Salam hujung minggu semua & selamat pengantin baru buat pengantin-pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan semua. Mesti tak menang tangan mak andam kalau bila dah masuk musim cuti sekolah kan?? Bestnya cuti sekolah..Tapi apakan daya, mek bukan cikgu so bagi Zaila tak ada beza pon cuti sekolah mahupon tidak..Lainlah kalau Haziq dah start bersekolah, haaa masa ni mungkin Zaila orang pertama yang kalut nak rancang percutian kami;D
Oklah, sempena cuti sekolah ni, Zaila nak share beberapa tips berkaitan perniagaan. Zaila nak berkongsi sedikit macamana nak mulakan langkah untuk berniaga kecil-kecilan macam Zaila ni. Maklumlah, boleh buat sebagai part-time untuk menambahkan isi pendapatan rumah kan. Tapi setiap orang mesti ada cara / pandangan masing-masing kan, cuma Zaila just nak share lah sedikit pengalaman semenjak berkecimpung dalam bidang
1. Minat
First of all, korang mestilah ada minat yang mendalam. Zaila ni oghe Kelate so memang lumrah kalau ada darah daging untuk menjadi seorang peniaga *betullah tu, macam syok sendiri je* tapi seriously Zaila memang suka berniaga. Seawal zaman study di UPM lagi dah start niaga. Tapi masa tu banyak main-main coz saja nak cari extra money *yerlah sangat, duit PTPTIPU kan berkepok-kepok* so tak adalah keluarkan modal sangat. Tapi bila dah berkecimpung ke dalam bidang bisnes online ni & nak pula dapat sokongan dari suami & keluarga, lagilah Zaila bersemangat untuk pergi lebih jauh ke depan.
2. Cari Bisnes Partner
Actually this is an option je, kalau tak nak pon tak apa. Macam Zaila yang modal kecik ni, bila kita nak join mana-mana bazaar, alangkah bestnya kalau ada biz partner (of courselah yang jual barang selain dari yang kita jual)..Bukan apa, banyak faedah yang kita boleh dapat especially dari segi sewa (boleh share-share), pastu boleh mempelbagaikan pilihan barangan di booth kita & lagi satu senang nak gilir-gilir jaga booth tu (in case nak g toilet ke, nak sembahyang ke)..Setengah orang suka berpakat dengan adik beradik, ada pula kawan sekuliah, sepejabat atau kawan atas kawan. But the most important key is chemistry between both of you. Masa ni kita tak bolehlah terlalu berkira sangat
3. Pilih Lokasi Yang Betul
Sekarang ni terlalu banyak oganizer yang buat bazaar / flea market ni. Tapi korang kena hati-hati juga sebab ada yang "manis mulut" sahaja..Sebelum event janji macam-macam tapi bila dah start event macam-macam alasan!! Setakat ini Zaila dah join 2 bazaar iaitu di Subang Parade (under RYL Design untuk ilovebazaar) & PWTC (under Berrybunch untuk GT Bazaar) & of course dua-dua pon ada pro & kontranya. Bagi Zaila, apa yang penting tempat tersebut adalah merupakan salah satu tempat di mana target customer kita ramai. Dari pengalaman Zaila yang jual tudung ni, Subang Parade agak kurang sesuai untuk menjual tudung-tudung macam Zaila jual ni sebab kat sana kaum cina yang banyak mendominasi shopping complex tu, tapi kalau nak raya ni mungkin sesuai kot sebab ramai yang akan berkunjung ke sana mencari tudung raya kan;) Pengalaman Zaila di PWTC pula tersangat-sangatlah manis & pahit..Macam-macam yang telah Zaila alami & tempuhi sampai rasa macam malas nak kongsi. Apa yang pasti, crowd di PWTC memang sentiasa ramai & insya ALLAH kalau kena dengan big event, habuan yang ada sudah semestinya lumayan;)
4. Bersedia
Selalunya bila hampir dengan hari event tu, make sure kita sudah bersedia fizikal & mental. Di sini Zaila buat check list apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari tersebut.
- Survey tempat dahulu : bagi mereka yang tinggal jauh dengan tempat jualan, harus survey dulu supaya korang sampai awal di tempat
- Barang : Kalau boleh, make sure barangan sudah di asingkan mengikut harga. Pastikan korang bawa hanger yang mencukupi, plastik bag, kalkulator
- Name Card / fliers : ini penting supaya orang ramai dapat tahu address blog kita & bagi mereka yang dah beli produk kita, bagi diskaun kepada return customer in order to keep their loyalty to us. Lagi satu, kalau customer minta diskaun tu, janganlah kedekut sangat. Kalau tak dapat bagi diskaun pon, at least bagi free gift atau sesuatu yang akan membuatkan pelanggan tersenyum riang;)
- Pastikan booth menarik : Yang ni Zaila failed!! haa haa haa..Tapi bagi mereka yang kreatif, rasanya tak ada masalah kan..Bagi Zaila, booth kurang menarik takpe, tapi pastikan harga yang kita letak itu menarik hati pelanggan untuk datang ke booth kita;)
5. Promosi
Bila semua dah siap, apa yang kita perlu lakukan adalah tarik perhatian pelanggan dengan promosi. Macamana nak lakukan promosi?? Bergantung kepada kreativiti masing-masing. Pelanggan memang sukakan promosi so pastikan kita ada sesuatu yang dapat menarik mereka untuk membeli barangan kita.
6. Usaha, Doa & Tawakkal
Bila dah lakukan macam-macam tu, kita kenalah tawakkal kepada ALLAH. Adat berniagalah kalau sudah penat-penat tapi tetiba hasilnya tidak memberangsangkan. Zaila pernah satu hari berada di Subang Parade (I love Bazaar) then hanya dapat RM30 je haritu. Kos pergi & makan lebih mahal dari apa yang dapat. Belum kira penat lelah kita set up booth lagi. Tapi itu tidak pernah membuatkan Zaila patah semangat, sebaliknya kita belajar dari kesilapan & buat kajian sedikit tentang kegagalan kita..Heheheheee..
2 ulasan:
Good tips Zaila :) Semoga bertambah rezeki Zaila Sekeluarga :)
zai nak jd bisness partner??ngehhh;p..aku nk jual muffin :) ....HANI HOMEMADE MUFFINS :)..
Catat Ulasan