Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 10 April 2010

Busynya Saya Minggu Ni

Salam hujung minggu semua..so ke mana kawan-kawan semua?? Bagi Zaila yang "patah kaki" ni maklumler hubby kan tak balik lagi hujung minggu kami bermakna hanya duduk di rumah sahajalah jawab dia..

Tapi insya ALLAH, aktiviti mengecat akan diteruskan juga..Naseb baiklah ada adik ipar Zaila yang akan membantu. Actually, hubby dah bagitahu kat adik dia yang kami nak beri mandat upah dia sahaja untuk cat rumah kami ni..Maklumlah, budget ciput & ruang pun tak besar so baik suruh anak beranak saja kan. Mungkin petang ni Zaila & BIL akan pergi membeli cat & segala perkakasan yang diperlukan. Agak-agak cat jenama apa yang bagus ya??

gambar adalah hiasan semata-mata

Sementara BIL sibuk mengecat, Zaila rasa Zaila dah boleh juga start mengemas barang-barang yang ada macam sampah di rumah sewa kami ini. Selama hampir 3 tahun kami menyewa, tak sangka yang akhirnya kami akan berpindah ke rumah sendiri juga akhirnya berkat berjimat cermat kot

Kalau ikotkan hati, nak aje buang semua barang-barang lama yang ada then ganti baru tapi apakan daya, fulus tak berapa nak support so tak kisahlah, janji kami sudah pindah ke rumah sendiri;)

gambar sekadar hiasan

Herm, pastu Zaila juga mesti busy menjadi bibik tak bertauliah. Maklumler, hubby tak ada kan, so Zaila lah yang kena basuh rumah tu, kena cuci setiap bilik, kena jaga anak-anak & kena buat sorang-soranglah except bahagian mengecat oleh BIL. Harap-harap janganlah jadi macam dalam gambar ni;D
boleh imagine tak situasi macam ni?? Zaila macam boleh je;D

Nampak gayanya, Zaila sudah boleh angkut barang sikit-sikit. Nak start dengan bahagian dapur dulu. Alhamdulillah, rumah yang Zaila beli ni dah siap dengan Kitchen Cabinet dah so bolehlah Zaila bawa segala barangan dapur Zaila dulu..Herm, tak berasaplah dapur Zaila nanti;)

Hujung bulan ni pula bolehlah terus pindah & bawa segala barang-barang yang berat macam sofa, meja makan, katil, mesin basuh, peti & macam-macam lagilah..Harus Zaila kerah semua anak beranak kami datang menolong ni;D

Pendek kata bulan ni memang busy buat Zaila!!!

14 ulasan:

Mag berkata...

urusan rumah ni memang buzy kan..farah pon xsetel lagi ni..ade lampu nak kene beli lagi..best2 kak ila nak pindoh doh.nati wak house warming jangan lupe kan i~ ngehehehe

Tanpa Nama berkata...

busy..tp teruja nak masuk rmh sendiri kan ;)

N A N I E berkata...

Alhamdulillah..hepi untuk Zaila..akhirnya segala urusan dah selesai..tinggal part pindah je..:)
Ai rasa penat nak pindah bab nak mengemas dan mempacking segala barang..hoho walaupun nampak sikit tapi sebenarnya banyak..kene start dr awal..Memang kene kerah tenanga la Zaila :)

Zaila Mohamad berkata...

farah, insya allah kak ila akan ajak saing2 blogger hok rapat nga kak ila, tapi kena tunggu rumah dalam keadaan ok dululah baru leh ajak..hehehehehee

rumah kak ila biasa2 je;D

Zaila Mohamad berkata...

Has, betul tu..perasaan excited memang xboleh cerita r;)

Unknown berkata...

Zaila, congrates dpt umah baru..walaupun bunyi mcm bz and meletihkan tp seronok duk umah baru mengatasi segalanya kan? hahah..anyway, u beli katne? care to share? coz i'm looking for a house too now..tq!

Zaila Mohamad berkata...

Chun, Zaila beli area Kota Kemuning cause sangatlah dekat ngan tempat kerja & sini kawasan xcrowded sangat, dekat ngan pasaraya, highway, hospital, sekolah & harga rumah zaila masa beli tu below RM200k (within our budget) tapi since carrefour & hospital Colombia Asia dah siap, market value dah naik melebihi RM200k dah;)

One more thing Zaila beli rumah second (maksudnya bukan dr developer) & lucky me owner rumah tu sanggup jual dengan semua barang yg ada dalam rumah tu especially KC, lighting & fan, air-cond, grill so dah save budget kami;)

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, that's right..memang penat kan..harap2 semuanya akan ok!!

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..auntie boleh imagine b/mana sibuk nanti pindah rumah ni..auntie dulu tiap2 trip kereta penuh dgn barang2..start dgn bahagian dapur n terus masukkan dlm cabinet..pastikan barang2 terus diletak dalam tempat yg dikhaskan misalnya katil anak terus masukkan dalam biliknya..kain baju asingkan yg mana hak mama n anak..baru tidak bersepah..eh lecture pulak padahal zaila lebih ariff dlm bab ni ..sorry ya..

Zaila Mohamad berkata...

Salam untie, thanks atas nasihat tu, betullah tu..makcik orang lama mesti banyak pengalaman kan;)

mrs adam berkata...

wah bestnya baca cerita zaila nak pindah umah sendiri...rasa teruja dan tak sabar nak beli umah sendiri pulak

Zaila Mohamad berkata...

mrs adam, cepat2lah beli rumah sendiri..memang seronok kalau bercerita pasal rumah kan;)

Zaila Mohamad berkata...

mrs adam, cepat2lah beli rumah sendiri..memang seronok kalau bercerita pasal rumah kan;)

Lynn Abd Latib berkata...

dr mula join your blog sbb tertarik dgn post umah baru u zaila..

saya ada hati nak beli umah atas org..nak tau selain d/p kita kena bayar,guaman kita kena bayar sekali ke @ atas harga umah?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^