Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 14 Ogos 2009

Lembaga Itu

Sejak dua menjak ni office Zaila telah digegarkan dengan cerita2 yang sungguh menegangkan bulu2 roma ni..http://www.emocutez.com

At first Hubbylah yang kena usik2 manja dari that thing..hihihihi..Zaila masa mula2 dengar cerita dari hubby rase macam kelakar jugak..Dalam hati apesallah penakot sangat laki aku ni??
Tapi layankan ajer..Tapi serious after that incident, hubby dah jarang stay up kat office..kalo dah terpaksa pon siap ajak guard atau member dia yang temankan..Tak kisahlah yang..janji dapat siapkan keje tu..http://www.emocutez.com..

Rupe2nya bukan setakat hubby jer yang dah kena usik oleh lembaga itu, ramai lagi kawan2 Zaila & staff office Zaila yang sudah terkena cuma diorang diamkan aje..Mungkin malas nak layan sangat cause nanti kalau semua pakat takut..haaa..bahaya jugahttp://www.emocutez.com

Tapi moh kita berkenal2an ngan office Zaila dulu;-
Office Zaila ni asalnya dulu tanah kelapa sawit, hutan semuanya..pastu diorang majukan buat tapak ntok kilang2..Office Zaila ni terletak kat Berjaya Industrial Park, betol2 sebelah KESAS Highway exit Jalan Kebun..Ada 3 tingkat semuanya, Tingkat bawah ada receptionist, surau ngan Bilik Mesyuarat 1 & 2, Tingkat 1 menempatkan Engineering Dept, Tingkat 2 pula ntok subsidiaries & Tingkat 3 pula bilik2 director..Pastu kat belakang lak menempatkan mesin2 untuk buat barang2..Tapi tempat yang paling keras adalah Tingkat 3, control room & juga belakang kilang di mana ada banyak barang2 yang dah siap ditempatkan kat situ..

Ni adalah Ground floor (bahagian lobi)..Alangkah bestnyer landing2 atas kerusi tu..Jenama Rozel jer;p
Pintu yang nampak tu adalah pintu bilik Meeting 1, pastu kat belakang tu adalah surau lelaki..hermm..setakat ni, takder ape2 cerita kat sini

Haaa..kat belakang nilah yang dikatakan selalu terjadi kejadian2 aneh..Selalunya guardlah yang kena pasal depa kan kena pusing2 satu kilang tinjau2 keadaan..

Ni plak kat Tingkat 3, sekarang ni ada banyak pokok2 segar kat atas tu..konon2 landskap r tapi pernah akak secretary Director No.1 pernah nampak lembaga sedang berdiri kat pokok tu..Masa tu baru pukul 8 malam lebih..Dia ingat nak stay sampai kol 10 tapi dah gitu gayanya terus dia balik..Tapi nak dijadikan cerita, driver kompeni juga terserempak benda yang sama pada pagi hari kejadian pukul 6.30 pagi..hai..seriau jer mendengarnya yahttp://www.emocutez.com

Dulu pokok tu dok kat belah kiri gambar tapi dah dialihkan dek kerna kejadian tersebut..Siap ada ayat Quran dah tu..

Nipon ruang kat Tingkat 3, banyak kali berlaku komputer2 secretary bos terbukak sendiri bila hari cuti padahal diorang dah shut down masa hari Jumaat & siap tutup plug lagi..haaa..saper nak jawab tu??? Air-cond pon slalu terpasang & tertutup sendiri..Tu yang diorang malas nak stay-up lama2 tu..

Ni selingan..ni plak meja Zaila..Setakat ni xder ape2 yang xsedap didengar kat floor Zaila..Orang2 kat floor Zaila ni semua kuat semangathttp://www.emocutez.com

Kabinet ni tempat simpan file..pon selingan juga;)

Dulu, tiap kali hari Jumaat ada baca yasin tapi sekarang ni dah jarang sangat diorang amalkan sebab tulah makin menjadi2 benda tu..Tapi kita harus ingat yang lembaga itu pon adalah makhluk ALLAH juga so janganlah takut dengan benda tu melainkan takut kepada ALLAH sahaja

Owh by the way, perasan tak Emoticons yang Zaila guna ni??? kalau nak cuba juga, siler baca ini nanti bolehlah cuba ya..Till then, have a nice weekendhttp://www.emocutez.com



5 ulasan:

mrs shaifull berkata...

eee menakutkan, tp kan, kalau kita takut, lg dia nak dtg dekat kita, alah buat derk je lah zaila, walaupun takut, tp kuatkan semangat :) heheheh...

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

adeh seram laks ada entiti gini ..bln pose nieh nanti x der la kot harap2

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, xderlah takut sangat (ayat coverline) tapi kalo dia menjelma..eheemm..faham2 jerlah ya;p

Kak Diana, harapnya..bulan poser ni xder r die;-)

Real Woman berkata...

aiyooo dah la bc entry zaila ni mlm2. Kan dah takut nak tido! Seram yek ofis mcm tu! My ofis pun bnyk jugak dgr cerita2 seram maklumlah bangunan lama but so far tak pernah la jumpa. Masyallah harap tak lah!

Zaila Mohamad berkata...

Hahahaha..me too Real Woman..mintak jangan terserempak ngan diorang dahle..huhuhuhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^