Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label gadget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gadget. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mei 2015

Philips Steamer Ini Khas Untuk Orang Yang Malas Gosok Baju

Assalamualaikum,

Lambat sedikit bersiaran hari ini, seperti biasa hari Isnin hari untuk berehat-rehat setelah 2 hari keluar mencari rezeki. He he he Terbalik pula dengan uols yang bekerja 5 hari seminggu ya? Jangan cepat melenting, jangan marah, aku gurau je. Yerlah, surirumah macam aku ni kalau hari bekerja nak keluar pergi mana sangat. Sebab itulah bila hari cuti en suami bagi kebenaran untuk aku keluar bersosial jumpa-jumpa prospek. Eh!

Ahad yang lepas aku ke kelas demo menggunakan produk Philips Seterika Perfectcare Aqua System. Waahhh! Teruja betul bila tengok demo daripada En. Fuad ni, kenapa lelaki yang buat demo? Sebab nak tunjuk betapa mudahnya nak menggunakan seterika ni, yang penting tak payah nak pening-pening kepala nak laraskan suhu ikut jenis kain ke apa sebabnya seterika ini akan tentukan sendiri mengikut sensornya. Best kan? Sebenarnya yang paling menarik perhatian aku adalah sistem keselamatan yang ada padanya iaitu seterika ini akan automatik OFF sendiri sekiranya kita terlupa untuk mematikannya. Hebat kan?



Bayangkan suami yang gosok tudung-tudung isteri, waaahhhh bagusnya :)





Semua jenis kain pun senang dan ada lagi kelebihan seterika ini di mana ianya boleh menggosok lebih dari 1 pakaian dalam satu masa. Hermm, cakap banyak tak guna juga sebab kena tengok dan rasai sendiri pengalaman menggunakan seterika ni. Pada yang berminat untuk melihat demo atau mahu membeli seterika ini, boleh hubungi aku di 012-970 6828. Harga yang ditawarkan sudah tentulah lebih murah dari harga di pasaraya (tapi bagi spesifikasi yang sama lah, jangan banding dengan yang lain pula ya)


Ini En Fuad guna kain linen ni, memang kalau baju dari kain Linen menangislah masa nak gosoknya tapi aku tengok sekejap sahaja dah siap.


Sebenarnya seronok tau bila ada gadget yang memudahkan kita buat kerja, kalau nak tahu menggosok baju lah antara perkara yang paling aku dan en suami MALAS sekali nak buat. Antara salah satu sebab aku berhenti kerja pun sebab malas nak gosok baju. Boleh? He he Tapi akhirnya kena akur juga walaupun malas gosok baju sendiri tapi masih kena gosok baju kerja laki dan anak-anak. Huwaaaaaaaaaa! Sebab tu nak bodek en suami beli seterika ni, nanti mudahlah kerja dan jangan risau elektrik tetap sama walaupun menggunakan seterika ni. Kalau kira lagilah jimat sebabnya sekejap sahaja dah siap gosok banyak baju. Suka tak?


Setiap pembelian melalui aku akan dapat PERCUMA 1 papan seterika yang besar tu (macam dalam gambar) dan DVD bagaimana untuk menggunakannya. Warranty adalah setahun. Jadi, apa tunggu lagi? PM / WA ke 012-970 6828 untuk pertanyaan harga dan cara pembayaran yang paling mudah dan tak memeningkan kepala. Kalau cikgu-cikgu mahupun surirumah semua bagitahu memang bestlah ada seterika ni di rumah masing-masing. Mudah kerja uolsss!

Oklah, hingga bertemu lagi. Sebenarnya ada satu lagi produk best yang aku sempat tengok demo pada hari yang sama. Nanti-nanti aku cerita lagi ya. Sehingga bertemu lagi. Bye!

Khamis, 24 Oktober 2013

Tips Sebelum Membeli Mesin Basuh


gambar koleksi peribadi bulan Disember 2012 di mana aku berpeluang merasai kehebatan mesin basuh Samsung Eco Bubble (boleh baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/12/akhirnya-mesin-samsung-eco-bubble.html)

Assalamualaikum,

Sudah masuk 4 hari "teman baik" seorang suri pergi meninggalkan aku. Iya, bukanlah siapa-siapa pun cuma hanyalah mesin basuh kesayangan kami yang sudah menamatkan perkhidmatannya pada hari Isnin yang lepas. Setakat ini masih belum menukarkan dengan yang baru kerana en suami yang selalu balik lambat sahaja, masih belum berpeluang untuk ke kedai menjenguk mesin basuh idaman hati.

Setelah hampir 6 tahun berkhidmat, kami rasa sudah tiba masanya kami menukar kepada mesin basuh yang baru. Terima kasih mesin basuhku yang lama jenama Samsung beroperasi secara automatik sepenuhnya, jasa kamu sungguh banyak kepada kami cuma sekarang muatan kamu yang 7kg sudah tidak sesuai lagi dengan kapasiti keluarga kami.

