Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label KPLI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPLI. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2010

Cerita KPLI Lagi

Pasti di kalangan kawan-kawan yang tahu tentang Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) kan?? Sekarang ini dikenali dengan nama KPLISR (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah) pula. Bagi mereka yang ada ijazah & masih mencari / berminat untuk menjadi warga pendidik, maka kursus ini adalah sesuai untuk anda. Namun harus diingatkan agar anda betul-betul berminat untuk menjadi warga pendidik, barulah peluang untuk masuk ke kursus ini akan lebih cerah^__^ terutamanya kepada mereka yang ada pengalaman menjadi guru ganti ataupun guru sandaran.

Zaila pun tidak terkecuali dalam mencuba untuk menjadi guru ni. Orang kata warga KPLI adalah mereka-mereka yang tidak dapat mencari kerja dalam bidang pengajian mereka atau susah untuk mencari kerja dek kerana result yang rendah. Betul ke?? Zaila tidak rasa macam tu pun, setiap orang yang mengambil KPLI ada alasan masing-masing. Zaila rasa profession perguruan ini sesuai untuk kaum hawa sebab masa seorang guru tidak sama seperti bekerja di pejabat yang menuntut kami untuk berada selama 8 jam atau lebih di office. Dahlah kalau time cuti sekolah cutinya agak terhad so Zaila rasa kelebihan yang macam inilah yang membuatkan ramai di antara mereka berminat untuk memasuki kursus ini.

Tapi mengapa tidak memohonnya seawal pengajian di Universiti lagi?? Entahlah, bagi Zaila dulu Zaila tidak terfikir akan kepentingan untuk memilih jurusan yang sesuai dengan kita semasa di Universiti, asal masuk U dan teruskan pengajian agar lulus dengan segenggam ijazah pun sudah baik. Namun, bila melangkah ke alam pekerjaan, baru Zaila tahu betapa pentingnya untuk memilih jurusan yang begitu sesuai dengan jiwa kita agar bila kita keluar nanti, kita dapat bersaing dengan ramai lagi lepasan U yang lain bagi mendapatkan pekerjaan idaman hati. Tapi yang pasti, dalam zaman yang mencabar ini kita tidak seharusnya terlalu memilih pekerjaan. Bayangkan, belum lagi dapat kerja, kita sudah pun dihantar surat cinta dari PTPTN agar melunaskan hutang-hutang yang telah kita pinjam semasa belajar dulu.

Nasihat Zaila, rebut segala peluang yang ada di depan mata. Jangan terlalu berharap untuk bekerja di dalam bidang yang kita belajar dulu. Kalau dapat, alhamdulillah..kalau tak dapat, cuba lagi. Pelajari apa keistimewaan yang kita ada, contohnya adakah kita pandai menjual insurans? atau adakah kita selesa bekerja di rumah? Zaila sendiri boleh dikatakan setiap tahun memohon untuk memasuki KPLI ini. Pernah sekali dapat sampai ke peringkat temuduga namun agak malang kerana Zaila tersalah pilih subjek yang tidak sesuai dengan jurusan Zaila. Sudahlah masa tu Zaila masih dalam pantang lagi, terpaksa gagahi jua untuk ke pusat temuduga tersebut, tapi kesudahannya tidak dapat. Memang agak mengecewakan tapi itu sedikit pun melunturkan semangat Zaila untuk menjadi cikgu.

Tahun ini KPLI keluar lagi, syarat pun makin ketat. Mungkin terlalu banyak komen dari masyarakat yang membuatkan Kementerian Pendidikan bertindak untuk menapis lagi bakal guru mereka. Zaila masih lagi ingin mencuba walau ada sedikit tawar hati. Takpelah, kalau tak ada rezeki untuk menjadi guru, Zaila redha sebab hanya ALLAH tahu yang terbaik buat Zaila. Moga dipermudahkan segalanya..Amiinn

