Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Desa Dairy Farm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Desa Dairy Farm. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2014

Kembara Bumi Sabah Day 2 : Desa Cattle Farm Mesilau

Assalamualaikum,

Sambungan dari entri sebelumnya ya. Selepas bagi makan anak-anak kenyang-kenyang, pengembaraan diteruskan untuk ke Kundasang pula. Kami gunakan khidmat wayze untuk ke sana tapi sebenarnya jalan nak ke Kundasang ni tak susah pun dari Kota Kinabalu hanya terus aje menuju ke Ranau. Sepanjang jalan akan bertemu dengan Rumah Terbalik iaitu sebelum jambatan Tamparuli. Hari tu kami tak singgah pun memandangkan kami pernah pergi dah di Rumah Terbalik pada tahun 2012. Sekarang ini nampak seperti ada seperti nak bina bangunan baru aje jadi malas nak singgah tempat yang sesak dengan manusia tu (tambah-tambah cuti sekolah lagilah kan!)


Ini jambatan Tamparuli yang baru. Kalau dah sampai sini maksudnya anda sudah terlepas Rumah Terbalik tu (kalau dari Kota Kinabalu lah kan)


Kalau jumpa bulatan hanya terus sahaja. Di sini banyak betul gereja yang ada sepanjang jalan.


Adalah dalam 2 jam menaiki jalan yang berliku-liku. Nasib baik anak-anak semua tertidur kekenyangan dah. Tinggal aku dan en suami je yang sibuk menikmati udara segar sepanjang jalan. Masa tu baru lepas hujan jadi memang kami buka aje tingkap kereta tu


Kalau petang memang tak akan nampak puncak gunung Kinabalu sebab dah dilindungi awan jadi nampaklah puncak gunung-gunung biasa. En suami kan pertama kali datang ke sini, sibuklah dia cakap aku tipu dia sebab tak nampak pun gunung Kinabalu nya. He he he


Sabah Tea ni memang masuk dalam senarai lawatan kami memandangkan dulu tak pernah pergi. Terletak 7km juga dari pekan Kundasang

Oklah, kami sampai di Kundasang dalam pukul 4 petang juga. Mula-mula tu pergi hotel dulu check in kemudian solat jamak dan keluar segera untuk ke ladang lembu yang terletak di Mesilau tu. Dulu pernah juga datang tapi masa tu pergi lambat sangat jadinya tak sempatlah nak tengok apa yang ada kat dalam tu. Boleh baca entri lama di sini :

Desa Dairy Farm & Pekan Kundasang

Dalam entri tu aku cakap tak boleh bayangkan kalau bawa kereta sendiri nak pandu ke sana kan? Tapi alhamdulillah, kalau ada en suami semuanya beres. Hero kesayangan kami kan. Lagipun jalan sekarang sudah berturap elok dah cuma bila dah sampai kat atas sana je yang masih berbatu-batu lagi. Kami sewa kereta saga automatik, merasa lah juga kecut perut sebab kereta tu tak mahu naik (ada satu tempat yang agak tinggi) He he he


Alhamdulillah kami sampai agak lewat juga tapi masa tu en suami pergi tanya dekat pondok pengawal tu dan cakap baru aje sampai dari Kota Kinabalu. Akhirnya penjaga tu bagi masuk dan siap bagi diskaun lagi. Ha ha ha. Ini yang best kalau berjalan dengan en suami sebab dia suka tawar menawar dalam semua urusan. Al maklumlah dia yang tukang bayarnya :P


Itu harga tiket bagi tahun 2014. Sekarang ini dah makin maju lah tempatnya. Nampak ada banyak bangunan baru dalam pembinaan. Orang yang datang pun makin ramai jadi kenalah "upgrade" sedikit fasiliti di situ.


gambar bunga di Kundasang pun nak tunjuk. 