Alhamdulillah nikmat menjadi seorang blogger di mana aku diberikan peluang mencuba produk mesin basuh terbaru keluaran Samsung iaitu Samsung Eco-Bubble. Berikut aku kongsikan beberapa tips yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah mesin basuh (bagi mereka yang jenis berkira macam aku, nak beli mesin basuh pun kena fikir dua tiga empat kali, tapi bagi orang kaya yang tak berkira apa susah masuk aje kedai letrik terus bayar)

1) Fungsi : adakah automatik atau separa automatik. Untuk lebih memudahkan elok dibeli yang boleh berfungsi secara automatik sepenuhnya. Kemudian apa lagi fungsi sampingan yang bagus seperti boleh menjimatkan tenaga elektrik atau boleh mencuci dengan mengeringkan sekali.

2) Kapasiti : bagi keluarga yang besar seperti keluarga kami, boleh dikatakan setiap hari aku membasuh baju, jadi seeloknya kapasiti muatan mesin basuh adalah 10kg ke atas supaya tidak perlu membasuh berulang kali

3) Jenama : apabila bertanyakan tentang jenama, setiap orang sudah pasti ada jenama pilihan masing-masing. Apa yang penting banyakkan bertanya pendapat kawan-kawan dahulu. Selain itu boleh juga pertimbangkan pendapat dari jurujual kedai. Pendapat peribadi aku mengatakan jenama Samsung adalah terbaik tetapi ada juga yang mencadangkan Toshiba atau Electrolux. Jadi, kena bertanya pada yang pakar iaitu jurujual kedai elektrik:)

4) Harga : sudah tentulah harga memainkan peranan yang penting juga. Bagi aku biar mahal sedikit asalkan berkualiti. Jadi, apabila sudah mengetahui harga senang sedikit untuk kita membuat kiraan samaada mahu beli secara tunai ataupun secara ansuran.

Itu sahaja perkongsian dariku. Insya Allah bila sudah beli mesin basuh baru nanti akan diberitahu sebabnya kenapa dan mengapa kami memilih jenama tersebut. Bagi mereka yang ingin berkongsi pendapat atau tips dalam memilih mesin basuh, boleh kongsikan di sini juga :)

Daftar kelas asas blog & fanpage dan aku akan bagi tunjuk ajar bagaimana memulakan perniagaan online.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Khamis, 1 Mac 2012

New Gadget In The House

Assalamu'alaikum,

Remember this post last year?? Well...introducing our new gadget *gadgetlah sangat* in the house;-

thanks pada yang sudi bagi komen di entry tu so bolehlah aku pujukrayu yakinkan en suami untuk membelinya:)

So this is my personal review after used it almost a month (sebab nak comparekan bil electric before & after)

Harga : we bought it at Sen Heng (kebetulan ada nak beli another electric device) so lump sum kan sekali dalam bil..Ingatkan harga semua sama tak kira beli kat mana pon but then haritu masa jalan-jalan di Harvey Norman Sunway Pyramid, baru tahu kat situ ada offer & murah sedikit dari harga yang kami beli which is dalam RM500+ (including 2 years warranty)..Harga di HN dalam RM400 (for the same item) Herm, beriya je survey tapi last-last terkena beli hak mahal;( *mind you sebab this item i bayar cash money tau, kalau ansuran tak kisah sangat*
My Review :

- At first, felt a bit difficult juga kalau nak iron baju especially seluar sebab this time iron sambil baju tu kena gantung di rak yang diberi percuma sekali dengan pembelian (hak aku beli ni yang boleh adjust suhu, kalau yang tak boleh adjust suhu rasanya tak dapat free hanging rack ni~aku rasa jelah kan, maybe varies depend on store)

- Kena dalam keadaan yang betul, kalau tak nanti wap tu keluar bersembur-sembur (keluar air) & kalau boleh gantung baju tinggi sket so masa kita iron tu wap senang keluar (teori aku : kalau gantung baju rendah, wayar wap tu akan sentuh lantai & ganggu pengaliran wap) hahahaha sukahati je bagi teori tapi of course based on my experience jugalah kan..

- Kalau pakai iron ni, jangan haraplah korang nak iron baju/seluar nak buat "side" segala..kalau pada yang skema aku rasa korang tak berbaloi beli iron ni:P but for me & en suami, tak kisah asalkan tak nampak berkedut sangat..Honestly, awal-awal aku rasa macam remeh tapi lama-kelamaan rasa macam senang pula especially baju. Kalau seluar tu susahlah sket tapi aku adjust kepada double flow so wap keluar lebih laju & panas. Kalau iron biasa kita kena press (guna tenaga) tapi kalau pakai iron ni just pegang baju & hala je..very easy one lah:D

- in term of keselamatan pula, kenalah pakai glove yang diberikan, kalau tak..masaklah tangan korang melecur nanti..bare in mind yang wap ni sama macam wap air masa mendidih tu..tapi aku kadang-kadang kalau tak pegang baju sangat aku tak pakai, just hala dari kejauhan je;-


hala lebih kurang macam gambar di atas..aku rasa kalau gantung kat dinding macam tu lagi senang

- In term of bill electric memang ada perasan sedikit kenaikan dalam bil..kalau biasa sebelum ni range dalam RM40-RM60 tapi haritu cecah RM80+ (ke RM100 eh, lupa sebab bil elektrik selalu en suami yang bayar) tapi ada a few other reason juga yang menyumbang kepada kenaikan bil ni sebabnya penggunaan aircond setiap malam, pertambahan penggunaan peralatan elektrik & aku ni jenis iron sikit-sikit..Malam baru sibuk nak iron baju & bukannya iron sekaliharung banyak-banyak:P

- Overall, aku boleh katakan aku puas hati dengan steamer ni..Terima kasih buat en suami yang sudi belikan. i know he wanna make my ironing work become easier with this *patutlah lepas beli terus serah kerja mengiron baju 100% pada aku* chet!

