Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 21 Oktober 2010

Haziq Vs Pok Su Di

Balik kampung raya lepas, Zaila terjumpa gambar ni;-
*abaikan mukaku yang diedit tu, memang masa kecik Zaila kurang cantik;D macamlah sekarang cantik*
yang kat tengah tu adalah adik bawah Zaila, Zaidi namanya..Ada sama tak dengan muka Haziq?? Kalau ikotkan Zaila, macam ada je iras-iras Haziq, maklumlah tu kan bapak sedara dia;D
Zaila pon lupa dah bila gambar ni diambil tapi rasanya that was a long time ago *muka pon still innocent lagi* hahahaa

By the way, yang kat atas tu juga adalah ayah Zaila merangkap 'Tok Ayah" kepada Haziq.Handsome kan??;D Well, ayah sekarang dah nak masuk 80 (or more) tahun dah tapi badan masih tough & sihat, apa rahsianya ya?? Well, ayah duulu memang kuat bekerja, ayah seorang tukang rumah, petani, peniaga & macam-macam lagi. Betapa besar jasa ayah pada Zaila & adik beradik yang lain *sedih* Moga ALLAH panjangkan umur ayah Zaila agar Zaila dapat membalas segala jasa baik ayah & dikurniakan tubuh badan yang sihat agar dapat melihat anak cucu Tok Ayah membesar dengan sihat;) insya ALLAH..

Ini dia anak sedara Pak Su Di merangkap cucu kesayangan Tok Ayah *ni anggapan mama dia aje*
sayalah Haziqtralord!!
bersedia untuk menghapuskan kejahatan!!
apa sengih-sengih ni??gigi dahle puning (kuning)
tugas menyelamatkan bumi dah selesai, jom buka topeng!!

Haziq agak jarang meluangkan masa bersama Pak Su Di dia memandangkan kami jarang berada di kampung & jarang juga dia datang bertandang ke rumah kami. Pok Su Di ni seolah hidup dalam dunia sendiri, maklumlah dia ni anak bongsu..Semua yang dia nak mak dengan ayah Zaila akan cuba tunaikan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dalam mendidik Pok Su Di, agaknya Mak Limah boleh berbangga dengan anak bongsu dia ni sebab tak lama lagi Pok Su Di akan bergelar seorang doktor. Sekarang ni Pok Su Di dalam tahun terakhir dalam menghabiskan ijazah kedoktoran di HUSM Kubang Kerian. *tak sangka, cerdik jugak adik aku yang sorang ni*

Teringat kenangan masa membesar bersama adik zaila (Mat Idi) yang sorang ni;-
- Dulu-dulu masa Mat Idi kecik suka berbogel, hahahaa *serious kalau dia baca blog Zaila sure dia marah*
- Pastu tak pernah minum susu mak, dari kecil lagi minum susu Dumex sahaja *boleh jadi bintang Dumex ni*
- Pernah kami bergaduh & dia gigit Zaila *sampai sekarang ada parut bekas gigi dia yang kuning tu*
- Masa Mat Idi umur 5 tahun, dia ke KL bersama dengan mak Zaila pastu bila time nak berak je menangis nak balik berak kat rumah (kampung) *hahahaa, kan lawak namanya tu*
- Perasan dia tu Shah Rukh Khan;D
- Pandai memasak tapi seorang yang pemalas!!
- Masa Mat Idi ke tadika, Zaila akan jemput dia & lepas tu kami akan balik singgah di rumah atok kami, kadang-kadang Zaila belikan dia nasi bungkus di Kedai Kak Nab *owh, really2 miss this moment* & kadang-kadang Zaila suka monteng dari pergi mengaji quran dengan tidur kat rumah atok Zaila..*jahat kan*
- Sukakan kucing macam Zaila, kucing yang paling dia sayang namanya Mek-Ow!!
Pendek kata memang banyak kenangan bersama Mat Idi, walaupon beza umur kami adalah 7 tahun tapi itu tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk kami rapat. Sejak Zaila kahwin, hubungan kami adalah tidak serapat dulu lagi..mungkin Zaila sudah ada teman baru & sekarang pon sibuk menguruskan anak-anak. Namun begitu, kemajuan teknologi merapatkan kami kembali..Thanks to facebook..hahahaa..Tak sangka jumpa juga adik aku yang sorang ni..

Now, i'm proud of him..Moga menjadi seorang doktor yang boleh menyumbangkan jasa pada mak ayah (especially), keluarga (senang, anak aku sakit jumpa pak sedara dia je), masyarakat, bangsa & negara..All the best in your future!!

cilok gambar ni dr facebook Mat Idi (belah kiri, yang paling tak handsome tulah)

Moga Haziq dapat mengikut jejak langkah Pok Su Di dia suatu hari nanti *doa seorang ibu* Amiiinn..

4 ulasan:

Tie HT berkata...

tumpang bangga dgn adik idi ni.. :)

yatie chomeyl berkata...

meme ore tuo2 oyat klu budok2 yg nakal jam ekecik, bilo besar dio juruh dan cerdik deh

mrs shaifull berkata...

hehehe gambar masa zaila kecik tu mmg lah x cantek, tp comel :)

maya amir berkata...

hahaha..saje jek bagi edit gambo die.. ok2, all the best tu him:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^