Awal-awal lagi sudah nampak lembu gomuk gomuks






Alhamdulillah syukur sangat sebab tak sangka dalam masa 2 tahun ada rezeki datang bersama en suami dan 2 lagi ahli baru keluarga kami. Dulu tahun 2012 Ashraf yang paling kecil, sekarang ini Aaliyah yang paling "bongsu"


Jalan menuju ke tempat perah susu lembu dan penghasilan susu segar


Muka-muka gembira anak-anak. Yang besar jelah reti nak berposing bagai. Kalau Azzam tu jenuhlah panggil namanya tapi dia buat tak tahu. Asyik lari ke hulu ke hilir sebab suka dapat jalan-jalan kan :)


Baju merah tu kami beli sempena nak datang ke Kundasang lah! Sudahnya hari itu si Azzam tak nak pakai lah pula. Untuk anak-anak sebelum bercuti beli baju baru belaka tapi untuk mama & papa pakai aje mana yang ada. Sebab itu ada yang tegur asyik nampak aku pakai baju sama aje dalam gambar. Ha ha ha Eh, Mark Zukeberg pengasas facebook tu pon pakai baju sama aje hari-hari :P


Baru nak pandang sini. Kenangan tahun 2014. Kalau ada rezeki boleh datang lagi dengan ahli keluarga yang baru pula. Eh!


Kat dalam ni ada jual gelato, yogurt, susu segar dan ole-ole seperti baju, key chain dan fridge magnet
Kena beratur dan bayar dahulu baru boleh ambil barangnya. Tapi masa aku sampai ni dah nak tutup kan jadi banyak yang dah habis. Sempat beli susu segar aje 4 kotak. Kalau tak silap harganya semua dalam RM16


Kita boleh lihat bagaimana susu di bungkus (packaging) di sini


Alhamdulillah, anak-anak sempat melihat bagaimana proses memerah susu dijalankan. Tak tahu pula ada anjung yang disediakan. Nasib baik tergerak hati nak pergi tengok apa yang ada kat situ. OOO Rupa-rupanya acara memerah susu sedang dijalankan. Meriah betul susu lembu tu, nak buat macamana makan cukup pastu cuaca pun sejuk kan! Kita manusia kalau cukup makan cukup kasih sayang pun mesti susu badan akan meriah juga :)


Susu dah disedut masuk ke dalam paip yang bersambung terus ke kilang. Kat sini banyak juga lalat. Mungkin sebab bau lembu dan keadaan yang basah membuatkan lalat-lalat suka untuk berkunjung ke sini


Bila dan siap kena perah, lembu-lembu pun dengan rela hati pulang ke kandang :P


Kena ada orang yang jaga kalau tak mesti lembu-lembu tu tak nak kena perah susu mereka kan? He he


Bila dah siap tengok lembu, masa untuk balik. Sempatlah bergambar dulu sebagai kenangan bersama. 5 anak yang pelbagai ragam, masing-masing ada cara tersendiri. Memang susahlah nak panggil mereka bergambar. Yang penting mama happy (walau masa ni tengah migrain sakit kepala yang amat sebab cuaca sejuk sangat dan pening masa mendaki jalan ke Kundasang tadi)


Dalam perjalanan keluar, sempat singgah tepi pagar tu untuk bergambar dengan lebih dekat dengan lembu-lembu Kundasang. Mereka ni cerdik juga, asal nampak manusia aje mereka datang dekat-dekat sebab nak berselfie sekali. HA HA HA Masa ni aku duduk dalam kereta aje, en suami yang banyak layankan anak-anak ambil gambar dengan lembu. Orang Semenanjung jakun eh mari jauh-jauh semata nak tengok lembu :P

Sampai Pekan Kundasang kami singgah di restoran HIdayah yang selalu kami makan dulu, order sayap ayam dan nasi. Tapi masa tu aku dah tak tahan sangat sebab sakit kepala berdenyut-denyut sampaikan nak makan pun tak lalu. Jadi, kami pun bungkus dan balik ke chalet tempat aku sewa. Kebetulan masa ini pula hujan turun, berlari-lari anak-anak aku masuk ke kereta. Alhamdulillah, tak jauh je pun chalet kami dari Pekan Kundasang ni.

Malam tu semua tidur awal sebab kepenatan tapi sesekali Ashraf lah tersedar sebab sakit kaki. Itulah, tengahari asyik melompat aje kan.

Oklah, sambung lagi esok destinasi seterusnya ke Pekan Ranau pula :)

Isnin, 7 Mei 2012

Travelogue Sabah Day 2 ~ Desa Dairy Farm & Pekan Kundasang

Assalamu'alaikum,

Sambungan Travelogue Sabah lagi..hehehe Jangan sampai ada yang bosan membacanya sebab aku memang bahagikan entry mengikut tempat yang aku pergi, tu yang nampak macam lama je di Sabah..hikhik

Ok,lah..sambung dari entry semalam, Lepas makan, solat & rehat-rehat sekejap..kami terus keluar ke Pekan Kundasang. Jaraknya tak jauh pon dari hotel Strawberry Garden (dalam 10 minit perjalanan) & bila tengok gerai-gerai yang menjual sayuran, of courselah kita kaum Hawa ni menggeletis nak turun beli tengok..

