Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 20 Jun 2009

Anak Dare Mak!!!

Salam semua..perghh..lamernya Zaila terperap dalam gua ni..bukan xnak stori mori tapi sekarang ni asal balik umah jer penat yang amat..maklumlah seharian kat opis yang sejuk panas tu & tambah pulak cuaca yang ala2 jerebu manje, lagiklah buat badan Zaila makin letih..balik umah plak nak kena layan hero & heroin ni (ya, sekarang ni mereka macam cat & dog, sangat xbole berjumpa akan bercakaran sesame mereka)..aduhh..penat!!!

Tapi jangan risau, Zaila tetap terjah blog kawan2 semua cume kadang2 xsempat nak tinggalkan jejak..masa agak terhad so kn gunakan dengan bijaksaner..al maklumler nak jadik blogger kenalah pandai uruskan masa..wakakakkaka..yorlah tuuuu..

Sajer nak cerita sal anak dara Zaila..huhuhuhu..sudah besar dah Ameera ni..bulan depan genaplah setahun..raser sekejap jer mase berlalu..sajer bergurau ngan hubby tanya bila Ameera nak dapat adik..seb baik hubby bagiktau tunggu2lah dulu;p
Aper yang Ameera sudah pandai buat??? Setakat ni Ameera dah pandai;-
- Berdiri yang ni biaserlah..tupon nak habaq ka??
- Turun katil sendiri hubby ajar skali jer, skrg ni pantang dok atas katil mesti nak turun, caranya dia unjurkan kakinya dulu..tapi kn monitor gak, maklumlah xstabil maner lagi
- Belajar berjalan hihihihi, dia gunakan kerusi sebagai alat bantuan berjalan, sile rujuk gambar kat bawah;)
- Bergaduh ngan abang dier sudah pandai tarik rambut, mama xajar tapi xtahulah mane die belajar
- Minum air pakai gelas cuma nanti dia akan gigit gelas tu;-)
- Sangat2 perangai kejantanan i mean ganas k!!

Rasernyer tu jer kot..Setakat ni xleh berjalan lagi, tapi kalo kita pimpin tangan dia, sure bole bertatih..Tanggal 060709 birthday Ameera so untie2 luar saner especially untie Ayu yang sambut ulangtahun perkahwinan mereka tarikh sama ngan Ameera, jangan lupa kasik hadiah tau --sah, mama Ameera suka meminta2;p

first time pakai klip rambut tapi hanya tahan selama 5 minit jer..tupon kira lamelah tu!!!

sedang cuba untuk guna alat bantuan berjalan (sila abaikan dinding umah yang penuh dilukis oleh abangnyer & peha Ameera yang gebu ittew)

jatuh bangun semula, that's my gurl;)

fesyen rambut ala2 tempurung gitu;p

Habis cerita Ameera..nanti nak cerita sal Haziq pula..mamat tu bukan main lagi sekarang ni..nanti2kan;-)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

has nak sgt ada anak berambut potongan "tempurung" mcm ameera, cute la..tp mykids ni semua selalu dibotak ala2 mawi gitu..hhee..bila la nk ada anak ppuan nih yg comel mcm ameera ke..

Zaila Mohamad berkata...

hihihihihi...so aper lagi, silerlah tambah koleksi anak..maner tahu berkat dapat baby gurl;-)

Ami berkata...

comelnye ameera!mate bulat hehe.
perangai sedikit ganas-mesti ikut abe die dok?hehe,ganas2 tapi comel takpo

mslvoe berkata...

ameera sgt cute!

Tanpa Nama berkata...

comel laa dok dlm troli tu..hihih

Zaila Mohamad berkata...

Ami, masalahnyer abang dia slalu kalah ngan dier..

Sha, thanks!!!

Ninie, sekarang dah xyah susah2 bawak stroller dah, letak jer dalam trolli;p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^