Well, that's all..harap dapat membantu pada mereka yang bercadang nak dapatkan iron jenis ni;)

Rabu, 11 Januari 2012

My New House Gadget

Sebenarnya lama dah nak share benda alah ni tapi asyik tertunda je..Since hari ni i'm out of idea to blog *err bukan tak dak idea tapi kemalasan melanda since nothing interesting story to share* so aku terperasanlah benda alah ni dalam draft..Aci tak cerita benda basi:P

Actually we bought this drill masa raya puasa haritu lagi..Masa tu ada offer youuuuuu..so be me yang suka buat DIY segala benda dalam rumah ni, i personally recommended you to buy this gadget too;)



kalau tak silap harga masa offer tu dapat dalam RM100++ & extra points for my CCM's card!!



also included another set of tools yangs angat-sangat berguna;)

Oklah, will share you later apa benda yang kami dah DIY dengan bantuan Mr gadget ni..ok bye!!

Rabu, 24 Ogos 2011

Raya Nak Ini Boleh?

Semalam baca entry dari Eynda mengisahkan pasal kedai dobi feveretnya..Last few weeks terbaca rintihan kawan aku pasal malas nak iron baju, hehehehe..samerlah macam aku, cukup-cukup tak suka bila kena iron baju..Nak-nak iron untuk stok seminggu, memang konfermlah aku tak buat punya;P

So dikala duit banyak ni, rasa macam nak beli ni aje;-


portable steamer jenama Philips

macam ni cara gunanya, kat butik-butik selalu diorang iron baju pakai steamer ni je, senang!!

Aku tak tahulah apa keburukannya, yang aku tahu member opis aku ada beli ni & dia memang highly recommend pada orang yang busy *koyal* macam aku ni..Haritu survey kat Jusco, harganya adalah RM300++ (lupa exact price) tapi sekarang ni Philips macam ada buat sale so lagilah gatal tangan nak membeli kan;P

Malam ni nak try gosok en suamilah..Mana tahu, kot-kot berhasil;P

Ada sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ni tak??

Selasa, 26 Oktober 2010

Kalau Dah Namanya Blogger

Bila menjadi seorang blogger ni, pernah tak kawan-kawan merasai / melalui pengalaman seperti di bawah ini;-



1) Rasa resah gelisah apabila tak dapat membuka / membaca blog anda / orang lain.



2) Rasa sakit hati apabila broadband yang dilanggan lembab macam siput ba*i



3) Rasa bersalah jika tidak meninggalkan jejak bila menyinggah ke blog kawan-kawan



4) Rasa nak ambil gambar semua benda yang berlaku di hadapan mata kita & kongsi bersama dengan kawan-kawan



5) Rasa nak menulis aje;D



Itu antara serba sedikit perasaan yang akan dihadapi oleh seorang yang dinamakan blogger & yes, Zaila pon akui semua benda tu memang terjadi dekat diri sendirik!!



Selain daripada itu, Zaila rasa seorang blogger akan menjadi seorang peminat gadget/barang IT yang terkini mahupon tercanggih di pasaran. Zaila pernah mengalami beberapa perubahan fasa dalam berblogging seperti di awal pembabitan Zaila hanya menggunakan sebuah PC cabuk dengan menggunakan gambar hasil dari tangkapan handset Zaila (Nokia 6500 slide) yang gambarnya sungguh menyedihkan (kualiti gambar yang kurang, maklumlah sekadar 3.2MGpixel sahaja, lepas tu tak boleh nak zoom in/zoom out, pastu gambar pon xreti nak letak watermark sendiri lagi). Bila diingat balik memang menyedihkan!!



Lepas tu, seiring dengan perkembangan teknologi ayat skema ko, Zaila bertukar kepada Toshiba Notebook. Itupun setelah jenuh sakit kaki tawaf di Plaza Low Yat demi mencari harga yang termurah di pasaran. Murah sangatlah tu;D

Tak lama lepas tu pula Zaila membeli kamera digital (pon yang dirasakan harga sehabis murah dah tu) iaitu jenama Panasonic Lumix 12MGpixel hasil belas ihsan husband yang inginkan gambar berkualiti terbaik untuk sale's blog Zaila *thanks yang, jasamu ku kenang sampai mati*



