Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 5 Oktober 2009

Ahad Yang Penat

it's MONDAY blues again..
sebab semalam penuh ngan aktiviti
celik je bijik mata ni
terus bersiap2 ke klinik
Ameera dari malam lagi tak sihat badan
asyik merengek je
so pagi2 tu ke Poliklinik Shaikh kat Kota Kemuning
pas jumpa doktor
kebetolan kat area situ ada jamuan hari raya
kami pon dengan muka tak malu menumpang makan
kata jamuan raya kan??
bila dah kenyang macam ular sawa tu
hubby tanya nak ke mana pula??
haruslah jawab "HOMEDEC09 yang"
anak tak sihat pon ada hati lagi nak g sini
memang dasar ibu mistali mithali r;p

seb baik Ameera ok, dapat makan ABC kot

tengoklah, betapa ramainya manusia yang suka makan macam aku

Haziq pon makan banyak juga

Pas habis ABC, makan air batu cendol pula

Kami tiba di KLCC Convention Centre lebih kurang pukul 12 tengahari
seb baik dapat parking dalam bangunan yang sama
kalo tak, jenuhlah nak menapak
dah stroller anak tertinggal
tupon rasa macam nak patah tulang belikat ni dok menggendong Ameera
manusia punyalah ramai
rase nak pengsan pon ada
rasa macam nak mamp*s je nak habiskan semua 6 hall
setiap hall dipisahkan dengan dinding so kita kena jalan punyalah jauh nak jumpa hall yang seterusnya, seb baik Haziq sporting nak berjalan
kalo dibuat mahu berdukung juga
haruslah mak patah kaki tangan kat situ juga!!

Seriously memang banyak barang yang boleh kita jumpa di sini
macam macam ada
tapi kami takder beli apa pon, just jalan2 cuci mata sahaja
rasa dalam berkilo2 jugak lemak Zaila terbakar haritu;)

Haziq yang sporting

Sedang melompat di tengah lautan manusia

bahagian lightings yang menarik perhatian kami..tapi harga dia..gulp..telan air liuq saje

Teringin juga nak beli satu tapi takder sen r..ada sape sape nak sponsor tak??

Sesi tayang b*nt*t..ader sape sape berminat??~thee~

Kita minum dulu!!

Haziq tengah menangkap kelip kelip

Zaila sempat survey wall covering kat LAMEX, tunggu masuk rumah barulah!!

Kami keluar dari situ lebih kurang pukul 3 petang
then melilau carik surau
dahler kat area surau tu ada kolam
sohih lenjun anak jantan Zaila main air
papa pon berlagak bapa yang memahami ajak kami ke taman
berjalan lagi
sampai kat sana baru teringat tak bawa baju mandi budak2 ni
apa lagi, pakai jelah baju yang sedia ada
seb baik terjumpa spender Ameera kat dalam keta
so Haziq mandi pakai spender pink haritu naseb baik tak nampak
Ameera dah terlena kepenatan

Papa yang ada tokoh jadik pak guard kat situ





Sket lagi nak nampak spender pink;)

suka betol anak jantan Zaila bila dapat main air

ade sape tak kenal bangunan ni??

Petang tu kami pulang kepenatan
tapi dek kerna lapar, Zaila rajinkan diri masak ini

spagetthi bolognaise

Malam tu cousin Zaila datang beraya
walaupon penat, layankan aje
malam tu tido awal
tapi hari ni amik EL pasal Ameera masih tak sihat
hurrrreeYYyyy!!!!

5 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wah sempat lg singgah mandi kt klc tue yer ;-)

Norhayati berkata...

kata lemak dh berkilo2 terbakar, apalagi..alihkan la weight ticker tu ke kanan...ada berani??? ihihi

Nurhayati berkata...

syoknye tgk haziq mandiiii.. budak2 ni kalau main air mmg seronokkan ;)

N A N I E berkata...

babe..I pegik sana gak..hari Ahad tuh ramai giler umat manusia..phew..ade yg murah and ade yg mahal..tapi puas ati gak pegi =)

Zaila Mohamad berkata...

Kak Diana, kalo tak g nanti mamat tu ngamuks..

Yati, sajer cabar aku ya??

Nurhayati, a'ah..suka tengok..kalo boleh ngan kita2 sekali nak main sama;p

Nanie, alaaaa..nape xjumpa?? kalo tak leh kenal nanie in person;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^