Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 8 Jun 2011

Beza Check Up Anak di Swasta & Kerajaan

Bila baca entry Lily yang berjaya membawa Zara & Zareef check up di Klinik kerajaan, rasa terpanggil pula untuk bercerita tentang Ashraf. Kali ni kami decide untuk check up di swasta aje memandangkan mama & papa Ashraf ni dah malas nak menunggu sampai separuh hari di klinik kerajaan tu. maklumlah, mama & papa kan orang penting kat office;D

Eh, bukan tak suka check up di klinik desa tu. Haziq & Husna dulu semua check up kat sana. Masa Haziq, biaserlah dua-dua pergi *maklumlah anak first kan*, bila Husna pula en suami just drop by Zaila di klinik & datang ambil bila semua dah siap. Tapi kali ni, bawa Ashraf check up di klinik Dr. Nora (yang Zaila selalu sebut dalam blog ni) aje, selalunya pergi awal-awal & dalam sejam dah siap & boleh masuk office dah. Tak payah nak ambil cuti separuh hari & rasa bersalah (read takut-takut) untuk masuk office lepas tu;D

Antara Kelebihan check up di Klinik Desa / Poliklinik Kerajaan;-

- Of courselah percuma kan!! Ni yang paling best;)

- Pemeriksaan yang menyeluruh iaitu dari timbang, ukur lilit kepala, badan & akan ada sesi kaunseling tentang pentingnya susu ibu kepada baby. Kadang-kadang ada juga konsultasi tentang cara-cara merancang keluarga;)

- Boleh dapat ramai kawan & saling bertukar cerita / petua tentang karenah anak-anak

Antara Keburukan check up di Klinik Desa pula;-

- Of courselah masa yang diambil terlalu lama..Kadang-kadang boleh ambil sampai separuh hari juga. Pada mereka yang tak bekerja bolehlah kan nak tunggu lelama kat situ api bagi mereka yang bekerja..Haruss ambil cuti separuh hari..Huhuhuhu


- Kadang-kadang tu "terkena" dengan nurse yang garang. Huhuhuhu..kan tak best, tambah pula bagi ibu yang baru ada anak, of courselah masih tak reti sangat tentang peraturan kat situ, apa yang perlu dibuat dulu & apa yang seterusnya. Tapi bukan semua nurse klinik desa garang ya..Hari-hari tertentu je kot;D



- Hanya nurse yang check up anak kita & bukannya doktor. Doktor datang pun hanya sekali sekala sahaja. Pendek kata bukan setiap bulan kita boleh berjumpa dengan doktor ya..



- Bila dah mengambil masa yang lama tu, kita kena persiapkan diri dengan makanan, susu, pampers & segala benda yang boleh mengelakkan baby kita meragam / bosan menunggu.



Haaa, agaknya itu ajelah kot kelebihan & keburukan check up di klinik gomen. Kalau check up di swasta pula of courselah sekejapan sahaja kan. Tapi bukan semua tempat juga, kalau doktor yang kita nak jumpa tu femes, haruslah menunggu lama juga kan. Selalunya lepas je bersalin di hospital swasta, baby kita akan diletakkan di bawah penjagaan paeds terus so tak yah nak susah-susah pening kepala lagi nak carikan doktor kanak-kanak. Dari baby umur sebulan sampailah ke 2 tahun anak kita akan berada di bawah pemantauan Dr tersebut. Tapi kalau tak nak sambung khidmat paed tu boleh je ambil imunisasi dekat klinik-klinik biasa. Yang penting, anak kita dapat semua imunisasi yang diperlukan;)



Tapi kalau check up kat swasta ni of courselah harga yang diambil kira kan. Ada setengah kompeni akan cover medical anak-anak (baguslah) tapi malangnya kompeni tempat kami cari makan ni tak cover;( Terpaksalah keluarkan belanja duit sendiri untuk bayar segala kos perubatan anak. Lagi satu, kalau swasta ni macam biasalah, diorang kan nak berniaga, mulalah promote imunisasi yang optional untuk diberikan kepada anak-anak. Maklumlah, zaman sekarang kan ada macam-macam penyakit *bikin hati mak bapak gundah gulana aja*. Selalunya sekali check up boleh cecah sampai ratusan ringgit. huhuhuhuh *kalau anak 10, pengsan!!*



Hermm, apa-apa pun bergantung pada korang juga nak p check up kat mana. Pertimbangkan faktor-faktor kewangan, masa & tempat juga supaya takderlah tension bila setiapkali nak bawa anak check up;)




ni buku monthly check up Ashraf dengan Dr Nazir kat SALAM



tapi bulan pertama aje check up ngan Dr Nazir then sambung dengan doktor biasa je

nilah optional vaksin tu..sekali cucuk bukan murah tau..menggeletarlah lutut nak membayarnya;D



Hermm..korang rasa optional vaksin ni perlu ke?? Ada sesiapa pernah ambil untuk anak masing-masing tak??

4 ulasan:

mrs.spicy berkata...

huhu..maryam ambik jer..

yantz-yeem berkata...

dari start mengandung anak 1st sampai la skg mmg cek-up kat kilik gomen je...mmg amik waktu...tapi kalo tiap2 bulan nak spend wit kat klinik swasta mmg bengkok la..tpi xpe lah at lis ada gaks pi wat cek-up kan? so kita tau perkembangan anak camno...so far pengalaman kat klinik gomen ok je...lain org lain ragamnya kan?

mrs adam berkata...

kalau ada duit why not je optional vaksin utk anak tu,pencegahan awal.tapi kalu tak de ongkosnya tak payah la.hehe
saya lum mampu lagi nak bg yang optional vaksin tu,maklumlah rm150-280 sekali vaksin.tapi kalu ada duit terlebey nanti mungkin nak bagi jugak.apa2 pun tak semestinya ada vaksin 100% tak dapat penyakit,sebab penyakit tu Allah yang tentukan..em..ni pendapat je la :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

hehe..act kite terbukak hati nk check-up gomen kali ni sbb mengambil kire ape yg nurse2 kat kk rengit inform dulu..diorang cakap act vaksin di klinik kjaan lebih terjamin kualitinya..sbb diorang mmg sgt2 menitikberatkan penjagaan vaksin2 tu sume..if klinik swasta, cara penjagaan tu dikhuatiri tk berapa betul n leh sebabkan vaksin dh trcemar..tk taulah betul ke tak tp mmg terkesan di hatilah..=p

nway, zara dulu pon tkde amik vaksin tmbahan..tp org kata if antar anak ke nurseri, mmg bagus amik vaksin pneumococal tuh..leh kurangkan risiko jangkitan virus2 di kalangan kanak2..mklumlah, nuseri kan ramai budak kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^