Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 14 Oktober 2009

~~Dilema~~

Salam semua..actually harini Zaila sedang berehat menjaga Haziq yang sakit..sejak semalam lagi Haziq sudah menunjukkan tanda2 lelah seperti;- bunyi nafas yang seperti meniup wisel, batuk yang berkahak & running nose yang sentiasa meleleh..tak lupa juga suhu badan yang tinggi..sohih dia demam!!!

Kami sudah maklum akan situasi ini, Zaila pon sudah berikan dia ubat2-tan yang harus diambil contohnya seperti salbutamol, paracetamol (syrup), bisolvan (pecah kahak) and for worst his Asthalin inhaler..dah lama tak bagi Haziq sedut inhaler ni, tapi since malam tadi he keep on crying & berguling2 macam orang tak cukup udara ntok bernafas, hubby forced him to take one dose of it..lega bila Haziq boleh sambung tido balik atau dia menangis tapi mama tak sedar;p

Alhamdulillah, Haziq ni jenis senang untuk makan ubat, bila mood dia ok, sampaikan ubat adik dia pon dia nak minum juga;) tapi selalunya bila diserang lelah tetiba dia BERTUKAR untuk menjadi seorang kanak2 yang tak suka makan ubat macam ubat tu racun di mata dia so Zaila akan pastikan bila dia in happy mode baru pujuk dia makan ubat;-) selalunya masa nilah dia akan gunakan segala kuasa yang ada untuk mengada2; nak main kamera baru mamalah, nak main handsetlah, macam2 lagilah permintaan yang kami tak boleh TAK tunaikan..oooOOOOoo..except for ice-cream..really this darm thinglah anak mak kn attack balik!!!

for those mummies yang anak ada athma, sure kenal bangat dengan alat ini;- Aero chamber

Haziq is in a good mood to take his inhaler

Actually, Zaila still dalam dilema ~~seperti tajuk di atas~~ sebab;- yerlah Zaila ni kerap sangat amik EL (Emergency Leave), last week Ameera tak sihat, this week Haziq pula..memang Zaila sudah inform bos (they all know that my son pernah masuk wad disebabkan lelah) tapi deep down in my heart, Zaila teringin terfikir untuk resign & be a 24/7 housewife..Hubby banyak kali juga menyuarakan hasrat agar Zaila resign & jaga anak2 tapi itulah..i'm in dilemma rite now..

Of course kalau Zaila bekerja sebagai penjawat awam, i will definitely not come out with this idea, paling tidak pon just amik cuti tanpa gaji je..ye tak?? but to be in my position right now, if i just resign pon, that would ne no effect on our house budget since sejak dulu lagi all expenses are on hubby..beside, we can save almost RM1k for kid's nursery fees & their susu pampers segala..

But the worst part is, on me lah kan..sure pasni i can't buy Estee Lauder punya make up, baju raya yang very vadevasss & many more things that can satisfy my devil lust..dulu before kerja Zaila pernah merasa staying at home (masa tu Haziq kecil lagi & still breastfeeding)..owh..sungguhlah sedih rasenya..nak mintak hubby belikan lipstik Maybelline pon takut pasal kesian kat hubby..so i guess this is the best part when we r working because we can have/touch/smell & spend the money on anythings that we want (but for me, of courselah with his permission)

I do think to expend my online business (if i'm going to resignlaa) but i am too scared..what if nobody want to buy my things?? ~~mulalah mak lelong ngan harga tersangat murah pastu mak rugi gara2 nak habiskan stok punya pasal~~, well i'm also thinking to sell cupcakes or whatever food that i can bake/make but then~~baru teringat choc cake who somehow turn to brownies because of my mistakes in reading the instructions at plastik tepung kek coklat segere**Arghhh..mak memang takder talent nak baking apa2!!!

So pada kakak2, makcik2, kawan2 sekalian..apa yang korang rasa?? patutkah Zaila terus bekerja sambil cuti on off on off or should i switch to fully housewife/blogger direct from home sambil jadik minah tarzan jerit2 marah anak?? please share your thoughts here..kadang2 Zaila baca blog mummies2 yang tak bekerja tapi still boleh manage to buy designer handbag~~errr, laki diorang jutawan ke hape?? or berapa banyak should i ask salary from mu hubby to take care of his zuriat?? RM500 per person?? kalo 2 orang sudah RM1k/month?? cukupkah?? hahahahaha;)

Tapi kan..bila difikir2, memanglah best bila dok rumah sehari bersama anak2..rasa macam diorang ni comel sangat..tapi bila HARI2 dok layan karenah diorang..Zaila rasa macam boleh hilang a*kal sekejap..owh, Zaila sungguh salute ngan mommy yang ada anak 12 or more..camnolah she's handle her children??? Zaila yang 2 orang nipon kadang2 sudah perasan macam tarzan kerna terpekik terlolong marah melarang anak2..sampaikan jiran Zaila akan bertanya;
Jiran : "pergi mana sabtu lepas"
Me : "balik kampung"
Jiran : "Oh, patutlah sunyi sepi"

And i was??**malu babe** kuat sangatkah suara merduku ini?? hahahahahaaaaaa..but what can i do..this is sooooo me..cuma dalam majlis sorok sket r tangan kalau nak cubit anak (pasal takleh jerit, mak cubit pula)..for those yang pernah tengok Zaila marah anak, sure akan cakap Zaila garang kan?? biaserlah, dengan anak2 ni kita kn garang, kalau tak..sure diorang tak layan bila kita marah/membebel..tapi, Zaila hairan sungguh..anak2 kalau dengan Zaila sure tak takut walaupon Zaila pegang rotan, tapi kalau dengan papa mereka, mencecet lari (biarlah sekadar jelingan dari papa)..nape ek???

