Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 27 Oktober 2009

~~Make Over~~

Wah, tajuk entry ni macam gempak aje..sape yang kena make over tu??
Herm..tak lain tak bukan, teman setia Zaila..Kalau takder dia ni, mahu haru biru jugalah kehidupan Zaila ni!!! Nak tahu?? silerlah scroll mouse kawan2 ke bawah sket, Zaila nak kasi itu jari jemari bersenam sket;)


























































































































































































Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..inilah dia teman setia Zaila tu;- pssssttt, dia ni pemalu sket;p

Sudah dipakaikan baju baru..kasik touch up sket!!

Ayuh kita mulakan operasi make over!!

Credit to MrHubby for his artistic hand..mine?? toksah tanya..inherited kot;p

Bila dah siap, cuma kat atas tu tak cukup kain sket;p

walaupon ada sedikit cacat, tapi Zaila berpuas hati ngan make over kali ini;)

Penat tau bersengkang mata ngan hubby menatarias mek ah sorang ni..Nak kena tunggu anak2 tidur dulu baru boleh mulakan operasi..kalau tidak, misi mungkin GAGAL dek kerna banyaknya tangan2 halus yang ingin membantu;p

Bangun dari tidur tadi terkejut Haziq melihatnya!! Inilah hasil seni mama & papa kalau tidak diganggu Haziq~~sungguh cantik~~
Zaila beli notebook skin ni kat Plaza Alam Sentral pagi sabtu lepas..Harganya RM29 je..Ada banyak lagi pilihan yang cantik2 tapi of cozlah yang ni berkenan di mata Zaila..Ayuh kawan2, jom kita menatarias lappy masing2^_^

13 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

rajinnya buat makeover ... corak tu pun cantik ...

ps: mlm td msk apa???

Tanpa Nama berkata...

has psg kt luar aja sbb x pandai psg yg dlm tu. mine blue one. tp kt low yat rm25 ;)

Zaila Mohamad berkata...

Kak Diana, malam tadi masak sambal udang, tapi xmakan pon pasal nak buat bekal tengahari ni..hhihiihi..awat?? lama dah xnampak resepi kat sini??;P

Has, memang rumit!! owh beza RM4 tuuuuu;)

Lady of Leisure berkata...

wah comelnya lappy zaila dah dipakaikan baju..hihi..nampak feminin gitu..

lady dok nampak sticker ni jual kat kedai komputer kat umah ni, tapi tak tahu apakah kebendanya menda ni.. rupanya baju laptop hihi..

cantik la..

mrs shaifull berkata...

hehehe bukan setakat tuan je blh makeover, 'barang2' dia pun turut serta :)

Nurhayati berkata...

cantikkkkkk.. buat wallpaper kat lappy plak ek..hihihi

Zaila Mohamad berkata...

Lady, ayuh!! make over kan lappy mu itu;)

Kak CT, tuan empunya takyah make over..dah terover dah;P

Yati, nak wat kat rumah macam lambat lagi..last2 wat kat lappy jelah dulu;)

Adinda Amy Sensei berkata...

salam..


lohhhh....aku ingat make over muka mu..haha..

rupanya si mek ah tuuuu...hakhak

Zaila Mohamad berkata...

Cik Amy, muka ai xyah wat make over..meme come sokmo doh;P jangan muntah ya;P

Ami berkata...

cantik!laptop ami doh 4 thn,kene make over jugok kot,tapi tok sapa seru lagi aahha

Zaila Mohamad berkata...

Ami,sesekali kn "cantikkan" dia juga..siye ko dio nanti!!

Mag berkata...

huhu..takde lappy..lappy yang hampir jahanam masih berjuang meneruskan hidup di kedai

Zaila Mohamad berkata...

puan.farah, beli yang baru jelah;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^