Pastu bila broadband jenama Selkung mula buat hal, mula mencari yang terbaik di pasaran. Hampir setahun lebih Zaila setia dengan Selkung, dahlah dulu masa mula-mula beli broadband kena bayar RM400 untuk harga broadband sahaja, belum campur harga line RM68 sebulan, pastu bila Selkung mula buat perangai dengan mengenakan bil Zaila dengan cas yang bukan-bukan, Zaila mula fed-up so terus mencari alternatif lain. So sekarang dah bertukar ke Meksis dah, harga bayar bulanan pon tetap sama (RM68) tapi perbezaan yang ketara adalah coveragenya yang amat baik berbanding Selkum *harap-harap berkekalan*



Sekarang ni juga ramai blogger yang sudah bertukar kepada handset canggih manggih seperti iphone mahupon Blackberry yang menjanjikan internet tanpa had kepada penggunanya. Bagi Zaila yang tak mampu nak beli, rasanya macam tak puas aje kalau berblog / baca blog dari benda yang kecik kemetot so Zaila rasa beli ini adalah satu penyelesaian yang baik juga;-


mini netbook (gambar dari hasil google)

Apa yang best tentang netbook ini adalah;-

saiznya yang kecik cinonet ni boleh muat dalam designer handbag Zaila ni, berat pon takderlah sampai senget bahu ni;D

Pastu yang bestnya, kalau takde broadband boleh pakai wireless kat mana-mana yang ada wifi service macam kat Starbucks ke (sorry bukan tempat lepak Zaila ya), kedai mamak ke, paling kurang cilok wifi jiran sebelah;D Pastu kan, kita boleh transfer terus gambar dari handset dengan menggunakan khidmat bluetooth so takyah nak sambung-sambung dengan wayar pencucuk lagi

Hehehe..kat atas tu semua ciri-ciri yang ada dekat mini HP netbook Zaila ni. Maklumlah, Zaila takde handset canggih macam iphone mahupon Belekberi so kadang-kadang bila nak check email tu punyalah susah. Reason Zaila beli netbook ni pon supaya boleh stay connected selalu memandangkan di pejabat agak susah untuk beronline so kalau ada masa yang terluang, Zaila boleh check email sambil-sambil mengupdate sales yang Zaila dapat haritu. Alhamdulillah, walaupon sekarang ni Zaila agak slow sket dalam biz tapi rezeki dari online biz ni memang tak pernah putus. Setiap minggu ada sahaja order & memang pentinglah bagi Zaila sentiasa mengecheck email Zaila.

Kalau nak kira, Zaila ni bukanlah gila gadget sangat cuma kadang-kadang membeli untuk keperluan. Maklumlah dari sehari ke sehari dunia sekeliling kita akan berubah & everything pon akan bertambah maju kan..errr, apa aku nak cakap eh??

Oklah, idea pon dah kering ni..kawan-kawan rasa korang gila gadget tak sejak jadi seorang blogger ni??

Khamis, 5 November 2009

Hobi Baru Saya^_^

Owh, gambar di bawah ini menunjukkan hobi baru dua beranak ni..Zaila baru je belikan pensil warna untuk Haziq (hingga saat ini, semua pensil warna itu sudah hilang..haduisshhh!!)..Konon nak asah bakat terpendam seni Haziq..Last2, bapak dia yang beria menunjukkan bakat terendam terpendam yang ada dalam diri tu;P

Tapi nak cerita hobi baru Zaila..Laaaani, Zaila suka godek2 software photoscape yang dah lama Zaila install dalam lappy, cuma tak pernah guna..sekali sekala aje Zaila buka untuk edit gambar..Nasib baik haritu Zaila tanya Has macamana nak buat watermark kat gambar..ya, saya tahu saya yang mengintroducekan photoscape ni, tapi last2 saya yang tanya balik kat Has..aper daaaa;)
Tak kisahlah kan (ayat cover malu)..janji kita sama2 berkongsi teknologi yang hebat ini!! wah, serious skema ayat saya~~sejak bila pula guna kata ganti diri pertama ni??~~
Macam2 yang kita boleh buat dengan photoscape ni, contohnya dengan menambahkan kotak buah fikiran ke dalam gambar..Pasni bolehlah saya bergosip terus dalam gambar ya!!

Kemudian kita boleh menambah apa sahaja simbol ke dalam gambar..ada pelbagai pilihan yang boleh dipilih..senang kan??

Selain itu kita boleh menambah / mengurangkan contrast gambar, bloom, backlight & macam2 lagi..Kawan2 bolehlah mencubanya dengan sendiri ya;)

Ops, pada mereka yang dah terror menggunakan aplikasi ini, kasiklah peluang untuk Zaila feeling2 terror juga;P

Selasa, 27 Oktober 2009

~~Make Over~~

Wah, tajuk entry ni macam gempak aje..sape yang kena make over tu??
Herm..tak lain tak bukan, teman setia Zaila..Kalau takder dia ni, mahu haru biru jugalah kehidupan Zaila ni!!! Nak tahu?? silerlah scroll mouse kawan2 ke bawah sket, Zaila nak kasi itu jari jemari bersenam sket;)


























































































































































































Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..inilah dia teman setia Zaila tu;- pssssttt, dia ni pemalu sket;p

Sudah dipakaikan baju baru..kasik touch up sket!!

Ayuh kita mulakan operasi make over!!

