Salam hari cuti..Syoknya cuti, bolehler bangun lambat kan?? Tapi Zaila ni, dah terbiasa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja so bila dah tersedar solat subuh tu mata ni tak boleh nak pejamlah pula..so baik Zaila layan
merapu menulis blog sebab bila sang Haziq dah celik mata confirm dah tak boleh nak sentuh notebook dah;D
Actually hari ni kami plan nak ke
sini, tapi setelah mendapatkan nasihat dari pakar plan pertama dikanselkan & Zaila terbaca pula entry BabyIbu yang
ni, Zaila terus teringat kat IKEA..hehehee..so terus ajak hubby ke sana sebab ada banyak benda yang ingin di
survey beli;)
Sementara Zaila
menabur duit menyurvey barang-barang di sana, kawan-kawan tengok sahaja gambar masakan Zaila yang tak seberapa ni..hehehee..saje je nak bagi korang lapar & then cepat-cepat masak untuk suami & anak-anak yang tersayang..Pada yang bujang, boleh cepat-cepat masak Maggie;D
Actually dah lama Zaila tak masak kan??Blog ni pon dah macam ketandusan gambar masakan Zaila
yang tak seberapa tu..Al maklumlah, haritu busy pindah, sampai sekarang pon tak habis-habis lagi kemas barang
nampak sangat pemalas so dapur pon macam tak nak berasap aje..hehehe..logik tak alasan Zaila ni?? Oklah, ada 3 gambar pon, bukan banyak sangat so janganlah mengata "itupon nak kecoh ke" kah kah kah^-^

udang masak masam manis - well, udang ni hubby beli masa dia g outstation ke Labuan awal bulan haritu, ingat tak
entry ni, so Zaila cepat-cepat kirim udang sebaik sahaja hubby tanya nak apa..hehehe
ingat makan aje
ayam masak kurma - Zaila rasa masakan berasaskan santan inilah yang Zaila paling terer buat..kalau nak masak kari ayam, asyik tak lepas aje;D

ayam masak kunyit - my all time favourite menu..senang & sedap!!
Pada semua, ke mana agenda hari cuti kamu??
Ops, esok & lusa Zaila akan berada di PWTC sempena dengan perhimpunan Youth10 (kalau tak silap Zaila) & of courselah Mari Kelih juga akan berada di sana. Mungkin akan agak busy sedikit tapi akan cuba untuk update;)
3 ulasan:
fuhh!! itu udang mmg kasi tangkap leleh laaaa... :) btw same here, ayam goreng kunyit mmg all time fav gaks! mudah, senang dan sodap! :))
salam zaila..agak lama juga aunt tak singgah sini..auntie pun suka ayam goreng kunyit..sedap bila makan dgn nasi panas2..anak2 dah sihat ke..
cuti ni lady di rumah jer hehe... btw sedapnya tengok lauk pauk zaila... lady tak pandai masak kurma, tengok kurma ayam zaila ni rasa teringin lak hehe
Catat Ulasan