Sabtu, 28 Mac 2009

Gagal lagi=(

This is a back dated entry..semalam tido awal coz i'm not in a good mood yesterday..feel really2 sad and frustrated..can't be describe by words..only god knows how i feel..and da story goes like this;
One of my accidentally friend of friend (kami menjadi rapat setelah berjumpa di PTD's assessment centre) text me to tell bout da result..at first i thought it was for mtest KPLI but she told me dat this result is for our last interview for PTD's position..Congrates to her becoz after 5 times trying without knowing da meaning of give up, finally she got her dream job when she was 6 months pregnant!!! Rezeki anak kan..
Well, of courselah aku menjadi xkeruan..supposed dalam surat panggilan interview it was stated that da result will be out on 6th of April, how come they release da result so early..tapi xkisahlah..since at dat time, i'm in da car to go for lunch with my colleagues, i text my ic no to her so that she can check my result also..after a long painful waiting, finally she reply my sms stated that "Mek, betol ke ic mu ni??nape dia kata nama xder dalam sistem??"..knowing that answer, i straight away know my result..ya..aku GAGAL!!! aku pernah terbaca dalam PTDportal for those yang dapat jawapan macam tu selalunya end up "Dukacita dimaklumkan bahawa anda gagal untuk jawatan ini"..Well, aku still mengharap lagi..aku text lak ke 39111 asking bout my result & still i've got da same answer..xpuas hati lagi, aku call talian hotline SPA..and yet i'm still got da same answer..so after 3x reading da same phrase, i finally judge down yang aku dah GAGAL..accept jerlah woi!! How i wish at dat moment da answer will be "Tahniah, anda berjaya" but nothing in da world can change it except ALLAH..at first, i'm not going to cry tapi air mata ni xleh ditahan2 lagi..sedih bila terbayangkan wajah suami & anak2ku..betapa suamiku mengharapkan aku dapat jawatan ini/any other gov post..Hubby, please forgive me coz i can't fulfill ur wish..i know i'm such a looser, i always make u sad, i know dat i can't make u feel proud with my achievement..i'm still at da bottom compared with my friends, they all end up to be a successfull person..all of them work as a gov officer, happy with their lifes now..i guess??
Nak dijadikan crite, hari ni aku ader exam mtest so early in da morning, after perform my Subuh prayer, i went to da bathroom to take a shower..guess what, xder air!!! so terpakselah mandi ala2 P.Ramlee dalam crite Bujang Lapok tu;p then suddenly got this msg from my nursery; "Sorrylah kak, kat nursery air xder, tq"..so faham2 sendiri r..baru je nak hantar Ameera so plan dah berubah..terpaksalah siapkan barang2 Ameera ntok dibawa bersama..So dalam kol 7.30 am we go out from our house..I'm taking this test at SMK Meru, Klang..since it sound Klang so we thot dat it's located near our house but we're wrong!!! We r stuck in da middle of massive traffic jammed in Bandar Klang..gosh, i'm so pressured..selalunya aku akan pilih Petaling Jaya as my exam's location tapi last year kn kat Gombak so i thot that this year i'll change it to Klang so dat it is easy for us to go for that place..huh..i'm totally wrong!!! Nyesal sangat2..Hubby did a search in GPS but he also didn't expect that the main road to Jalan Meru had been closed..mula2 tu buatlah U-turn tapi last2 end up balik jalan tadi and have to face da same traffic jammed..Damn!!Damn!!
Memang masa tu semangat aku dah luntur, dahler failed interview, then having another bad luck pagi2 buta lagi..terasa macam nak meraung jer..why all of these happened to me??Why??Why??Tapi i'm not going to give up so easily so aku carik jugak sekolah tu..Nasib baiklah jumpa..rupa2nya senang sangat nak g ke sekolah tu by highway..tulah, xsurvey lagi (usually last year we will surveyed first da place so dat we r not having trouble to finna it)..lesson taken..aku ni xsah kalo xwat salah..huhuhu..Masa aku masuk exam tu orang dah masuk paper yang kedua dah..dahler tinggal 10 minit jer ntok jawab 135 soalan (bahagian INSAK) so dengan xberfikir 2 kali aku menjawabnya..Alhamdulillah finish it at da rite time..third paper i've got is Verbal (BM) so aku jawab secepat mungkin then aku g kat pengawas exam tu to ask for his permission to answer for da first paper that i missed!! At first dier xbagi so dengan muka frust aku balik kat tempat aku n start to be a cowgurl..pe lagi tembak r..tapi suddenly he came with a set of question, "Jawab, bila cukup masa berhenti ek"..Syukur alhamdulillah..at least Allah answer my pray..so aku pon jawablah ala kadar (dahle kn buat calculation..kn lak ada masa dalam 15 minit..sempatlah jawab 20 out of 30..tupon blom tentu betoi semua!!!)
Aku habis exam kol 12 tghr..got call from my brother to meet up this evening to discuss bout my bussiness i'm having rite now..so decide to come back home..Dalam kereta, termenung sendirian (cewah, feelinglah plak) thinking bout my fate..why i am so so not lucky in finding da rite job for me..i mean da permanent job..so that i can sit with my husband n start to think bout our own home..dulu xnak beli umah lagi cox takut aku dapat keje gov so rasa rugi beli umah jauh ngan tempat keje..tapi after one interview, failed..and another, failed..hubby pon dah naik bosan dah sampai malas nak pk sangat coz takut frustrated..huhuhu..sampai tahap macam tu skali..
Tapi tiba2 aku teringat yang aku slalu berdoa kepada Yang Maha Kuasa; "Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kerja aku ya ALLAH, andai kata rezeki aku ntok bekerja dengan kerajaan maka permudahkanlah (interview) segalanya tapi andai kata rezeki aku dalam meniaga, maka KAU tunjukkanlah jalannya ya ALLAH"..Aminnnn..and now i realize why??can't you see??Rezeki aku adalah ntok menjadi seorang bussinesswoman=)..i know, maybe now i started with small little bussiness but who knows in da future kan??with full hardwork and courage i'm totally sure dat i will go further..and of course with a fully support by my lovely husband & family..Alhamdulillah, rezeki sekarang pon dah cukup ntok menampung kami anak beranak so why must i start mumbling bout my fate..Ya ALLAh, ampunkan dosaku kerna bersikap sedemikian rupa ya ALLAH..betapa naifnya diriku ini ya ALLAH..
Setiap manusia di dunia ni Allah datangkan dengan rezeki masing2 tapi antara lambat dan cepat sahaja..Kalau kita berusaha dengan lebih keras, Insya ALLAH pulangannya pon besar so let just bersyukur dengan segala nikmat & rezeki yang datang daripada-NYA..sorry guys kalo aku teremosi sedikit..bila berfikiran positif macam ni barulah aku dapat menerima segala suratan yang telah tertulis daripada Ilahi..Yang paling penting adalah usaha, doa & tawakkal harus sentiasa diamalkan dalam semua perkara..Insya ALLAH, baru kita akan merasa diberkati ALLAH..
So guys, these are da pics of my latest stock for my store..till then happy shopping=)