Credit to MrHubby for his artistic hand..mine?? toksah tanya..inherited kot;p

Bila dah siap, cuma kat atas tu tak cukup kain sket;p

walaupon ada sedikit cacat, tapi Zaila berpuas hati ngan make over kali ini;)

Penat tau bersengkang mata ngan hubby menatarias mek ah sorang ni..Nak kena tunggu anak2 tidur dulu baru boleh mulakan operasi..kalau tidak, misi mungkin GAGAL dek kerna banyaknya tangan2 halus yang ingin membantu;p

Bangun dari tidur tadi terkejut Haziq melihatnya!! Inilah hasil seni mama & papa kalau tidak diganggu Haziq~~sungguh cantik~~
Zaila beli notebook skin ni kat Plaza Alam Sentral pagi sabtu lepas..Harganya RM29 je..Ada banyak lagi pilihan yang cantik2 tapi of cozlah yang ni berkenan di mata Zaila..Ayuh kawan2, jom kita menatarias lappy masing2^_^

Jumaat, 14 Ogos 2009

Lembaga Itu

Sejak dua menjak ni office Zaila telah digegarkan dengan cerita2 yang sungguh menegangkan bulu2 roma ni..http://www.emocutez.com

At first Hubbylah yang kena usik2 manja dari that thing..hihihihi..Zaila masa mula2 dengar cerita dari hubby rase macam kelakar jugak..Dalam hati apesallah penakot sangat laki aku ni??
Tapi layankan ajer..Tapi serious after that incident, hubby dah jarang stay up kat office..kalo dah terpaksa pon siap ajak guard atau member dia yang temankan..Tak kisahlah yang..janji dapat siapkan keje tu..http://www.emocutez.com..

Rupe2nya bukan setakat hubby jer yang dah kena usik oleh lembaga itu, ramai lagi kawan2 Zaila & staff office Zaila yang sudah terkena cuma diorang diamkan aje..Mungkin malas nak layan sangat cause nanti kalau semua pakat takut..haaa..bahaya jugahttp://www.emocutez.com

Tapi moh kita berkenal2an ngan office Zaila dulu;-
Office Zaila ni asalnya dulu tanah kelapa sawit, hutan semuanya..pastu diorang majukan buat tapak ntok kilang2..Office Zaila ni terletak kat Berjaya Industrial Park, betol2 sebelah KESAS Highway exit Jalan Kebun..Ada 3 tingkat semuanya, Tingkat bawah ada receptionist, surau ngan Bilik Mesyuarat 1 & 2, Tingkat 1 menempatkan Engineering Dept, Tingkat 2 pula ntok subsidiaries & Tingkat 3 pula bilik2 director..Pastu kat belakang lak menempatkan mesin2 untuk buat barang2..Tapi tempat yang paling keras adalah Tingkat 3, control room & juga belakang kilang di mana ada banyak barang2 yang dah siap ditempatkan kat situ..

Ni adalah Ground floor (bahagian lobi)..Alangkah bestnyer landing2 atas kerusi tu..Jenama Rozel jer;p
Pintu yang nampak tu adalah pintu bilik Meeting 1, pastu kat belakang tu adalah surau lelaki..hermm..setakat ni, takder ape2 cerita kat sini

Haaa..kat belakang nilah yang dikatakan selalu terjadi kejadian2 aneh..Selalunya guardlah yang kena pasal depa kan kena pusing2 satu kilang tinjau2 keadaan..

Ni plak kat Tingkat 3, sekarang ni ada banyak pokok2 segar kat atas tu..konon2 landskap r tapi pernah akak secretary Director No.1 pernah nampak lembaga sedang berdiri kat pokok tu..Masa tu baru pukul 8 malam lebih..Dia ingat nak stay sampai kol 10 tapi dah gitu gayanya terus dia balik..Tapi nak dijadikan cerita, driver kompeni juga terserempak benda yang sama pada pagi hari kejadian pukul 6.30 pagi..hai..seriau jer mendengarnya yahttp://www.emocutez.com

Dulu pokok tu dok kat belah kiri gambar tapi dah dialihkan dek kerna kejadian tersebut..Siap ada ayat Quran dah tu..

Nipon ruang kat Tingkat 3, banyak kali berlaku komputer2 secretary bos terbukak sendiri bila hari cuti padahal diorang dah shut down masa hari Jumaat & siap tutup plug lagi..haaa..saper nak jawab tu??? Air-cond pon slalu terpasang & tertutup sendiri..Tu yang diorang malas nak stay-up lama2 tu..

Ni selingan..ni plak meja Zaila..Setakat ni xder ape2 yang xsedap didengar kat floor Zaila..Orang2 kat floor Zaila ni semua kuat semangathttp://www.emocutez.com

Kabinet ni tempat simpan file..pon selingan juga;)

Dulu, tiap kali hari Jumaat ada baca yasin tapi sekarang ni dah jarang sangat diorang amalkan sebab tulah makin menjadi2 benda tu..Tapi kita harus ingat yang lembaga itu pon adalah makhluk ALLAH juga so janganlah takut dengan benda tu melainkan takut kepada ALLAH sahaja

Owh by the way, perasan tak Emoticons yang Zaila guna ni??? kalau nak cuba juga, siler baca ini nanti bolehlah cuba ya..Till then, have a nice weekendhttp://www.emocutez.com



Ahad, 9 Ogos 2009

Korang Berapa Kilo???