Kalau dah tengok, tak sah kalau tak beli..hehehe Tapi sayur kat sini macam mahal juga tapi dek kerana rambang mata..Kak Na berhabis juga dalam RM20 beli sayur sahaja:P


Kak Nor cakap " Masha Allah..banyaknya shayur" *baca dalam loghat Indon ya*


Kalau bunga-bunga segar, 1 kuntum dalam RM3, kalau sejambak tu dalam RM10 (kalau tak silap aku)


Geram tengok bunga-bunga ni..tapi aku tak beli pon sebab nanti nak ke KK pula kan..konpem-konpem kalau aku beli pon nanti akan layu macam tu je..

Lepas je beli sayur di Pekan Kundasang, kami terus ke Desa Dairy Farm. Tak jauh dari Pekan tu tapi jalan nak naik ke atas sana..Ya ampun..kalaulah kami sewa kereta & drive sendiri ke tempat ni, konpem-konpem tak sampai..huhuhu

Laluan mendaki bukit & jalan yang tak sekata, memang memangjang pakai gear rendah je..Masa ni aku duduk seat belakang sekali..Merasalah kepala terantuk di bumbung kereta bila naik bumper..hahaha

Sepanjang jalan tu nampak rata-rata penduduk kat situ menanam sayuran seperti bunga kobis, daun bawang (nampak macam rumput je), tomato, kobis & macam-macam lagilah..Dan-dan tu juga Kak Na & Kak Nor berangan nak pindah ke sana sebab nak tanam sayur T____T

Yaaa, memang kami suka bergurau..Memang enjoy trave dengan Kak Na sebabnya Kak Na ni memang pandai buat lawak:P


Aku tak pasti perjalanan mengambil masa berapa minit tapi yang pasti bila je kami tiba kat atas, Desa Dairy Farm tu dah tutup so make sure korang sampai kat sana sebelum pukul 5 petang yaaaaa (lagi info di sini)

Tapi kami masih berpeluang bertemu dengan lembu-lembu Kundasang sebabnya kat sebelah jalan tu pon dah nampak lembu-lembu sedang enak meragut rumput kat situ..Subhanallah!! Memang cantiknya pemandangan..Betullah kata orang, sebijik macam suasana di New Zealand except bau tahi lembu yang menusuk ke dalam hidung:P


Bahagianya lembu-lembu di sini..Cuaca sejuk, makan banyak, susu banyak:)






Even Ashraf terkesima sekejap bila tengok lembu-lembu kat sini..Cuaca petang tu agak sejuk..Kalau angin bertiup, sejuknyaaa sampai ke tulang..huhuhu






Haaiii, nama saya Lembu Kundasang..femes saya bila ada orang datang jauh-jauh nak bergambar dengan saya



Ni gambar dalam perjalanan turun..Bila turun bukit rasa macam sekejap sahaja..Kalau naik...hermm...tahan nafas sokmo:P

Kemudian kami ke Restoran Hidayah yang terletak betul-betul berdekatan dengan Pekan Kundasang. Sudahlah dapat mengadap Kinabalu, dapat pula makan chicken wing panas-panas..terbaek ah:)


Masa ni memang sejuk..aku pula boleh terlupa bawa sweater Ashraf & diri sendiri (tertinggal di bilik) so merasalah menggigil setiapkali angin bertiup..huhuhu Abnag teksi yang tegur aku supaya Ashraf dipakaikan sweater sebab takut Ashraf sejuk..bagusnya orang Sabah!




Awat muka Husna ni??


Ashraf Hariz bertuahnya kamu..dapat melihat puncak Kinabalu pada hari pertama ke Kundasang lagi:)


Haziq yang merajuk sebab aku tak bagi dia main kamera..kang habis di delete semua gambar..mahu nangis tak keluar air mata nanti




Waktu terbaik untuk melihat puncak adalah pada waktu pagi daam pukul 6~8 pagi & juga petang (kalau cuaca mengizinkan) & selepas tu puncak akan dilitupi dengan awan dah..

Alhamdulillah..kami sempat tengok puncak..Subhanallah! Memang terkesima sekejap:P

OK..macam biasa..bersambung naaaaa:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^