memang banyak disediakan sofa yang empuks macam ni di lobi hotel


Menu terdiri dari makanan timur & barat..semua ada!


Ini adalah pinggan kedua mak buyong..Pinggan pertama adalah nasi lemak berlauk kari ayam:)


Menu kami pagi tersebut ada nasi lemak, kari ayam, kuew teow goreng, baked beans, kentang bakar, tomato bakar, beacons, chicken hams, roti, bubur nasi, mee & bihun sup, omelette, salad, bijirin, muffin & puding roti


Sampai tak habis makan..Nak buat macamana..pagi-pagi perut tak boleh sumbat penuh sangat:P



Boleh buat pilihan hendak bersarapan di dalam atau di luar (menikmati udara yang segar & pemandangan hijau yang menyegarkan!)


Buah-buahan & salad antara kegemaran aku tapi tak sempat nak ambil..Al maklumler..tekak Melayu mesti cari nasi dulu:P


Setelah siap bersarapan, lepak sekejap di lobi hotel & kami terus keluar mencari strawberry. Musim cuti sekolah kena keluar awal supaya tak bersesak-sesak mencari parking nanti.

- Lokasi hotel berdekatan juga dengan Ladang Teh. Kalau ingin ke Ladang Strawberry harus keluar awal supaya dapat merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberry. Note : kalau musim cuti sekolah, jangan harap tuan empunya ladang nak bagi semua orang petik buah strawberry tu..huhu

- Boleh juga mengambil pakej tour Cameron dengan pihak hotel.

Secara keseluruhannya aku puas hati je dengan hotel ni..Bersyukur sangat-sangat dapat keluar dari rumah walau sehari dua..Al maklumler surirumah pon nak juga merasa angin luar, asyik treperap dalam rumah pon tak elok juga kan:P Tapi disebabkan en suami ni yang terlampau sibuk dengan kerjayanya so marilah kita berdikari keluar dengan anak-anak sajork..Next time mungkin ada rezeki kita keluar jalan-jalan seisi keluarga pula..Insya Allah:)

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Isnin, 19 November 2012

Tempat Menarik Di Cameron Highland

Assalamualaikum,

Hari ni lambat sket bersiaran..tengah adjust balik dengan jadual harian. Minggu lepas memang penat sedikit sebab cuti Maal Hijrah tu aku ke Cameron Highland, Sabtu pula ke Putrajaya sempena konvokesyen Haziq, semalam sempatlah duduk rumah mendobi & kemas-kemas balik apa yang patut..Hari ni pula ke hospital untuk check up, Alhamdulillah baby sihat & doakan semuanya akan berjalan dengan lancar nanti..Insya Allah!

Sementara masih fresh dalam ingatan ni, baik aku update gambar-gambar semasa percutian kami di Cameron Highland haritu. Percutian yang tidak dirancang memandangkan en suami tidak ikut & pada hari yang sama juga kami boking hotel. Alhamdulillah ada kosong di Heritage Hotel Cameron Highland. Harga pon standardlah kalau booking last minute; dalam RM270+ semalaman (nanti aku blog tentang hotel ini)

Aku ke sana dengan adik ipar aku. Bertolak pon agak lewat iaitu dalam pukul 2.30 petang dari Kuala Selangor. Anak-anak memang excited giler bila nak keluar jalan-jalan:) Di awal perjalanan memang lancar je traffiknya tapi bila dah sampai kat atas sana..Ya Allah jem giler!!! Hampir 2 jam perjalanan dari Kg Raja menuju ke Berinchang & Tanah Rata..Biaserlah, semuanya gara-gara pasar malam Berinchang tu..Salah kami juga sebab bertolak lambat kan..Tapi lepas je check in di hotel dalam pukul 8 malam, mandi & solat, kami keluar makan malam di kedai berhampiran hotel & sempat juga singgah ke Pasar Malam Berinchang walaupon masa tu sudah 11 malam! Best bila pergi lewat ni sebab orang pon dah tak amai & kebanyakan kedai jual murah sebab nak tutup dah kan:)

Balik hotel, terus terbungkang ketiduran kepenatan!

Esok pagi bangun awal-awal lagi sebab nak pergi petik strawberry (konon!) tapi hajat tak kesampaian bila semua tempat pon tak bagi petik strawberry:(

Dalam pukul 12 tengahari kami check out & meneruskan perjalanan pulang. Sebelum tu singgah lagi beberapa tempat yang direkemenkan oleh abang ipar..Sempat juga singgah di Pasar Berinchang untuk beli jagung mutiara yang sedap & manis tu!

Jom layan gambar-gambar dari Instagram aku..Semuanya secara rawak, malas nak susun memandangkan pergi kali ni sekejap sangat. Tapi Alhamdulillah anak-anak & mak buyong happy sangat-sangat!



di hadapan salah satu Hotel di sana iaitu Smokehouse Hotel yang memang nampak sangat-sangat ke Inggerisan! Mana tak Enggerisnya, dalam RM400-600 semalaman @_____@


Ni antara lokasi wajib berhenti kalau ke Cameron Highland. Pertama kali aku ke sini & macam-macam ada! Paling best adalah Muallaf Corner! Macam-macam barangan strawberry pon ada dijual di sini..Cendawan pon ada!