Gempak jer tajuk entry kali ni yea..hihihihi..Saje je nak kasik uols tertanya2 aperlah yang berkilo2 tu..takder..ni Zaila nak cerita, Zaila asal jer weekend sohih kena buat laundry berkilo2..Mesin basuh kami lak boleh muat sebanyak 7kg jer masa Zaila beli ni kira dah besar dah tu, alih2 sekarang yang 12kg pon dah ade

Hari ni je dah 3 round Zaila mendobi
errr..betol x ayat ni?? Baju anak2 jer dah 2 mesin, baju bapak anak satu mesin baju2 kerje, baju mak anak pn satu mesin, tu belom campur cadar, sarung bantal, kain lap kaki segala..Pendek kate, kalo mesin tu boleh bercakap, sure dah di sound Zaila ni..Seb baiklah mesin tu jenis auto..senang..masuk jer kain2 dalam tu, tekan tekan..then tunggu siap..bile dah siap, bunyilah lagu dari mesin basuh ni..pastu g sidai..senang sangat..tapi bila dah kering, mulalah bertimbun2 atas sofa pasal xsempat nak lipat;p Zaila xsuka lipat kain, basuh kain ok tapi kalo kn lipat kain..aduih malasnyer

Kami pakai mesin ni sudah nak masuk 2 tahun dah..Jenama Samsung..

Memang puas hati ada mesin basuh automatik ni..Bagi Zaila, jenama adalah tidak penting..yang penting cara penggunaan kita..Kalau dah had muatan tu 7kg, janganlah disumbat lagi sampai penuh terus jadik 10kg..kesian kat dia nak putar & pusing (spin)..Selalunya Zaila akan asingkan baju2 anak & bra serta
sotong2 kecil, yang ni boleh basuh guna delicate mode sebab xnak rosakkan bra besi mak;p then baju kerja hubby & Zaila leh guna quick mode pasal baju2 ni xkotor sangat so cepat pon xpe, kalo seluar keje hubby Zaila guna fuzzy mode..biar lama sket..Kalo kotor sangat guna soak mode, rendam ngan Vanish Power, haaaa..kalo selimut & comforter lak pakai blanket mode..kan senang boleh pilih2 ikot kesesuaian fabrik kain & berat..Air pon kita boleh manage samada nak sikit, separuh ataupon penuh..very in the senang you;-)

Alamak, macam nak promote mesin basuh lak gayanya..ader tokoh x??hihihihihi..
Kalo Zaila dah ada anak ramai, Insya Allah nak tukar yang macam ni;-


Tapi xtahulah bila tu..ape2 pon, laundry korang berapa kilo???

Isnin, 3 Ogos 2009

Pindah Rumah Lagi..

Pasai ramai jugak yang dok complaint rumah yang Zaila diami dulu slalu susah nak komenlah, nak viewlah..so kebetolan plak hari ni Zaila cuti2 MC, Zaila pon packing2 semua barang yang ada dalam rumah lame kasi angkut masuk rumah baru..Rumah ni pon Zaila main rembat jer..nampak lawa kat mata Zaila so kira ok r tu..

Ermm, Zaila pilih warna hijau pasal hijau ni mendamaikan bukan PAS ye;p..kalo bila time mata kita dah penat tu..haaaa...silerlah tengok pemandangan yang hijau2..sure mata rase tenang & segar..xcaya??? cubelah buat..kalo mata kita penat pasal dok ngadap pc jek, cube alihkan pandangan tu ke rumput yang menghijau..sure rase ok sekejap..kalo xmenjadik jugak, sure mata korang dah rabun tu;p hahahahahahha!!!! Pastu ader bunga2 menghiasi tepian blog Zaila ni..hihihihi..of cozlah as a lady mak suka bunga;) berbunga2 rasenya sekarang ni^-^

Tapi kan..kalo sudah namanya pindah rumah..kenalah buat house warming kan..hihihihihi..so Zaila nak ajaklah korang jengah masuk rumah Zaila..ader few links yang Zaila dah link kan ngan blog Zaila ni tapi dah terhilang semasa proses pindah rumah ni so kawan2 yang berminat nak berkawan ngan Zaila, jangan malu tinggalkan link blog uols ya;-) Insya Allah Zaila akan link ngan blog uols semua..

Selain dari tu...kalo ada kekurangan tu, silerlah bagitau ya;-) Moga Zaila dapat upgrade lagi mutu rumah Zaila ni^-^

Khamis, 28 Mei 2009

Happy

Hari ni boleh dijadikan salah satu hari yang happy in my life..berikut adalah perbualan antara Zaila & hubby;-
Owh, by the way dialog ini telah ditukar kepada bahasa ibunda memandangkan some of u will not understand if i'm writing it in my loghat Kelantanese;-)

Hubby : Yang, nanti abang nak belikan kamera digital bagi kat Yang..abang tengok blog mama, sian gambar xclear..kabur jer..sebab tu kot blog mama xmenyerlah sangat!!

