Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 15 Oktober 2009

Dah Dapat

**klik pada gambar untuk besarkan**

Owh, Zaila suka sangat sebab dah dapat katalog IKEA untuk tahun 2010..masa pergi rumah Ayu (Keramat) sabtu 2 minggu yang lepas, nampak dekat pagar rumah jiran Ayu..dalam hati;-
"wah, kat sini dah dapat, Shah Alam bila lagi???"
Alih2, semalam tengok ada tergantung depan pintu pagar..wah, ini sudah bagus;)
Zaila memang suka tengok katalog IKEA, walaupon jarang beli (read:bukan tak nak beli..tapi belom masa lagi), tapi sekarang ni makin berkobar2 nak tengok & teliti..bukan apa, bolehlah fikirkan misi menghabiskan duit hubby memenuhkan rumah baru nanti..

Terasa lamanya nak tunggu kunci rumah no.tuut tuuut Kemuning Greenville ni..little update bout our new home;- Zaila dah bayar 10% dari deposit rumah, sekarang ni tengah tunggu surat daripada pejabat tanah untuk bayar dia punya stamp duty (betol ke ni?? isy luperlah plak) & tengah tunggu bank kami releasekan payment..huhuhuhu, lamer berzaman nok!!! ader tak sape2 ada kawan kat Public Bank?? suh diorang cepatkan sket bayar loan Hamdan & Zaila ni..hikhikhik

Oklah, enough from now..kawan2 dah terima ke katalog IKEA ni?? kalo belom, sila terjah IKEA ya^_^

13 ulasan:

jane_doe3328 berkata...

syoknyer nak masuk umah baru. kemuning area tuh bestlah suasana dier :)

mrs shaifull berkata...

akak baru plan nak ke ikea sabtu ni, jomlah sesama meriahkan ikea :)

Zaila Mohamad berkata...

Jane, Alhamdulillah rezeki kami..walaupon rumah kecik je tapi cukuplah ntok kami anak beranak berteduh..cewah!!
Zaila suka pasal dekat ngan pasaraya, hospital, sekolah & semualah!! pendek kate can't hardly wait to move in;)

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, siler..siler..akak g dulu ya..hahahahaha;)

linahilmin berkata...

salam...
umah no tuttt tutt no brp ye?
i'm staying here - kemuning greenville. i know ada 1 empty hse kat my lorong - 32/100..
selamat berjiran!

Zaila Mohamad berkata...

salam Lina..
owh setakat ini rahsia lagi..tapi rumah yang Zaila beli betol2 tepi Econsave..alaaaa..lupa pulak nama jalannya tapi rasenya bukan 32/100..owh by the way happy berjiran..nanti bila Zaila dah pindah masuk, we'll inform u ya;)

Tanpa Nama berkata...

wah..lina & zaila bakal berjiran! stuff kt ikea mmg best. cuma mcm leceh aja. sbb kena D.I.Y. has blom dpt lg. kn ambik kt management office.

linahilmin berkata...

ooo... a'ah tu phase2, senang le zaila gi econsave.. jln kaki jek! umah lina betul2 depan padang, ngadap econsave. nanti klu dtg tengok umah, jemput lah singgah umah kita yg bersepah2 ni!
azlinahilmin@yahoo.com

Zaila Mohamad berkata...

Has, a'a seronok dapat jiran blogger..has belilah rumah sebelah rumah zaila, leh kita berjiran juga;)

Lina, rumah Lina lagi dekat ngan Econsave..Insya Allah, rite now pon Zaila menyewa kat Berjaya Park, tak jauh pon dari Lina, ntah2 selalu terserempak di Econsave tu tapi xcam;p kalau betol2 terserempak ngan Zaila yang selebek ni, tegur2lah ya~~,

Mag berkata...

yeah..nak g terjah ikea..mak kat kelantan soh amik kan..huhu

Zaila Mohamad berkata...

puan farah, kelass gitu mak u;) very up to date personlah;)

N A N I E berkata...

zaila..nanti buat house warming jangan lupa jemput tau hehe

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, Insya Allah..haaa..nanie pon samerlah, jangan lupa jemput Zaila juga ya;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^