Kaktus berbunga..siapa nak??


Kedai yang menjual fridge magnet ni berdekatan dengan kedai makan di Tanah Rata..Beli 5 untuk RM10.00
Berjaya juga anak bujang aku mengepau duit aku untuk benda alah ini:P *mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi*


Antara pilihan anak bujang..selamat mendarat di peti ais rumah kami dahpon:)


Singgah makan home made ais krim di salah satu kedai Muslim kat sana (lupa pula namanya tapi on the way dari Tanah Rata ke Berinchang masuk simpang belah kanan) RM2 sebekas!


Ashraf sudah dapat gula-gula strawberry..beli satu RM0.40 beli 4 RM1..Aku tengok di S-Corner seplastik RM10.00 untuk 20 batang lollipop strawberry..murah kan?


Lagi Smokehouse..hanya boleh pandang dari luar sahaja..huhuhu Tak boleh masuk sebab tak menginap kat situ


Di Kebun Strawberry..berpagi-pagi ke sini tapi tak boleh petik strawberry:(


Smokehouse lagi..sungguh kedesaan!


Anak-anak & gula-gula..bagai irama & lagu..tak dapat dipisahkan!


Lobi Heritage Hotel..


Ashraf Hariz yang aktif, sampaikan ada sorang uncle bagi 2 biji strawberry gemuk-gemuk pada dia:) Mana pergi semua orang suka dukung Ashraf:)


Tak boleh petik, hanya boleh pandang dari kejauhan sahaja!


Pelbagai jenis cendawan ada di S-Corner ni


Di hadapan Heritage Hotel Cameron Highland


bukti anak-anak kepenatan! Tidur nyenyak sampai ke pagi


bunga-bunga yang segar!


S-Corner Kea Farm Cameron Highland..Nampak tak kereta bersusun-susun sedang naik menuju ke Berinchang! Harus merasa jem di sepanjang jalan:P


Mak buyong yang tak sedarkan diri, 8 bulan berjalan ke sana ke mari:P LOL


Sarapan pagi di hotel yang tidak mengecewakan..Tengok sahaja aksi mak buyong makan!


Kata penjual; lagi merah strawberry tu lagi manis rasanya..tapi apa yang aku dapat rasa adalah masyam semuanya!


yang pasti jagung mutiara dari Cameron Highland memang manis!! baik rebus mahupon bakar..semuanya sedap!!


Aksi anak dara di bilik hotel..Baju yang dibeli di pasar malam hanya RM15 sahaja!


Lagi pemandangan di Smokehouse


Alangkah indah kalau rumah kita macam ni, petang-petang menghirup udara segar di balkoni rumah sambil minum teh panas..Oh! bahagia


Semuanya berkisar tentang strawberry & pink!!


Cuba intai ke dalam tapi tidak kesampaian!


Payung-payung indah tergantung


Ashraf pantang dilepaskan, mesti lincah berlari..teruja dengan suasana sejuk & masa ni baru lepas makan di deretan kedai di Dataran Tanah Rata..Harga makan di situ murah & sama sahaja dengan harga di kedai yang biasa kami makan di Shah Alam ini


Budak debab yang sukakan kedinginan cuaca Cameron Highland..Teringat Kundasang!


Berjalan sambil belajar..budak-budak zaman sekarang!


Jangan lupa singgah beli cendawan di sini (S-Corner)..segar & harga berpatutan..Sayur-sayur 8 plastik RM10 sahaja


Sempat lunch di Muallaf Corner; makan chicken pie, mushroom soup, scones, nasi lemak, teh tarik, home made strawberry milkshake..semuanya sedap!


Pertama kali mencuba scones..sedap!


Harga juga berpatutan..Jangan lupa singgah ya:)


Strawberry with cream & chocolates! Rasanya lagi sedap tanpa ditambah cream


Akhir sekali bunga segar dari Cameron Highland..Semuanya pada harga RM15 sahaja digubah sendiri oleh aku:) #patutlahcacamarbasahaja

Oklah, itu sahaja yang sempat dikongsikan..Actually ada banyak lagi gambar tapi susah nak upload..Cameron Highland memang best! Tapi janganlah pergi masa cuti sekolah atau cuti umum kerana kebestan itu akan hilang bila dapat makan jem FREE..hihi

Tapi bagi aku yang sudah sememangnya kalis dengan jem, bak kata kawan aku; darah RedWarriors mengalir dalam diri dek kerana setiapkali balik kampung pon makan jem, so apalah sangat setakat 2 jam jem di atas sana dengan pemandangan & pengalaman melihat sendiri ciptaan Allah di atas sana..Subhanallah sungguh cantik!!

Insya Allah, kalau ada rezeki boleh pergi lagi..terima kasih pada en suami yang mensponsor hotel kami:)

Khamis, 15 November 2012

Short Vacation to Cameron Highland


Assalamualaikum,

Hari ni aku & anak-anak akan ke Cameron Highland..Last minute punya rancangan, tak sangka menjadi..Terima kasih en suami yang bookingkan hotel di atas..Nak pergi relaxkan minda *walaupon tak akan boleh relax punya* sebab hanya kami & anak-anak je yang pergi..Kan last minute punya!! Manalah en suami dapat ambil cuti on the spot..Doakan semoga semuanya selamat yaa..

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^