Friday, February 28, 2014

Resepi Bihun Goreng Mudah Tapi Sedap


Assalamualaikum,

Entah angin rajin apa yang meresap ke dalam diri ini, rasa nak berkongsi pula resepi bihun goreng yang aku buat tempoh hari. "Ek elleh, bihun goreng pun nak kongsi resepi ke?" Kata hati yang jahat, tapi kalau hati yang baik dia akan cakap macam ni "Aku nak kongsi resepi bihun goreng ni sebab aku nak supaya surirumah di luar sana yang tak pandai masak bihun goreng macam aku suatu ketika dulu akan boleh masak, bukan susah pon nak buat bihun goreng ni"

Oklah, tanpa berlengah masa lagi, meh kita intai apa bahan-bahan yang paling asas untuk membuat bihun goreng

- 2 atau 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 3 sudu cili boh (kalau nak guna cili kering pon boleh, kisar dahulu bersama bawang)
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu kicap (atau lebih)
- isi ayam yang dipotong dadu
- bebola ikan
- sayur sawi, tomato & taugeh (tapi aku jarang makan taugeh)
- bihun (rendam dahulu supaya lembut)
- garam dan gula secukup rasa
- keropok ikan

Kalau nak sedap, haruslah didatangkan pakej bersama air lada. Jadi bahan-bahan mudah untuk menyediakan air lada :

- 4 atau 5 biji cili merah kecil (cabai)
- 2 sudu garam
- 4 atau 5 sudu gula
- cuka sedikit

Tumbuk semua kasi lumat kemudian masukkan cuka untuk kasi berair. Kalau tak nak guna cuka, gantikan dengan air limau nipis..Perghhhh terbayang kesedapanya!

Cara-cara untuk goreng bihun mudah :

- panaskan minyak dalam 2 atau 3 sudu (tengoklah kalau nak berminyak letak lebih tapi mesti korang nak jaga kesihatan kan)
- tumiskan bawang dan cili boh sampai naik bau (kalau takde bau, agak-agakler jangan sampai hangit)
- masukkan segala sos yang tersenarai tadi, lagi banyak sos lagi sedap (kalau nak tambah stok ayam pon boleh tapi rumah aku takde) dan juga garam gula kasi rasa terus
- masukkan isi ayam, bebola ikan kemudian tambahkan air suam supaya berkuah sedikit (atau banyak ikut suka)
- masukkan bihun yang sudah lembut
- gunakan kekuatan tenaga untuk kacau sehingga sebati
- masukkan sayur dan siap (kalau nak rasa dulu pun boleh juga, mana tahu nanti termasin ke)
- hidangkan bersama keropok goreng dan air lada

Memang melelehlah makan bihun ni. Oh! Tiba-tibaku rasa perut ini berkeroncong sudah!


Gambar di atas adalah gambar daging masak hitam yang menggunakan pes Warisan yang aku kongsikan di entri di bawah. Memang sedap dan mudah untuk menyediakannya. Tak perlu nak tumis bawang atau kisar rempah dah. Hanya panaskan kuali, masukkan pes dan daging kemudian tambahkan air. Masak sehinga daging empuk. Boleh tambah kentang, bawang dan cili sebagai penyeri. Anak-anak aku memang bertambahlah makan kalau masak guna pes ni.

Oklah, tengok gambar makanan terus rasa lapar. Nak masuk dapur cari makanan jap :)

Laluan iklan :



Ada produk Muslim baru yang diberi nama Miracle Refreshing Spray atau MRS yang sangat bagus untuk diamalkan terutamanya bagi mereka yang bertudung. Sungguh memberikan kesegaran dan boleh juga digunakan untuk merawat penyakit seperti di atas.

Untuk mendapatkannya boleh emailkan pertanyaan di zailamohamad@yahoo.com atau sms 012-3228651.

Bagi mereka yang ingin beriklan di blog aku, boleh hubungi aku untuk mengetahui pakej harga yang ditetapkan.

9 comments:

Bada Ariff said...

bihun tu lain dr yg lain sbb ada keropok...

Anonymous said...

Sdpnye..sy da try resipi ni..bru je wat..hee..cme xtmbh kicap sbb suami nk wane merah..tq 4 de resipi

Zaila Mohamad said...

terima kasih semua

hani zaha said...

Mkn bihun dgn keropok mmg marvellous. ..

Ryn Mn said...

Sy pun klu mkn bihun mesti cari kropok...sedapnye. ptg ni nk masak bihun jugak la

Azura said...

Dh cbe...dap gi2.....thx yo....

Anonymous said...

Comelnye

Anonymous said...

thnks tlg sye siapkan buku resepi... hihi congrayes jgk.. sbb shya da try bwt.. serious sedapp.. hihi thnks again akk ^^

Anonymous said...

xcomel...sb comel tuk kanak kanak n bayi je..
tp....
cantiknye... kalau org jenis lemah lembut... pasti ayu.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015