Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 22 Ogos 2009

Haziq & Mama..

Salam Ramadhan semua..Alhamdulillah anak jantan Zaila pon dah beransur ok..Cuma malam tadi agak mencemaskan juga pasal bibir dia dah bertukar biru & nafas pon semput2 jer..sungguh cemas..Seb baik pas bagi ubat batuk & pecah kahak, nafas Haziq nampak beransur2 reda..Time ni teringat akan inhaler yang pernah Haziq guna dulu so agak kalut jugak mencari barangan itu..Seb baik adaaaa...tapi Asthalin macam dah habis, picit2 xder nampak kuar gas pon tapi kami bagi juga..Herm..nampaknyer hari ni nak kena gi cari kat farmasi yang berdekatan r jawab dia..Eventho kami tak berapa nak suke bagi inhaler ni kat Haziq tapi at least kena ada jugak ntok digunakan pada saat2 cemas macam ni..Tapi INTRA pon mesti nak kena bagi tiap2 hari..Sejak amik INTRA nilah Haziq dah tak bergantung sangat pada inhaler ni..Ape2 kita hanya berusaha kan..

Zaila rasa, ni semua berpunca dari malam Khamis haritu..Balik kerja masa amik dia, dapat rasa yang badan dia panas..tapi masa tu dek kerana Zaila tengah dalam mode sedih (akan diceritakan kemudian / not), Zaila berkeras nak ajak hubby g makan kat Pizza Hut..Dah namanya fast food so haruslah ada air berkarbonat kan..Bukan nak bagi tapi dia yang dok insist nak minum..Kalo tak bagi, bising satu kedai..Haduih..salah mak jugak pasal tak tukar air mineral jer senang!!! tapi tulah..memang nyesal..Selalu Haziq kalau minum ais takpe..tapi kali ni mungkin sebab mama & papa cuai kot..Sorry ya sayang, next time mama tak nak dah bagi Haziq minum air gas!!!

Lain kali mama nak call dari rumah jer..buat Pizza Hut Delivery jer kan senang!!!

P/s : Korang berbuka ngan apa??

5 ulasan:

jane_doe3328 berkata...

anak sakit mmg kita cepat risau

selamat berpuasa & berbuka :)

Zaila Mohamad berkata...

Thanks Jane..Sape tak risau..anak kita kan?? Tapi diorang kalau sihat, aktif tak hengat donia;p

Tanpa Nama berkata...

pasni kena betul2 pantang air gas la haziq. bahaya tuh!
hmm td kami bebuka pose gulai ikan merah, udang goreng ber oat ;)
x lupa kuih akok gitu!

Zaila Mohamad berkata...

Owh Has, sudah semestinya..
Menu yang sedap & healthier tu;-)

mrs shaifull berkata...

zaila, akak x scroll sampai bawah, bila tgk kat dashboard, baru perasan anak zaila x sihat.

anak buah akak pun camtu dulu, tp sekarang alhamdulillah dah ok, kalau x dulu mmg asyik ulang alik ke spital je, tp lepas dia jumpa pakar kanak2, dah ok, sampai dah besar skrg. tp jgn bg dia minum air gas lg next time ok

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^