Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 3 Julai 2009

Moga Dipermudahkan Segala Urusan

Alhamdulillah, hari khamis lepas kami telah mengambil keputusan yang paling besar dalam hidup kami..ya, kami dalam proses membeli sebuah rumah..setelah misi pencarian yang amat memenatkan & mengecewakan, Alhamdulillah kami telah dijodohkan dengan Miss Ally (our real estate agent), dan walaupon lokasi rumah agak tersasar tapi kami berpuas hati dengan pembelian ini..

Oleh kerana ianya masih dalam stage yang pertama, Zaila xnak reveal lagi lokasi sebenar rumah kami cewaaah..perasan glemer ke???saperlah yang nak tahu ya;p tapi..aper yang Zaila boleh bagitahu adalah ianya berdekatan dengan tempat2 ni;-

tempat kami mecari rezeki (lebih kurang 10 minit perjalanan)

Kalau nak beli barang2 dapur plak, paling dekat ngan tempat ni;-

ECONOSAVE (lebih kurang 5 minit kalo jalan kaki)

Kalau sakit2 boleh pergi sini;-

Hospital Columbia Asia (lebih kurang 15 minit perjalanan, tapi hospital ni still dalam pembinaan lagi)

Kalau nak beli barang2 yang banyak pilihan plak boleh g sini;-

Lokasi depan hospital Columbia Asia (still xtahu bila nak siap)
atau kat sini;-

yang nipon xtahu bila nak siap;0

Haziq boleh hantar kat sini;-

CEC (hanya 5 minit kalo jalan kaki) tapi tak kot because hubby suka yang islamic punya macam ni;-
Genius Aulad Kota Kemuning

yang pasti dekat ngan tempat ni;-

Bukit Kemuning Golf & Country Resort cet, macamlah reti main golf;p

Tak kisahlah lokasi umah tu kat mane pon, yang penting kawan2 tolong doakan semoga segala urusan seterusnya akan berjalan dengan lancar, semoga loan yang kami apply approved, uols housing loan amik dari bank mane??ermm...bank aper yang bagi offer the best r??setakat ni Zaila da apply kat Ambank, Public Bank, Alliance Bank..esok nak g try kat Bank Islam ngan CIMB lak..huhuhuhu..memang penat sket sebab kami cuba cari yang terbaik ntok keluarga kami..so kawan2 just doakan kami ya;)

p/s: pada kak CT, KV nanti bila everything settle down, Zaila pos ittew hadiah ya..sorry yang amat..to Sha, i did promise to post FM kan??huhuhuhu..tunggu dulu ya;-) sorry semua..Zaila betol2 xsempat..

5 ulasan:

mrs shaifull berkata...

zaila - settlekan semua keja2 awak dulu, pastu baru pk benda2 lain ok, akak x kisah :) take care, wish u all the best!!!

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

aminnnnnnnnnn .. all the best zaila ;-)

Zaila Mohamad berkata...

Thanks kak CT..

Kak Diana pon samer..doa2kan yang terbaik buat kami ya;-)

jane_doe3328 berkata...

yeayyyy!!!!

Zaila Mohamad berkata...

Jane, xleh nak yeayyyy lagi..huhuhuhu..loan xsettle2 lagi ni...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^