Nampaknya sungguh panjang tulisan mengarut Zaila ni..oklah, malas nak pening2kan kepala Zaila..berserah aje pada Yang Maha Kuasa..mana tahu ada hikmah di sebalik yang terjadi..pada bos2ku (harap memahami), pada sang suami (selagi mama boleh bertahan, i will survive), pada readers (mak nak jadik blogger tegar bole??)..Lastly mari kita layan gambar budak sakit yang asyik kena cubit dengan mama dia pasal dia tak dengar kata mama dia harini..btw Ameera dihantar ke nursery juga pasal tak guna bayar mahal tiap bulan kalau mama dia kena migrain jaga mereka;)

Haziq with his car..saya tahuuuuu..i should upgrade his car to a new bicycle

dah naik hancus dah benda tu dikerjakannya

perasan tak mata dia juling??

owh, bila Haziq diserang lelah, it comes with the package..apa tu??

Of cozlah allergy, see the red spot on his nose?? gatal2 lah tu..

Dear friends, please pray for Haziq's recovery..Zaila cukup2 susah hati bila dia sakit..maklumlah musim H1N1 ni, Zaila tak nak bawa dia g hospital cause situ pon dia berkemungkinan dijangkiti virus juga..Semoga anak jantan mama cepat sihat, i love you Haziq...eventho mama suka marah & cubit Haziq, u r still my heart & my soul..Love u..muahssss

8 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

be strong zaila..
lady doakan haziq cepat sembuh..

Zaila Mohamad berkata...

Thanks Lady, Zaila memang kuat pon..kuat makan..hihihihi

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

haziq rajn2 mkn ubt yer ...

ps : betul2 .. kalau bab keje & anak2 mmg dlm dilema .. mcm kita gov nieh cuti mmg kena standby utk kes2 emergency cam nieh ..

~Umi.Sufira~ berkata...

Zaila, memang risau kalau anak2 sakitkan...Get well soon untuk anak2 Zaila..
BTW, about berhenti kerja saya rasa kalau masih buleh bertahan better bertahan..kalau macam kita yang dah biasa pegang duit sendiri ni, memang terasa sangat kalau tetiba berhenti kerja..ataupun Zaila buatlah istikharah mohon petunjuk yang terbaik:)

jane_doe3328 berkata...

Get well soon Haziq, Zaila org kata kalau budak lelah better hantar blaja berenang utk streghthen their lung. Alang² dok kat Shah Alam pekata tgk kat Pusat Akuatik or Uitm Shah Alam berapa dowang charged.

Pasal keje tuh kan, as for hold dululah. Lagi setahun dua dowang dah besar ie dah tadika sumer, masa tu takdelah amik cuti sangat dah :)

Zaila Mohamad berkata...

Kak Diana, a'ah memang dalam dilema kan?? tapi tulah, anak..takkan kita nak biarkan je kan..

Yues, Zaila rasa Zaila nak bertahan lagi..cuma biaserlah bila dah slalu amik cuti tu, muka naik tebal nak ngadap bos..tapi bila dah masuk keje balik, glad that they understand my situation

Jane, iyo?? kalo kira dekat Kelab Golf Kota Permai nipon ada swimming pool..hahahaha..nak kn register ahli kat situ ah..tapi xper..umah BIL Zaila ada swimming pool, leh g mandi kat situ skali skala..thanks for sharing

NadiahKhair berkata...

zai,
kalau dpt kerja penjawat awam pun 3 tahun baru confirm and baru dpt kemudahan cuti xbergaji. kalau x ambik cuti mcm org lain jugak.

pk2lah. kalau aku, laki aku bagi benti. confem aku duk umah. hahah.

buat bisnes dr umah pun oke. kene usaha sketlah.

Zaila Mohamad berkata...

Nad, aku xtahu pulak..tapi thanks for sharing..keje mana2 pon macam nilah kan..

Aku takutlah nak berenti..kang dibuatnya anything happen pada laki aku (nau'zubillah) tapi itulah..aku kn tabah sket..takperlah..hold dulu niat nak berenti keje ni..banyak lagi komitmen lain nak kn buat (especially PTPTIPU)

tang bisnes tu..kalo xpecahkan ruyung mana nak dapat sagunya kan??;)

btw, thanks for ur advice

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^