Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bila Mama Mengamuk

Korang pernah tak mengamuk dengan anak2..Zaila hari2 mengamuk..Arghhhh!!! serious tension ngan perangai Haziq..Tadi baru jer Zaila mengamuk pasal dia dah conteng TV, tikar & dinding ngan marker pen..Pantang mama ralit ngan blogging, terus dia pon ralit ngan aktiviti dia..Pantang mama terlepas pandang, mesti ada jer benda yang dia buat..kalau ok xperlah tapi mesti nak timbulkan masalah..Sakit hati mama..

Kalau ada bedak depan mata, mesti habis satu bedak tu dikerjakan, kalau ada bag make-up mama, mesti habis dia main, bedak mama, blusher mama, lipstik mama mesti hancusss..Kalau ada sample biskut raya mama, mesti habis dimakannya, Kalau ada sabun mandi masa mandi, habis dimain buih2..Arghhhh!!!! Pendek kata semua yang Haziq buat adalah tak kena di mata mama & sebab itulah mama asyik mengamuk jer..terpekik terlolong macam pontianak harum sundal malam jek..Arggghhhh!!! Tension!!! Tension!!! Anak korang macam ni tak???

Arghhh..bukan nyesal ada anak tapi kadang2 Zaila rasa macam lemas..baru sekejap nak rehat, tengok dia dah sepahkan barang mainan dia..Pasu manja bukan main..Kalau orang buat2 marah nangisnyer sampai ke malam..B.O.S.A.N tau..Hari2 dengar rintihan yang sama jer..tak pernah satu saat pon Haziq boleh sukakan hati mama..Mesti nak bagi mama naik angin & mengamuk..Arghhhhh!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Zaila dah lega sket dah..Haziq baru jer bagi kiss kat pipi Zaila..Hermm..macam tulah Zaila, mengamuk sekejap sahaja pastu mesti sejuk dengan kaletah mereka (especially bila Haziq main ngan Ameera) tapi bila diorang bergaduh, mulalah terasa macam nak naik angin balik..biaserlah tu..hari2 macam ni..huhuhuhuhuhuhu...

P/s : korang tengok tak Cerekarama kat TV3 tajuk Aku Bukan Bidadari..nape laki dia xbagi isteri dia bukak tudung sedangkan laki dia sendiri dok tergila2kan betina yang tak bertudung?? Tak faham haku ngan perangai orang laki ni!!!

2 ulasan:

mrs shaifull berkata...

zaila, samalah kita, akak pun dah rasa cam org psiko dah sekarang, asyik pukul si rifqy je, pantang salah sket, camna ha? akak x suka buat dia camtu, tp hilang sabarlah zaila :(

Zaila Mohamad berkata...

samerlah kak..huhuhuhuhu..kengkadang kesian gak kat diorang tu..sebab tu masa diorang tido, Zaila akan bisik cakap Zaila minta maaf & sayang diorang;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^