Khamis, 26 Mac 2009

KPLI oh KPLI..

Tengah2 surf internet tu, terdetik nak check website Kementerian Pendidikan Malaysia ntok check result mtest KPLI which supposed to happen this saturday..pagi tadi kak khaty memang dah sibuk tanya..kalut jer makcik ni..hihihi..sudah siap sediakah ntok menghadapi segala soalan yang....kalo xsilap aku ermmm...cubaan kami yang ke 4 (ker lebih??) ntok memasuki bidang perguruan ni..Hai punyalah susah nak jadi cikgu ni ya..nak tahu nape??sebab dah ramai sangat yang mintak nak jadi cikgu ni..ada yang nak jadi cikgu sebab susah nak dapat kerja, ada yang nak jadi cikgu sebab nak relaks..ye r, keje separuh hari then bila cuti sekolah rileks jer, ade yang nak jadi cikgu sebab desakan ibu bapa, ader yang nak jadi cikgu sebab memang suka jadi cikgu..pendek kater macam2 reason diorang cakap ntok menjadi seorang guru..

Bagi aku, aku pon ada sebab aku tersendiri (one of da reason dat i mentioned above..guess it which one??hihihii)..Biaserlah, zaman sekarang ni semua orang nak cari keje yang boleh menjamin masa depan mereka (especially for those yang dah ada family)..macam aku ni..kalau nak cerita sejarah KPLI ni..huhuhu..tersangat2lah sedih..malu pon ada sebab aku ni macam dah jadi pelanggan setia KPM, tiap2 tahun xpernah miss beli pin KPLI kat BSN tu, dahler RM6 sekali beli..haahaahhhaa..agaknya kalo aku yang jual pin no. tu mesti dah kaya raya kan??Tapi Alhamdulillah, last year lepaslah jugak masuk stage interview..masa tu aku dalam pantang lagi tapi kugagahkan jua ntok menghadiri interview tu tapi sayang xdapat=( maybe sebab masa tu aku xsihat, batuk2 sampai suara pon xder & aku tersalah pilih bidang..supposed budak2 engineering kn amik pengajian pendidikan kemahiran hidup tapi aku p pilih nak jadi cikgu BI..kalo BI power xperlah..tapi ni takat cukup2 makan jek..ader hati nak ngajor anak orang "speaking London", speaking Lundang boleh r!!! anyway, lesson taken n kali ni aku pilih pengajian Kemahiran Hidup plak..Nanti kalo dapat, best r..leh ajar budak2 ni buat "hanger dawai", buat sandwich..erm..ni aku recall zaman aku belajar dulu r..sekarang ni mesti lagi mencabar..silap2 nak kn ajar budak2 buat roket..hahahhaha..

