My Lovely Followers

Cari Sesuatu Di Blog Ini? Taipkan Di sini

Loading...

Friday, November 6, 2009

~~Produk Review-Bedak Miyami

Hari ni Zaila nak buat product review sket..Maklumlah dah takder idea Zaila just nak berkongsi pengalaman & pendapat Zaila tentang produk ini..Actually, Zaila dah start pakai bedak asas Miyami ni seawal form 5 lagi (masa tu cilok yang akak Zaila punya~~see, masa tu pon dah ada hati nak nampak cantik!!~~)..Tapi setelah berhijrah masuk U, Zaila lebih suka pakai compact powder jenama Maybelline sehinggalah ke saat Zaila berumur 27 tahun..Kebetulan minggu lepas compact powder yang Zaila selalu tempek kat muka tu habis, kena pula masa hujung bulan..aduuusss..gaji tak masuk lagi ni!! Nampak gaya kenalah cari pengganti yang bersesuaian ngan budget poket masa tu;P

Zaila tengok ramai rakan opis yang pakai bedak ini..so Zaila tanyalah one of them, berapa harga bedak Miyami ni..owh i'm so surprise that the price is so much cheaper than my favourite brand (Maybelline)..Nak tahu berapa harganya?? Masa Zaila beli ni dapat harga RM16.90 (thanks kak Hani cause tolong belikan) & masa ni tengah ada promosi, kalau tak harga yang ditawarkan dalam lingkungan RM18 (kalau tak silap Zaila r)..Produk Miyami ni adalah keluaran Cosway & kita kenalah mendaftarkan diri sebagai ahli dulu kalau nak harga special ni..Zaila tak daftar pon, cuma minta tolong Kak Hani je;P

Setelah menggunakannya selama seminggu, Zaila agak berpuas hati dengan olesan bedak Miyami ni..Teksturnya yang lembut terasa begitu dekat lekat di muka..Lady of Leisure pun pernah komen kat entry Zaila yang ini, dia mengatakan bahawa bedak Miyami ini akan memberikan impak yang lebih hebat sekiranya dioles dengan span yang basah..betul ke?? kena cuba ni;P
inilah bedak yang berharga RM16.90 tu

Produk Miyami ini dihasilkan di Jepun, mempunyai 3 pilihan warna & mengandungi perlindungan UV. Setiap satu mempunyai berat sebanyak 13.2g & warna covernya adalah biru;)
Zaila memilih tona No.2 iaitu medium kerana sesuai dengan kulit muka Zaila yang tak berapa nak cerah itu..Lagipon kalau ambik tona No.1 takut terlebih putih & jadi seperti tepung gomok (sejenis kuih di Kelantan) pon tak lawa juga;P

Kat bawah ini adalah gambar model tersohor Zaila sebelum & selepas memakai bedak ini..Apa?? Tak nampak perbezaan pon?? Aduih..kalau tak nampak tu, alamat dia...tak lama dah tu;P
Bukan senang model tersohor ni nak tayang muka dia tanpa make-up, sohih orang laki tak nak ngorat dah pasni~~bluwekkkssss~~

-pic removed-

Pada yang nak muntah tu..haaaah..sileeer..sileeeer^_______^

11 comments:

Lady of Leisure said...

hi zaila.. hihi.. lady baru nak bukak topik pasal bedak miyami ni wakaka... takpe lady share kat sini jek lah...
bedak miyami ni dah ada 2-3 org make up artis rekemen pada lady.. infact artis pun ramai yg guna bedak ni.. lady setuju ngan zaila..
dengan harga yg murah, bedak ni dikira sangat lah bagus sbb kalau pakai dengan span basah, tak yah pakai foundation pun ok.. nampak cantik di muka...
zaila cerah...ok pakai medium tu.. lady yg tak brapa nak cerahh ni pilih dark wakaka... sbb lady suka pakai tebal supaya boleh cover bekas jerawat hihi.. so kalau color dark ni pakai tebal mana pun tak nampak putih..
lagi satu yg lady perasan, make up artis ni bila depa make up dia sapu bedak dia tak sapu dengan cara tarik2... dia just dap dap dap jer.. sbb depa kata kesan dap dap ni nampak lebih cantik..
lagi satu bila nak make up n pakai bedak ni, biar muka kita dalam keadaan lembap, lepas cuci muka lap ngan towel kendian muka kita rasa lembap n sejuk kan? this is the best time pakai bedak ni.. sapu plak ngan span basah.. mmg cantik..
mmg bagus lah bedak ni... mari2 semua kita pakai bedak miyami..
wakaka..
sorry ye zaila lady terpanjang komen, mcm blog sdiri lak hihi..

zailamohamad said...

Lady, takpe..takpe..Zaila suka aje..Zaila pon tak tahu cara nak pakai dia..waaahhhh!!! pasni harus Zaila belajar cara nak make up ngan Lady ni;)
Thanks for sharing ya!!!

honeylanz said...

harus has cuba nih. thanks to zaila yg introduce & lady yg bg tips cam ne nk pilih/pakai ;)

Nurhayati said...

bestnye la kan.. yati tak pakai bedak huhuh.. pasal tu la tak cantik uwargghhh

Cik Norm said...

amboi... merahnya mak ngah... hehehe..Cik Norm pun pengguna miyami jugak...dah lama dah...sejak sekolah lg... tupun curi2 pakai kakak punya..(sama la kita...kuikuikui...) pas abis skolah ciknorm pakai shishedo(xingat dah spelling dia camne)2pun mak yg belikan pasal mak pengguna shisedo.. masa belajar kat poli cik norm tgok ramai kwn2 pakai miyami. bila dah abis je shisedo mak 2, cik Norm terus beralih arah ke miyami... skang ni mak pun pakai miyami...(termakan gak hasutan aku..kikikih...)tapi yg beza skang ni cik Norm la pulak yg kena belikan utk mak klu dia kehabisan bedak.. hehe...

zailamohamad said...

Has, cari kat kedai cosway tau..bukan amway..haritu Zaila tersalah bg info..

Yati, mana ada tak lawa..cuma kurang menyerlah..kalo Yati melawa, mesti lawaaa..berapa banyak perkataan lawa daaaa

CikNorm, terima kasih kerana mengomen..amboi..ingatkan wartawan hiburan mana tadi;P glemer you nama ciknorm ni;)

jane_doe3328 said...

rasanya artis pon byk pakai bedak nie :)

zailamohamad said...

Jane, betol tu;) so mak ferasan artis jugalah!!!

kirana said...

SALAM,

baru nk g beli..bln january ader diskaun x?kene jd ahli dulu ker..

Cik Rose Cute said...

Betul tu...kalau basahkan spamnya lagi nampak kesan cantik,licin,mulus tau...Sis suka pakai bedak ni hihihi...

Follow kamu..

http://hairuliza-anakku.blogspot.com

wanie said...

kalau kulit berminyak ley pakai gak tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^