Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 Jun 2009

**Tempahan Nasi Kerabu**


Salam semua..Actually Zaila dalam proses untok mengumpul dana bagi mengisi tabung kecemasan & sebagai satu cara menambah wang poket Zaila;) hihihihihi..tanak dah nyusahkan hubby so Zaila terfikir untuk tambah pendapatan sendiri dengan buat apa yang Zaila reti buat..huhuhuhu..nak masak nasi beriani, nasi hujan panas segala xberapa nak pandai lagi..so aper kata Zaila mulakan dulu dengan menerima tempahan nasi kerabu..so saper2 yang dah lame mengidam nak makan nasi kerabu & teringin nak buat jamuan..haaaa..bolehlah tempah kat Zaila ya..tapi mungkin Zaila akan buat masa hujung minggu sahaja memandangkan Zaila ni ada komitmen kat opis..sedap tak??nak kate sedap tu xtahulah..tapi dah 2 tahun Zaila buat open house hidang nasi kerabu..bukan tanak buat menu lain tapi member2 opis & geng2 dok request nak makan nasi kerabu..so cuba dulu baru tahu ya;)

Zaila banyak belajar buat nasi kerabu dengan MIL Zaila..dulu mek ni seorang penjual nasi kerabu..dengan hasil jualan nasi kerabulah mek dapat membesarkan 11 orang anaknya (actually 12 tapi meninggal sorang) & Alhamdulillah semuanya berjaya dalam hidup masing2..sekarang ni mek rileks jer..semua penat lelah mek telah berbayar..Mak Zaila (mak kandung) pon seorang peniaga jugak..tapi mak Zaila jual nasi & lauk pauk..one of the famoust menu yang mak Zaila jual adalah gulai serati..insya ALLAH Zaila akan buat entry ni bila Zaila balik kampung nanti..sambil2 tu boleh promote kedai mak Zaila;) & dengan hasil jualan mak jugak, kami semua 5 beradik dapat belajar hingga Universiti..cuma Zaila jer yg xbernasib baik lagi sebab walaupon lulusan U tapi kije biaser2 jer..nak tolong mak pon xdapat lagi..huhuhuhu..emosilah plak..

Tapi Zaila malas nak fikir pasal benda tu..rezeki ALLAH ade di mana2 sahaja..sebab tulah Zaila cuba untuk gunakan kelebihan yang Zaila ada ni (hermm..xder unsur angkat bakul kan??) untuk jadi macam Mak & Mek..tetiba rasa teremosi plak..Zaila bukan nak tagih simpati ya..actually memang Zaila bercita2 nak jadi seorang usahanita someday..who knows kan..so kawan2, please support me..Insya ALLAH, i will try my best to make my dreams come true..(^_^)

sila baca entry ni juga;-)

9 ulasan:

KV berkata...

zaila, akak pun lepasan u tp keje biasa2 jer. Huhu. Tumpang sedih. Tp dh rezeki kita lagu tu kan. Ada kelebihan hat lain pulak. Ye dak?

Zaila Mohamad berkata...

yer tu kak..bersyukur apa yang ada & hayati hidup ini..lagi satu jangan berpura2..huhuhuhu..;)

anna berkata...

salam..zaila..sedapnye..favourite ann tuh..jauhnya kalo nk order..hehhe..bgs2...teruskan.,,:)

Hada Masayu berkata...

hui, terliur aku nengok gambar tu...ko wat OH nasikerabula, surely aku aorg pertama yg tambah nasik ;p

Zaila Mohamad berkata...

Thanks kak anna...nasi kerabu xleh order coz jauh tapi FM bole ajer;-)

Ayuuuuuu..tahun lepas aku buat ko xdatang..tahun ni sure ko dalam pantang..wakakakakkaka..

ami berkata...

sedapnyo,nasi kerabu+daging bakar!ami sapa le ni tok panda masok kehkeh,panda request jer,all the best k.ila!

Zaila Mohamad berkata...

Thank you ami..xpo..kalu xpanda keno belajar..kekekekke;p

jane_doe3328 berkata...

wah zaila pandai masak eh. zaila, kalau saya nak resepi gulai nasi berlauk dengan sambal dia bulih ko?

sedapnyer nasik kerabu tuh

sumer org keje biasa biasa, ade ke sesiapa sini keje ngepam tayar ketapi? hok tuuu baru luar biasa :)

Zaila Mohamad berkata...

jane..kelakar mu nih;)
saya xdoplah pandai masak tapi suka masak n perasan pandai masak..wakakkakakakka;)
nanti zaila cuba bagi ya..sedapnyer nasi berlauk..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^