Kali ni nak bercerita tentang laman. Actually lama dah dok terfikir sorang-sorang untuk bina satu landskap kat depan rumah Zaila ni. Haritu borak-borak kosong dengan hubby (maklumlah kalau takde fulus suka berborak kosong dulu, dah ada duit nanti boleh tunaikan ye dak?) so terbagitahulah tentang idea Zaila untuk membuat pengubahsuaian sedikit ke bahagian depan rumah kami ni. Maklumlah rumah yang kami beli ni sudah sedia bersimen di bahagian porchnya tapi dah mengalami kepecahan yang tahap melampau. Baru Zaila perasan yang rumah kami ni agak tinggi so lantai simen memang agak tak tahan r, bagi mereka yang parking kereta kat dalam porch rumah mesti lantai simen retak-retak & paling worst ada yang macam tergantung je *susah nak describe tapi pada yang dah berkunjung ke rumah Zaila pasti faham*
So Zaila dok beranganlah *berangan dulu* kalau ada rezeki kami nak pecahkan bahagian lantai porch kami tu, pastu nak ratakan lantai supaya senang kereta mewah kami parking kat bawah tu & pastu akan diadakan beberapa anak tangga (konsep masih belum dikenal pasti lagi tapi insya Allah caca marba kot). Lepas tu sebelah tepi pula nak bina kolam ikan *syoknya berangan* & akan ditambah pergola, takpon fountain..isy..seronoknya berangan kan;) Entah bilalah tu akan terlaksana..Harap-harap dalam masa terdekatlah;D
Jom layan gambar-gambar yang Zaila ambil dari internet. Terjumpa blog ni, memang kagum dengan semangat saudara ni membuat sendiri landskap rumah dia..Memang cantik!! Kalau Zaila ada laman secantik ini, dan-dan tu juga mak berhenti kerja duduk rumah siram pokok bunga sahaja;D

Tapi kan, pokok hiasan yang Zaila beli di Ikea tempoh hari dah mati dah..camno tu?? Nampak sangat tangan panas kan??;D
Bagi sesiapa yang ada pengalaman upah kontraktor atau bina sendiri bolehlah berkongsi pengalaman. Zaila nak tahu berapa budget yang perlu ada untuk membuat sekurang-kurangnya kolam ikan, dek, pegola & other accessories termasuk pokok-pokok & pasu bunga sekali..Agak-agak berapa ya???
9 ulasan:
pernah survey wakaf2 nieh .. tp beriban harga dia .. cantikk kan
menarik tuh..fountain tuh ada yg serendah harga rm500..ke ribu-riban gak........pengsan!!!!!!
sila drop by ke blog..amik award ok!!
best kalau leh wat deco kat luar umah..cam yati tak leh lagi.. kena tunggu beli landed ;)
yg ade wakaf tu cantekk..style jaman le ni :)
Di, cantik kan..tapi rumah Zaila laman kecik so tak tahulah boleh ke tak..
takpe, kita berangan duluuuu
Lin, mahalnyaa..kalo macam tu kena buat sendiriklah kan..heheheh *gurau je*
Yati, takpe..bila dah beli rumah landed nanti, leh aje deko2;)
Tihara, tulah..semua cantik tapi duit je xberapa nak cantik
Cantik benor..tp nak dpt gazeb0 tu mmg agak mahal kan
Catat Ulasan