Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 26 Julai 2010

Hias Laman

The only thing that can make me happy is my house..Serious..Sekarang ni memang mood Zaila agak swing sket, kejap rajin kejap malas tapi bila berfikir pasal deko rumah rase agak kurang sket stress kat dalam dada ni. Mungkin ramai yang tak tahu bakat terendam yang Zaila ada ni;D Mungkin juga ramai yang meluat sebab asal ada entry je mesti berkisah tentang rumah *tahulah baru masuk rumah kan* tapi nak buat macamana, dah ini yang menjadi kesukaanku di kala ini. Nak bercerita pasal biz pon rase macam orang meluat nak baca juga so baiklah Zaila buat entry yang boleh kurangkan stress di dada ni;D

Kali ni nak bercerita tentang laman. Actually lama dah dok terfikir sorang-sorang untuk bina satu landskap kat depan rumah Zaila ni. Haritu borak-borak kosong dengan hubby (maklumlah kalau takde fulus suka berborak kosong dulu, dah ada duit nanti boleh tunaikan ye dak?) so terbagitahulah tentang idea Zaila untuk membuat pengubahsuaian sedikit ke bahagian depan rumah kami ni. Maklumlah rumah yang kami beli ni sudah sedia bersimen di bahagian porchnya tapi dah mengalami kepecahan yang tahap melampau. Baru Zaila perasan yang rumah kami ni agak tinggi so lantai simen memang agak tak tahan r, bagi mereka yang parking kereta kat dalam porch rumah mesti lantai simen retak-retak & paling worst ada yang macam tergantung je *susah nak describe tapi pada yang dah berkunjung ke rumah Zaila pasti faham*

So Zaila dok beranganlah *berangan dulu* kalau ada rezeki kami nak pecahkan bahagian lantai porch kami tu, pastu nak ratakan lantai supaya senang kereta mewah kami parking kat bawah tu & pastu akan diadakan beberapa anak tangga (konsep masih belum dikenal pasti lagi tapi insya Allah caca marba kot). Lepas tu sebelah tepi pula nak bina kolam ikan *syoknya berangan* & akan ditambah pergola, takpon fountain..isy..seronoknya berangan kan;) Entah bilalah tu akan terlaksana..Harap-harap dalam masa terdekatlah;D

Jom layan gambar-gambar yang Zaila ambil dari internet. Terjumpa blog ni, memang kagum dengan semangat saudara ni membuat sendiri landskap rumah dia..Memang cantik!! Kalau Zaila ada laman secantik ini, dan-dan tu juga mak berhenti kerja duduk rumah siram pokok bunga sahaja;D
dapat kolam macam ni dah cukup bagus kan;)

fountain idaman kalbu

kalau laman rumah luas boleh buat macam ni

wakaf macam ni tak muat kot, rumah kami kecik je;D

nak buat laluan pintu pagar kayu

seronoknya kalau laman rumah hijau..sejuk mata memandang

wakaf untuk mnum petang sambil hirup teh, boleh dipertimbangkan;)


Tapi kan, pokok hiasan yang Zaila beli di Ikea tempoh hari dah mati dah..camno tu?? Nampak sangat tangan panas kan??;D

Bagi sesiapa yang ada pengalaman upah kontraktor atau bina sendiri bolehlah berkongsi pengalaman. Zaila nak tahu berapa budget yang perlu ada untuk membuat sekurang-kurangnya kolam ikan, dek, pegola & other accessories termasuk pokok-pokok & pasu bunga sekali..Agak-agak berapa ya???

9 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

pernah survey wakaf2 nieh .. tp beriban harga dia .. cantikk kan

Lynn Abd Latib berkata...

menarik tuh..fountain tuh ada yg serendah harga rm500..ke ribu-riban gak........pengsan!!!!!!

sila drop by ke blog..amik award ok!!

Nurhayati berkata...

best kalau leh wat deco kat luar umah..cam yati tak leh lagi.. kena tunggu beli landed ;)

Tie HT berkata...

yg ade wakaf tu cantekk..style jaman le ni :)

Zaila Mohamad berkata...

Di, cantik kan..tapi rumah Zaila laman kecik so tak tahulah boleh ke tak..
takpe, kita berangan duluuuu

Zaila Mohamad berkata...

Lin, mahalnyaa..kalo macam tu kena buat sendiriklah kan..heheheh *gurau je*

Zaila Mohamad berkata...

Yati, takpe..bila dah beli rumah landed nanti, leh aje deko2;)

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, tulah..semua cantik tapi duit je xberapa nak cantik

Unknown berkata...

Cantik benor..tp nak dpt gazeb0 tu mmg agak mahal kan

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^