Me : O yer?? mama tahu...(Dalam hati) OMG..happynyer!!!

Me again : Erm..mama nak kamera yang boleh fokus tu..alaaa..yang macam A*** punyer tu..mesti gambar nampak lawa kalo pakai kamera tu kan???kan papa kan??? (sambil buat muka ngade2;p)

Hubby : Isy, mama ni..asal orang offer terus nak yang mahal..abang nak beli yang biaser2 jer..biar padan ngan budget kita..

Me : yerlah..(sambil buat muka bersalah)

Owh..that is why i'm so happy tonight..happy bukan pasal hubby offer nak belikan kamera digital;- because sooner or later i will buy it on my own..(ya i have already put digital cam in my wish list) tapi happy sebab at last, hubby finally recognized all my hard works to make my little baby come true..from dream becomes reality..hihihihi..xsangka, diam2 dia surf jengah sale's blog Zaila..huhuhuhu..i'm so touched dear..

Erm..nak beli kamera ape ye?? Zaila bukan pandai sangat bab2 beli barang2 macam ni..especially yang macam handset, digi cam, notebook & etc..raser macam xterkejar..guys, please advice me..those yang dah ada digital kamera, ya komen anda amatlah digalakkan..share your minds with me..who knows Zaila boleh jadikkan sebagai panduan ntok beli kamera digital ni..by the way, these are some of the digi cam yang terlintas kat dalam fikiran Zaila..just give ur opinions which one is the best;-)
(pic credits to www.sony.com.my)
I love this colour, it's pinky;-)


(pic credits to www.canon.com.my)

agak2 warna ape yang menarik??


Tengok dalam website canon, harga disyorkan RM9k++ fuyoooOOoo..
(pic credits to www.samsungcamera.com)
yang ni terbaru dari Samsung (12.2 Megapixels)

(pic credits to www.nikon.com.my)
yang ni pon lawa jugaks (actually loike the colour of it)

Ermm..rambang bijik mata nih..but i guess i would definitely choose for the slimmer, ringan & of course my hubby kn setuju ngan taste mak yang sekarang very in the pinky u know..hihihihihi..Alhamdulillah, Zaila bersyukur sangat sebab dapat suami yang begitu memahami (bukan nak promote laki tapi itulah kenyataan..laki mane xsayang isteri kan??)

-Selingan jap;-
Abang, terima kasih di atas segala pengorbanan abang untuk mama selama ini demi melihat mama & anak2 bahagia..Insya ALLAH, mama akan cuba untuk jadi isteri & mama yang terbaik ntok papa, Haziq & Ameera..

Ahad, 17 Mei 2009

Tadaaaaaa...My New House Lagik

After almost one day, finally i'm totally satisfied with this..i'm so excited that i can't close my eyes tonite..sanggup tu bawak notebook surfing atas katil;0 tapi bateri seakan nak kong so i have to admit that it is a sign for me to shut down this pc & start to dream;) besides that, my little Ameera also shows her unsatisfaction by always langgar2 her babycot, naseb ko lah Ameera dapat babycot kayu;)

Well, my dear friends out there, what do you think of my new house?? Insya Allah, i will stay in this house for a quite long time because i had an awful experience on losing all of my widgets, penat seh nak carik balik..

Jumaat, 15 Mei 2009

Arghhhhhh!!!!

Ni yang malas nak tukar rumah ni..haaaaa..kang dah terdelete semua yang ader..penat tau nak carik balik..uwaaAAAAAaaa....memang macam ni ke kalo bila kita bertukar?? ker aku yang xtahu??huhuhuhuhu...malam nilah kalo nak dress-up balik pong..

Thanks Sha

Million thanks to Sha, because of her i only realize that my new house is not blogger frendly at all..sorry guys sebab xleh nak drop comment in here..sat lagi Zaila tukaq umah dolu2..da masa baru boley survey umah2 yang best..

Khamis, 23 April 2009

Check this out!!

Owh..look guys..Paris Hilton is holding my very first CD at the launching of my very first album..hahahahah..just kidding!!! check this website..cool gadgets**wink**wink**

Isnin, 23 Mac 2009

Akhirnya....

Semalam as being promised, me + da geng kuar g Plaza Low Yat for a notebook hunting..My sister in law pon ikot sekali becoz dia pon bercadang ntok mencari & seterusnya membeli handset baru sebagai tambahan kepada koleksi2 handsetnya..We are out from home at 10.30 am then singgah jap kat KL Sentral to fetch my SIL..arrived at Low Yat lebey kurang jam 12pm..then our hunting begin..sungguh rabun dan kelabu mataku ini melihatkan begitu banyak kedai2 pc yang menawarkan harga2 yang aku rasa lebey kurang sama jek..cuma nak kena pandai cari & tawar menawar je..From third floor we are heading to second, and then floor by floor..We surveyed every shop in it and of courselah my aim would be Toshiba Satellite L300 kan=) Average harga yang ditawarkan lebih kurang RM2400..Actually pegangan aku sedikit goyah apabila melihat notebook CompaQ..huhuhu..kiut jugak..My husband lak asyik survey Ascer jer which i kinna not so so so in to it!!

