but to make it better, letme just write in points *wah tetiba nak cakap omputih laks*
1) minggu ni badan aku terasa penat, sejak weekend lagi sebab agaknya tak pernah rehat..ada saje keja nak buat *eceh* sejak en suami outstation tidur tak pernah lena, lepastu bila dia dah balik pon tak lena juga sebab Ashraf memang jenis berjaga malam, that's why mata aku dah ada lingkaran hitam macam beruang panda T___T Pastu sekarang bila en suami ada selalu sampai rumah lambat, bila balik lambat selalu tak sempat nak buat semua benda, kadang-kadang tak sempat nak basuh baju, nak sidai baju, nak lipat baju, kemas dapur, sapu lantai, mop lantai, kemas bilik, pendek kata semua benda tak dan nak buat;(
2) Semalam Ashraf kena cirit birit, actually dari hari Ahad lagi, everytime lepas minum susu terus membuang & hari Isnin lepas aku dah bawa g jumpa doktor..doktor tanya ada tukar susu tak?? kami jawab tak then doktor tanya kat rumah ada kucing tak?? and kami jawab ada..herm, doktor cakap selalunya banyak berlaku kes macam ni, tambah2 at this stage Ashraf tengah belajar explore benda kan, apa-apa pon main masuk mulut so ada kucing ni macam tak hygenic sangat unless kita boleh pastikan rumah kita ni hari2 mop & vacuum..haisy..in that case, of courselah i have to choose my child than our cat kan..so nak kena buat something ni..starting last night aku memang dah tak bagi kucing2 aku masuk rumah..nak kurung kesian so aku just bagi diorang makan kat luar & hopefully hari ni aku sempat balik mop rumah dengan Dettol multi purpose cleaner tu
3) Pasal Ashraf lagi, malam tadi agak teruk juga cirit biritnya..aku memang tak bagi susu langsung (of courselah susu FM, kalau aku boleh bf dia konfem aku bagi) instead of that aku banyakkan bagi air masak & air garam..paling sedih bila montot
4) hari Isnin lepas Haziq bagitahu yang teacher dia pesan suh bawa makanan ntok akwan-kawan hari rabu nanti..so semalam aku dah beli barang-barang sebab nak buat makaroni goreng tapi bila sampai rumah tengok kat dapur tomato puree takde *hampa* seb baik malam tadi en suami g beli kat 7E lepas jumpa ejen insuran tu so pagi tadi aku bangun awal semata-mata nak masak makaroni goreng ntok anak jantan bawa ke sekolah hari ni *rasa bangga* Harap-harap habislah kan walaupon makaroni goreng biasa je..takderlah sedap mana pon;P
5) hujung bulan ni aku plan nak cuti balik kampung sempena cuti Awal Muharam kan..kan jatuh hari Ahad so carry forward ke Isnin..lepastu aku plan nak ambil AL yang tak berapa nak ada ni, ingat nak balik sampai 1hb tp tulah..plan aje, kena adjust ngan schedule en suami..haisy..AL dia aku rasa tak pernah berusik sebabnya dia memang tak pernah cuti pon tahun ni..even kalau dapat MC pon dia masih lagi datang keje..sungguh dedicated en suami bila bab keje, weekend ni pon nak ke Kota Kinabalu pula untuk meeting..aku pula yang tolong berasa penat bagi pihak dia..aku tak fahamlah kenapa en suami tak pernah mengeluh bila banyak kerja..tapi baguslah, aku bersyukur juga dapat suami yang suka bekerja, kalau dapat laki yang mengharapkan kita je keje camno?? nanges nanti:P Owh, harap-harap en suami dapatlah cuti juga sebab kebetulan Kak Na aku dari Labuan akan balik kampung juga 30hb ni so aku harap aku dapatlah jumpa Kak Na & anak-anak before kami balik Shah Alam nanti *insya Allah*
6) Bila anak sakit, dan-dan tu je aku rasa nak ambil cuti jaga anak..tapi kan mana mungkin sesenang itu..harini pula bos aku ke Labuan so nak tak nak aku kena datang kerja..Aku tak suka cuti bila bos outstation sebabnya nanti aku tak nak orang cakap "mentang-mentang bos tak ada terus tak mari keje"..Seriously aku tak suka!! Tapi kalau certain case macam emergency, aku rasa memang aku wajib cuti, kena keraskan hati jelah kan..harap-harap bos faham..by the way, ni dah hujung tahun..nak juga jaga reputasi sebab akhir-akhir tahun macam ni, bos pon akan start buat penilaian dah..haaa, kerap-kerap cuti kang nanti akan memberi effect kepada bonus & KPI..silap hb increament pon sama..so tak naklah macam tu kan:P
7) Aku rasa aku macam nak aktif balik dalam buat biz..sejak ada anak kecil ni, aku dah totally mengabaikan Mari Kelih Store..macam hidup segan mati tak mahu je..dahle lesen niaga tak sambung-sambung..adoiyyaaa..tapi aku akui, sejak tak buat biz, akaun Maybank aku tu sunyi sepi..takde nampak $$ bertambah pon..selalunya every month konpem akan nampak juga masyuknya:P so insya Allah, sabtu ni aku plan nak g cari stok baru, nak mulakan sket2 macam dulu..tak nak jual banyak-banyak sebab in the end banyak yang tak habis jual..so baik aku play safe jual sket-sket je..speaking of biz, aku kecewa jugalah ngan kadar poslaju yang makin mahal sekarang ni, kadang harga kita dah rendah tapi dek kerana kos pos yang tinggi so harga barangan jadi sama mahal dengan yang kat kedai tu;( so susah nak yakinkan customer untuk beli barang kita nanti..tapi takpe, aku ada banyak strategi nak buat ni..harap-harap, i will get on my biz track again!!
8) sekarang ni nak join bazaar on weekend pon susah..dengan sewa yang mahal & balik modal..kalau ada yang murah pon, tempat jauh sangat..macam susah juga nak pergi..aku suka juga join bazaar, especially ilove bazaar kat Subang Parade macam aku join dulu-dulu..tapi sekarang ni, diorang terlalu demand vendor & susah nak dapatkan slot..kalau ada pon, bolehke aku bagi komitmen macam dulu??huhuhuhu
9) Tinggal sebulan je lagi nak habis 2011 kan?? so far, apa pencapaian aku this year eh?? dapat Ashraf kot..hahaha..macam tahun-tahun yang lepaslah, hidup aku sama je..celik mata, keje, jaga anak, gaduh ngan anak..tu je..tapi Alhamdulillah, aku rasa aku bahagia..bahagia dengan cara aku..sejak ada anak 3 ni, rasa macam super
10) dah masuk 10 dah point aku..ntahapapapa kan?? apa-apa pon thanks kerana sudi membaca..tata~
3 ulasan:
aku pun tgh serabutan ni..
satu-satu aku baca sbb aku pun serabut gile bile ujung2 tahun ni..bagus gak aku baca ni, leh bagi idea utk aku berblogging nnanti...kene list2kan sume gitu, takut ade yg terlupe..hehehe
p/s : kdg2 kite rase mcm tadek pencapaian tapi cube pejam mata, ingat balik bulan 1 ari tu.. mesti byk beza dgn bulan skang kan..?;)
sifar, kenapa kamu??
Maya, a'a..konpem banyak..kalo aku makin gemuklah jawapannya:P
Catat Ulasan