Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 30 Januari 2015

Resepi Daging Masak Kicap Kini Mudah Dengan Periuk Noxxa


Assalamualaikum,

Waaah kerlas tajuk entri ni. Mentang-mentanglah ada puyyok #NoxxaPC kan, semua resepi nak letak nama dia kan? Tapi betul lah, sangat-sangat mudah untuk memasak dan menggunakannya! Oklah, cakap banyak tak dapat apa pun, meh aku kongsikan resepi kali ini.

Sediakan 1 kg daging atau lebih, alang-alang masak kita buat kerja 2 dalam satu. Kenapa? Kerana mula-mula aku nak masak daging dengan mod tekanan tinggi dan sambil tu simpan kuah daging buat stok. Oh bagaimana ya? Mudah aje, masukkan daging & air. Kemudian masukkan sup bunjut dan rempah ratus bersama sedikit garam (garam ni suka hati lah nak masuk ke tak) kemudian tekan mod HP selama 30-40 minit. Aku buat 40 minit memang daging lembut sangat. Takde dah masalah sakit gusi selepas makan menu berdaging. Waaah mak suka!

Bahan-bahan :

- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang besar
- 2 tangkai serai diketuk
- 1 biji cili merah
- sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
- kicap manis
- sos tiram
- Lobak merah & tomato

Cara-caranya :

- Selepas daging sudah empuk, simpankan air rebusan tadi untuk stok. Kalau nak masak bubur anak ke apa-apa masakan bolehlah masukkan air rebusan daging ini ya.
- Kemudian setkan periuk #Noxxa ke mod fry (menggoreng), masukkan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis bersama rempah 4 serangkai tu sampai naik bau, kemudian campakkan serai.
- Masukkan sos tiram dan kicap manis secukupnya.
- Masukkan daging dan kacau-kacau.
- Masukkan lobak merah, cili merah, tomato dan tutup sekejap tutup periuk untuk bagi sayuran cepat masak.
- Siap untuk dihidangkan bila rasa dah kena dengan selera masing-masing.

Mudah bangat! Semalam bertambah-tambah Haziq makan nasi.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan periuk Noxxa ni, boleh beli secara tunai mahupun bermain kutu (bukan kutu kat kepala). Surirumah sudah tentu mahukan gadget yang boleh membantu kita memudahkans egala urusan kan? Boleh PM kalau nak sertai kutu kami. Ada group sokongan di dalam WA dan facebook lagi.

Kalau mahu tahu pasal kelas asas blog & fanpage, sila singgah sini ya : www.zailamohamad.blogspot.com

Sehingga bertemu lagi :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^