Hari tu kami angkut semua askar2 kami memandangkan it is Sunday and nursery aku pon xnak terima diorang..lagipon aku pon nak kasi can kat cikgu2 diorang to socialize sket..xkan tiap2 hari nak jaga anak orang..kalo aku pon leh muntah darah;) Kesian kat Haziq, aku tahu dia penat jalan..mula2 jer excited lari2 tapi bila lama dah jalan..he started crying nak mintak kami dukong dia..Jangan haraplah mama nak buat, anak jantan aku ni punyalah berat!! mahu tercabut segala tulang belakang aku ni..hihihi..

Lessons dat i learnt dat day was never go to Low Yat empty's stomach..giler susah nak carik kedai makan..yang ada hanyalah kedai2 yang dapat meloyakan anak tekak kami (Japanese food)..maklumlah tekak kami ni tekak kampung so sangat2lah xleh nak accept all those raw foods!! Since dalam Plaza Low Yat xder kedai makan yang kena dengan selera kami, maka kami dengan perot yang berkeroncong jalanlah keluar dari PLY menuju ke Sungei Wang Plaza and since we r not familiar with that place, we can't find any damn fast food shop in there!!!(Penat+Lapar=xnampak signboard) Kesian anak2 aku..Ameera dah banyak kali menangis tapi naseb baiklah papa dia pandai pujuk..Nak buat susu, tertinggal botol air dalam kereta (2nd lesson i've learnt--never leave ur child's thermos in ur car unless u r willing to get it)..Ingatkan sekejap jer..rupa2nya it's not as simple as i think!!

Finally, we decided to go to Cycom (nama kedai tu) where there r promotion for Toshiba Satellite L300 (RM1999.00)..tanya punya tanya..patutlah murah..rupa2nya it comes with free Dos (meaning no window installed)..so husband tanyalah kalo nak install original window kn tambah berapa??Dalam RM300.00 so dat will cost us around RM2,200.00!! stop kejap..pikir punya pikir, we finally choosed not to install the Windows as we can get our IT man at office to do it so selamatlah duit kami..Lamer jugaklah kami dok tawar menawar dengan sale's man tu..Hubby tawarkan RM1950.00 CASH for it..Dengar je cash terus deal..So finally we have bought Toshiba Satellite L300 for dat price which comes with a free gifts; Notebook cooler pad, Notebook cable lock (actually dapat free skin tapi exchange it with this thing), standard optical mouse & managed to bodeks dat guy to give us Kingston Data Traveler 8GB at RM40.00 (dia kata harga asal RM52.00..xtau r kot2 kitorang kn kencing ngan dia)..so finalized price was RM1990.00 jugaks..hahahahhaha..tell me is this a good bargain or not??

Then, da hunting for a handset begins..at first my SIL adoring LG-KS360 which average will cost her around RM700.00, habis kurang pon dapat dalam RM680.00 jek..Dalam tengah survey tu..tertengoklah satu jenis handset NOKIA 7610s..harga pon quite same with LG tu tapi it comes with 3.2 megapixels cam. Hubby suggested her to buy this handset since da design also quuite funky and suitable for her as a student..Once again, the bargain begin..pujuk punya pujuk dapatlah RM670.00, tapi nak dapat handset tu..ya ampun..banyak sangat dugaan..mula2 salesman tu suh kitorang tunggu while his friend go to get another stock (aku rase aderlah dalam sejam lebih kami menunggunya..dahler perot lapar gila masa tu..rasa nak telan jer apek mata sepet tu!!)..Bila handset dah sampai, konon2 diorang offeredlah nak installkan mp3 kat dalam tu so minah tu bawak pergi kedai lain (i guess diorang pon beli kat another shop)..xlama pastu, minah tu datang ngan muka tersengih tahap kerang busuk cakap sim card my SIL kn block pasal dia salah tekan..ya ALLAH satu kerja lak nak tunggu diorang solve dat problem..nyesal sungguh beli kat kedai tu..dahler perot lapar, anak2 dah buat perangai coz diorang pon lapar gak (3rd lessons--always carry some extra food like chipsmore/biskut tiger buat habuan di kala lapar)..tapi finally, berkat kesabaran kami..selesailah misi kami dengan perasaan happy, sedih, lapar, tension da macam2 lagi..

Kos parking RM9.00, at last da total cost for my notebook is RM2,000.00 which suit our budget..syukur kepada ALLAH di atas pemberian ini..and for my hubby, thanks yang coz menuruti jugak kemahuan adinda (nak gak Toshiba walaupon tukang bayar lagi suka Ascer)..Hopefully i can use it in a good way and will give me more advantages & profit (for my online biz) so dat i can tebus balik duit husband aku ni..Semoga ALLAH murahkan rezeki abang dunia & akhirat nanti..amiiiiin...

Inilah hasilnya notebook hunting semalam;

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.














Aku mc hari ni coz kena selsema..actually semalam lagi tapi punyalah kuat semangat coz nak beli notebook kan..sudahnya hari ni xdapat guna lagi my new baby tu coz kak kat xsiap install Windows lagi..huhuhu..esok baru boleh bertemu dengannya..huhuhu..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^