Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 5 Julai 2009

Happy Birthday Nur Ameera Husna

Rase macam sekejap jer masa berlalu..xsangka hari ni 060709 dah genap setahun dah anak dara mak ni..masih segar dalam ingatan waktu sakit nak bersalinkan Ameera ni..raser macam nak uk uk jer..naseb baiklah kami sempat bergegas ke Kajang ntok tinggalkan Haziq kat rumah kakak ipar Zaila..Ameera dilahirkan pada waktu pagi, kalo xsilap kol 7.20 pagi..2 kali mak teran..keluarlah dia..haritu juga Zaila dapat keluar dari hospital..pantang kat rumah SIL selama seminggu then balik Shah Alam pantang ngan hubby jer, mak & MIL xdatang pon sebab Zaila xnak nyusahkan diorang..lagipon badan rasa kuat so rasa macam ok je pantang sorang2..

Masa dalam pantang, memang best pasai semua hubby yang tolong buat, dari basuh pakaian, sidai, masak, mandikan anak2..pendek kate masa tu hubby memang ringan tulang xmacam sekarang;0 LOL!!! tapi xperlah..Zaila cukup2 bersyukur sebab ada hubby yang betol2 memahami & banyak membantu Zaila di saat2 macam tu..

Ameera masa zaman baby ok jer..senang nak jaga..tapi sangat2 sensitif sampai besar..pantang kena marah sket, mesti emo nangis lak susah nak makan pujuk..cuma sekarang perangai otai dia makin terserlah..suka sangat rebut mainan atau apa2 barang yang kat tangan abang Haziq, last2 Haziq yang nangis & dia boleh buat muka bodow jer..apa yang Zaila perhati ialah Ameera ni cepat belajar, kental & kuat semangat..selagi xdapat apa yang dia nak, dia mesti usaha sampai dapat..beza sangat ngan abang Haziq yang masih perasan baby itu;)

Memandangkan anak dara mama dah setahun..mama doakan semoga NUR AMEERA HUSNA akan membesar dengan sihat & cerdas..semoga menjadi anak yang solehah & dapat membahagiakan mama, papa & abang Amirul Haziq..amiinnn..

p/s : xder sape2 nak chop buat menantu ke???ahaksss;-)

Ameera masa hari pertama, masih kat hospital, berat 3.3kg kembangnya hidung Ameera;)

masa ni masih dalam pantang

tembamnya

masa ni kat majlis buka poser anjuran kompeni, Ameera dah 2 bulan..mak kurus lagi masa ni;p

balik jer majlis buka poser tu, terus gondolkan kepala Ameera

masa ni macam muka jantan pon ada

sekarang ni dah besar dah, tapi gigi baru ader 4 batang

suka sangat makan jagung, kucing kat belakang tu hari2 jadi mangsa dera Ameera

kalo makan jagung xnak share

sekarang dah naik taraf dok kat dalam troli ECONSAVE;-)

HAPPY BIRTHDAY NUR AMEERA HUSNA BINTI HAMDAN

9 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

heppi bestday ameera .. gebunya dia masa baby tue ;-)

mrs shaifull berkata...

happy birthday little girl, comel sgt. dpt hadiah apa dr mama?

jane_doe3328 berkata...

alahaiiii...comeynyo anak dara demo :)

Nina berkata...

hepi besday ameera..husna tu same cam name hujung damiea..hehehhe

Ami berkata...

alaa comel lotenye ameera!ami suko tgk mate die,bulat!Happy Birthday ameera!!

Zaila Mohamad berkata...

Kak Diana, masa baby memang montel..la ni..xder dah..kurus jer..

Kak CT, hadiah dia hold dulu pasai mama dia kureng $$ sekarang ni;p

Jane, comei ko???

Nina, a'a..sama kan..husna meaning kebaikan

Ami, mato dio meme gitu..thanks ya untie Ami;-)

Norhayati berkata...

Hepi belated birthday ameera..igt auntie x?Ameera, mitok adioh mahal2 skit kat mama tu deh..mama kan kayo tokey kain..

abrahyn berkata...

hepi besday sayang....muah2 dari auntie ye...

Zaila Mohamad berkata...

Thanks auntie Yati..mama xdok pitih loni..sabar deh;p

Thanks auntie abrahyn, kiss muah2 for u too..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^