Aku teruskan lagi travelogue Sabah hari kedua..Selepas sampai di Menumbok, abang teksi sudah siap tunggu kami so bermulalah acara kebas *ontot duduk dalam kereta. Perjalanan dari Menumbok ke Kota Kinabalu sebenarnya mengambil masa dalam 3 jam setengah tapi haritu dek kerana aku travel pada hari BERSIH sedunia, so ada polis buat sekatan jalanraya di sepanjang jalan nak ke Kota Kinabalu ni..So merasalah travel selama hampir 5 jam untuk ke Kota Kinabalu & hampir 2 jam dari Kota Kinabalu ke Kundasang..
Nasib baik abang teksi tu pandai cari jalan short cut & kali ni dia ikut jalan sepanjang tepian pantai..kelakar bila ingat balik daerah-daerah yang aku lalui sepanjang perjalanan ini; mula-mula Menumbok, lepas tu Menunggang, Kuala Penyu, Kimanis & macam-macam lagi nama yang pelik-pelik (bagi aku seorang pelancong jakun)..Tapi honestly, Sabah memang best:)
Di kawasan Sabah ada banyak tugu (macam dalam gambar)..Ni di Kuala Penyu so haruslah ada penyu kan:)
Nampak pulau-pulau..Sayang sebab kali ni tak sempat nak jejak kaki di pulau-pulau..Takpelah, insya Allah next time ada rezeki lebih kami ke sana lagi:)
Kami ada juga berhenti makan (lupa di mana) tapi kalau di Sabah, nasi yang diorang bagi memang banyak..Minta separuh pon banyak juga T____T
Lepas tu kami teruskan perjalanan sampailah terserempak dengan Rumah Terbalik di daerah Tamparuli..Memang aku pernah terbaca pasal Rumah Terbalik ni tapi tak tahu di mana..Rupa-rupanya on the way ke Kundasang sahaja..Alhamdulilah..sempat juga meihat dari luar..hehehe Tak masuk pon sebabnya malas nak beratur panjang & kalau masuk pon bukannya boleh bergambar so baik bergambar dari luar sahaja..hehehe
KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan
setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia
yang menyampaikan mesej alam sekitar.
Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di
Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat
berbaloi.
“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan,
lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang
memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk
pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur
Sabah.
Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu
dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi,
ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.
Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk
peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.
Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan
melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan
dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.
Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.
Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
Sumber dari mStar Online
Hebat kan binaan rumah ni..Bukan calang-calang orang boleh bina rumah terbalik macam ni..hehehe Kalau ada pon orang lain yang buat..masalahnya sanggup ke nak tinggal dalam rumah terbalik??
Sampaikan kereta pon terbalik juga..Tapi kami dilarang bergambar di bawah kereta..risau juga kot-kot akan terjatuh ke apa..Kalau tak silap, kereta tu dilekatkan dengan simen sahaja..hebat kan?? Owh! abaikan bibik yang berbaju purple tu, dia memang suka interframe dalam gambar anak-anak aku:P
Masa ni matahari tengah tegak atas kepala..Memang panas ah!!
Laluan untuk masuk ke dalam rumah..Ada orang yang jaga so memang tak boleh suka-suka hati masuk bergambar tanpa bayar dulu..
Rugi sebab tak boleh masuk ke dalam tengok..Tapi kalau masuk pon boleh tengok jelah sebab memang tak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah ni
Alhamdulillah, dapat tengok depan mata juga rumah terbalik ni..Anak-anak aku pon sampaikan sudah kenal rumah terbalik ni (on the way balik pon lalu jalan yang sama & memang sentiasa penuh dengan pelancong je tempat ni)
So kami teruskan lagi perjalanan ke Kundasang yang penuh mencabar. Jalan menaiki bukit tapi sesekali ternampak Kinabalu di sebelah kami..Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah..
Masa ni tak nampak sangat, bila dah makin dekat tu..sampaikan air terjun yang turun dari Gunung Kinabalu pon nampak:)
Akhirnya kami sampai di Strawberry Garden Hotel dalam pukul 3 petang..Memang penat tapi bila nampak pemandangan yang cantik, teramatlah berbaloi..Lepas je dapat kunci chalet, kami terus ke chalet makan bekalan & solat..Janji balik dengan abang teksi untuk keluar pada pukul 4.30 petang..
Inilah teksi Menumbok yang banyak berjasa kepada kami..Abang teksi pon sangat-sangat baik menolong kami mengangkat semua barang:)
Nantikan sambungan Travelogue Sabah Day 2 pula...
4 ulasan:
5jam dlm van?
Adoikkkkhhhh stress dgr.apapon worth it lah leh bjln jauh.
bestyer... byk tempt ila xsampai ms g sabah dulu... mcm nak pegi lg je nnt
akak belum pernah sampai ke Sabah...huhu
teringin nak ke rumah terbalik tu
Lynn,
A'a..kebas bontot aku weh tapi bila sampai Kundasang..very worth it..
Iela,
Zaila pon kalau ada rezeki nak pergi lagi..sangat-sangat best:)
Kak Kasihredha,
Pergilah kak..tak rugi:)
Catat Ulasan