Sebenarnya aku malas dah nak berharap..tapi at da same time xnak ketinggalan ntok mencuba..kalo dapat, Alhamdulillah tapi kalo xdapat i'll take it as a lesson to make me become a better person..Macam sekarang, aku enjoy dengan bisnes yang aku buat ni..walaupon kecil2an tapi ia dah banyak membantu aku menaikkan semangat aku..ia banyak menyedarkan aku agar aku kita sebagai seorang yang makan gaji ni, janganlah terlalu selesa dengan "comfort zone" yang kita ada sekarang ni..for those yang kerja in a private sector lagilah..dah banyak kilang yang gulung tikar kesan daripada kegawatan ekonomi dunia sekarang ni..tapi alhamdulillah kompeni tempat aku keje ni still standing lagi sebab kitorang ni kompeni oil & gas, tapi still jugak terasa kesannya di mana kami dikerah agar tidak membazir in term of electricity, air-conditioning, event organising & many more..bagus jugak tu..ok sambung lagi, kita haruslah sentiasa berfikir maju kehadapan & bagaimana caranya ntok memajukan diri kita & famili kita..dan salah satunya adalah dengan berniaga..iya, Rasulullah s.a.w juga adalah seorang peniaga dan kita haruslah mengambil baginda sebagai contoh+idola kita yang terdekat..

Guess what??aku juga ada menyediakan peluang kepada korang ntok berniaga (xkisahlah secara kecil2an ker..kalo nak terus ke besar2an pon ok gaks tapi terlalu berisiko jugak..xsalah kalo kita mula dari bawah..USAHA itu tangga KEJAYAAN kan??)..korang berminat ntok menjadi pengedar barangan aku??sila kunjungi sale's blog aku agar korang dapat tahu dengan lebih lanjut tentang produk yang aku tawarkan (aloh, senang crita aku ada jual pelbagai pilihan tudung bawal, kain ela, keropok & produk kesihatan yang terbukti amat berkesan)..Berminat??jangan malu ntok bertanya..akak xmakan orangnye..hihihi..pada yang dok sekitar Shah Alam lagilah bagus sebab kita boleh berjumpa & boleh berdiskusi tentang hal ini..tapi biarlah pada orang yang betol2 berminat & berniat ntok merubah kehidupan mereka sahaja..kalo x, MALAS aku nak layan!!!

Allah kurnikan kepada kita akal fikiran agar kita dapat menggunakannya di jalan yang betol..so janganlah jadikan alasan seperti akak xpandailah, akak xyakinlah, akak takutlah sebagai halangan ntok kita berjaya dalam hidup..nak seribu daya,xndak seribu alasan tapi fikirlah sampai bila kita nak tengok orang lain dah maju ke hadapan tapi kita masih di takuk yang lama??..walaupon kita bekerja makan gaji riburiban sebulan tapi adakah ini memberi satu kepuasan kepada kita??tiap2 bulan duit mesti xcukup..xsah cakap orang lain, aku ni lagilah..minggu pertama dapat gaji dah tinggal suku..macam2 nak kn bayar..sampai kadang2 kn bayar pakai credit card dah sebab sayang nak kuar cash money..macam hari ni, duit dalam wallet ada cukup2 makan jer ntok support makan aku sebelom gaji masuk Jumaat ni..tupon terpaksa menahan segala nafsu serakah yang datang cukop menggoda dikala duit kurang ni=)

Terima kasih kepada suamiku yang banyak memberikan support kepadaku..mula2 dengan membeli Celcom broadband kepadaku..aku rasa ia adalah satu anugerah yang xternilai bagiku sebab di sinilah aku mengenali dunia blogging..dunia internet di mana semua benda ada di hujung jari anda sahaja..cakap jer nak ape, tie ack dari LOndon??ami leh hantarkan..nak keropok segera dari Kelantan??aku leh poskan..janji bayar r=) pendek kate ape jua perniagaan dapat dijalankan as long as kita ada kesungguhan & minat yang MEMBARA..hahahhaha..macam sekarang api kesungguhan sedang merebak dalam kalenjar adrenalin aku ni (betoi ke??lupe r biologi ni) dan aku berharap ianya tidak akan padam begitu sahaja..aku akan tingkatkan lagi darjah kesungguhan agar aku dapat buktikan pada orang yang aku juga boleh berjaya!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^