Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 25 Ogos 2009

Penat!!!

Salam kawan..harini Zaila bersiaran dari office..
saje bawa broadband ni..
semalam mati kutu cause nak buka internet kat pc xdapat
so hari ni guna broadband bahagia rasanya^_^
semalam hari first keje teramatlah penat
sampai rumah dah dekat ngan azan
tak sempat nak masak
cukup tak suka makan makanan yang dibeli
tak sedap & mahal
tapi apakan daya..
hari ni Zaila berazam nak balik awal masak
Teringin nak makan sambal mangga muda (orang Kelantan panggil sambal pauh)
Pernah dengar tak??
bahan2 yang perlu ada;-
mangga muda
ikan selayang (sardin) --bakar atau rebus & asing tulang
sedikit cili padi
garam
gula
cara buat;-
tumbuk semua bahan itu..
Pergh..kecur air liur Zaila dibuatnya..
rasanya???
ada masam, manis, masin, pedas..
Arghhh!!!
Tak tahan!!!
Tak tahan!!!
P/s : Menu apa yang membuatkan korang kecur air liur masa puasa???

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

zaila.. leh pos sampal pauh tu ke has skit??? has buat2 x pernah sedappp

Nurhayati berkata...

walaupun tak pernah try lagi sambal pauh.. tapi baca ni pun dah terliur huhuhuuh nak jugakkkkk

ME berkata...

Hmmm .. membaca saja dahh kecur air liur .. simple menu. Boleh try nanti.

Real Woman berkata...

wah rajinnya you ni memasak. i hari ni bukak puasa dgn pizza je coz hubby teringin nak makan pizza. Menu yg buat air kecur air liur..rasanya murtabak je la kot. Cucur udang jugak. Dan of course air soya ais yg dingin...!! ahhh...

abrahyn berkata...

kerabu mangga ke zaila? hish...cam dah meleleh air liur nih...hish hish...:p

mrs shaifull berkata...

sedapnya sambal buat sendiri, tp kalau nak masak sendiri, alamatnya bukak puasa kul 10 mlm lah :( waaaaa

Unknown berkata...

smlm akak buat bawal masak sos

laju je makan
sbb masam2 kan


zaila cuba la buat
anak2 pun leh makan

Zaila Mohamad berkata...

Has, lawak r..camno nak pos..mai datang umahlah Zaila buatkan;-)

Yati, nanti Zaila buat lebih..hahahaha

ME, jangan lupa cuba ya!!!

RW, menu simple rajin r..puasa ni mulut rase nak makan benda masam..

Haida, dia bukan kerabu mangga tapi sambal ikan..isy..susah nak cakap..nanti Zaila google pic dia

Kak CT, masak simple2 jer..sempatnyer

Kak Ariffda, nanti bagilah resepi ya..

N A N I E berkata...

zaila..nak sikit..sedap la dengar..
tetambah bulan posa ni lagi lagi laa..hihi

Zaila Mohamad berkata...

Tulah..Zaila kalo bulan poser nak makan masam2 jer..

jane_doe3328 berkata...

zaila kene cakap guna mangga muda. kang ade plak pi buat guna mangga masak.

hahaa..esh meleleh airliur membacanya :)

Ami berkata...

tau sgt sambal nie!ma ami sokmo gune ikan rebus/bakar,sedappp nye,make gitu dgn nasik je.dok pong budu+ikan bakar/daging bakar/ulam2 pucuk yummmmyy

Zaila Mohamad berkata...

A'a lah Jane..kang berair plok sambal pauh demo..xpasal Zaila kn marah;p

Ami, huhuhuhuhu..serious mak craving for those yummy foods now!!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^