Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 5 November 2009

Resepi Khas Buat Jane_Doe3328

Gambar ambil dari google

gambar ambil dari folder lappy Zaila;)

Firstly, Zaila nak minta mahap ngan Jane pasal dah lama berjanji nak bagi resepi gulai ayam nasi berlauk..siap minta berkali2 tu..bukan apa, Zaila kalau nak bagi resepi kat orang, rasa segan pula bila tak cuba dengan sendiri..so Zaila pon merajinkan mencuba naseb dengan berpandukan resepi yang diambil dari internet..tapi lebih kurang sama juga dengan resepi mak Zaila..so Jane, chekidaut ya;)

Bahan2:
- seulas bawang putih**dikisar/ditumbuk
- seinci halia**dikisar/ditumbuk
- sedikit lengkuas **dikisar/ditumbuk
- sedikit kunyit hidup (Zaila guna serbuk kunyit je)
- sedikit cili kering diblender (Zaila pakai cili boh je)
- seekor ayam
- santan pekat
- santan cair
- 1 sudu besar rempah kerutup
- 1 susu besar rempah kari
- sedikit air asam jawa (boleh juga gunakan asam keping)
- sedikit lada hijau, kacang panjang
- garam gula secukup rasa

Cara2:
Tumiskan bawang & segala bahan yang dikisar tadi, masukkan rempah kari & kerutup, tumis hingga pecah minyak, masukkan ayam, kacau sekejap, kemudian masukkan santan, air asam jawa & garam gula..sentiasa kacau bagi mengelakkan ianya berketul..kemudian masukkan cili & kacang panjang..biarkan sekejap & sudah siap!!

Ntok sambal cilinya;-
blender cili padi merah dengan cuka, garam & gula..that's it..

Perghh..kalau Jane hidangkan dengan ayam goreng pula..mahu terangkat bila makan nasi pagi2~~orang Pantai Timur selalunya akan makan sarapan yang berat2 di pagi hari~~nak wat macamana, mak kita dah ajar sedari kecil lagi;)

Pada sape2 yang nak resepi lagi..moh tanya~~cewah, berlagak youuuu~~

10 ulasan:

mrs shaifull berkata...

heheheh..jom memasak bersama zaila.

Lady of Leisure berkata...

wah sedapnya nampak.. thanks for sharing the recipe zaila..
:)

Tanpa Nama berkata...

gulai ayam nasik berlauk makan bersama sambal belacan..sedapppp sgt

Zaila Mohamad berkata...

Kak C, jom!! jom!!

Lady, Zaila pon ciluk dari internet tapi resepi ni nak sama je ngan mak zaila punya..mungkin jenama rempah kari & kerutup agak berbeza..maklumlah kat KL ni mana nak cari home made rempah kari kan;P

has, betol tu..Zaila suka makan ngan "sambal jantan"!!

zarin berkata...

zailaaaa...ini kuah nasi berlauk ye!
boleh i copy...dah berkali2 my mom ajar tp tk pass buatnya...boleh cuba zaila punya pulak...my hubby suka sangat nasi berlauk :D

Norhayati berkata...

chef zaila, meme x bubuh bawe meroh ko ni? tp ayah chik aku pun penah ryak klu masak kari(gulai)sedap letok bawe putih byk2..betol ke ah?

Zaila Mohamad berkata...

Zarin..siler..siler cuba ya;)

Kak Ti, aku lupo nak letak..kalu letak pon takpo, tak letak pon tak po kot..haahaahaa..mung try 2 versi ada bawang merah ngan takdok bawang merah..nati bagitahu apa bezanya k;P

Hada Masayu berkata...

uishhh...hebat memasak nampaknye...bila nak wat gather2 maqan2..hehe :)

ME berkata...

nampak mmg menyelerakan. Bolehla try masa cuti sekolah

Zaila Mohamad berkata...

Ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..aku tengah tunggu ko bagi green light je;P
bile ah??? nanti aku arrange kan;)

ME, silakan;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^