Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 17 Ogos 2009

Hujung Minggu Yang Sibuk

Actually hari ni dah masuk Isnin dah..tapi nak jugak bercerita tentang aktiviti hujung minggu Zaila & famili..

Hari Sabtu tu, pepagi buta lagi dah hantar anak ke nursery..Bukanpe, plan ngan hubby nak g shopping baju raya anak..tapi tak naklah bawak budak2 tu pasal risaukan H1N1 yang dah semakin serious ni kononnyerlah kan..mak & bapak budak xper pulak;p Seriously, kami p Jusco Bukit Tinggi je pasal dekat ngan rumah & budak2 ni nak kena amik kol 1..tapi yang kelakarnya kol 9.30 pagi kami dah terpacak depan Jusco tu..naik malu mak;0 Seb baik tunggu sekejap je then dah boleh masuk..hihihihihi..kiranya jadik orang pertama rasmi lift kat situ r..ngeh ngeh ngeh;-)

Aperlagi..sesi menjajah Jusco sudah bermula..Walaupon ada sale tapi still xramai orang yang datang agaknya diorang masih takutkan wabak H1N1 kot Tak macam kami yang desperate nak shopping ni..hihihihi..tapi Zaila tetap ambik langkah berjaga2 dengan meningkatkan tahap kebersihan..kejap2 nak pakai Dettol hand sanitizer tu..kadang2 hubby cakap over tau;p Alhamdulillah, hari ni masih rasa sihat, xder rase nak selsema or batuk segala & minta Allah jauhkan juga anak beranak kami dari wabak ini..

Zaila just read: JUST temankan hubby shopping baju kerja ya, complete set semua..hihihi..dan seharusnya walaupon Zaila sekadar temankan hubby, mestilah ada juga menyambar sehelai dua baju yang berkenan di hati..tak tahulah nape, sekarang ni Zaila suka beli baju ala2 dress gitu..feeling lawa macam model lah tu tapi last2 orang tengok cakap "eh you pregnant ke??" Macam hampes je;0 Then temankan hubby beli kasut kat HP, name je teman mestilah ada habuan kan?? Thanks dear..love it soo much;)

Pastu balik rumah amik budak2 ni then bersiap pulak nak ke Bagan Lalang ntok acara BBQ yang office Zaila anjur..Dalam kol 6.30 kami sampai kat sane..Acara makan2 memang best..Macam ade..nak tengok gambar sile klik sini tapi sorry Zaila takder dalam gambar pasal mak ni serious pemalu orangnyer ayat coverline;p

then dalam kol 10 kami balik rumah..sampai terus jer pengsan;-)

Esoknya hanyalah aktiviti mendobi & mengemas rumah di pagi hari then petang ke UPM untuk hantar jubah adik ipar yang konvo 10hb lepas then kami ke rumah kakak ipar Zaila di Jalan Duta..Stay sane sampai malam..then kol 9 malam baru balik rumah..Arggghhh..Home Sweet Home..Terus tido..Btw, korang g mane weekend yang lepas???

P/s : sorry entry kali ni xder gambar;p

2 ulasan:

mrs shaifull berkata...

alah frustnya, penat akak scroll sampai abeh cita, tp x dak gambaq pun, napa x letak gambaq masa shopping, akak suka tgk org shopping :)

Zaila Mohamad berkata...

Terapi buat akak ya??? Hihihihihi..Fenatlah kak..xsempat nak amik2 gambar segala..Nanti lain kali zaila snap snap ya;-)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^