Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 24 Oktober 2010

Dari KLIA ke LCCT ~ Lawatan di malam minggu

Salam hujung minggu semua, sorry sebab dah tak berupdate sejak semalam lagi. Maklumlah MIL dah datang so banyak masa dihabiskan dengan keluarga;)

MIL Zaila datang malam Jumaat yang lepas, since flight yang MIL naik agak lewat so we all decide untuk g KLIA dulu sambil bawa Haziq & Husna tengok "aeropolane". Kami sampai di sana pukul 7 malam, sempatlah menunaikan solat maghrib & makan Burger King jauh benor makan malam kami ya

Oklah, layan gambar 2 orang budak yang excited dapat tengok "aeropolane";-)
punyalah susah nak tangkap gambar diorang ni

anak dara yang sorang ni lagilah susah, asyik berlari ke hulu ke hilir aje
smile;-)
her fav burger : Burger King's Whopper
Haziq layan makan fries aje;D
best sangat ke makan benda tu Haziq??

Lepas tu kami jalan-jalan kat Tingkat paling atas KLIA (lupa dah nama tempat tu) & kat situ boleh tengok kapal terbang dengan jelasnya. Tapi since kami pergi malam, so takderlah nampak semua tapi bolehlah menggembirakan hati AMirul & Husna ni;-)
nampak tak kapal terbang tu??
1Malaysia!!

Actually MIL naik flight AirAsia so dalam pukul 9.30 kami gerak pula ke LCCT. Sampai kat sana, agak lama juga kami menunggu disebabkan flight MIL delayed. Last-last, dalam pukul 11.30 barulah flight mendarat..Aperlah Air Asia ni..selalu bikin havoc je;D Kalau ikotkan hati kami ni, nak je beli tiket MAS tapi MIL pula yang tak reti bila dah sampai KLIA *maklumlah, my MIL travel sorang2 & dia pula tak tahu membaca so risau juga kalau-kalau tersesat ke hape* so Air Asia adalah pilihan dia..Nak wat camne kan..redho jelah..

Malam tu sampai rumah dalam pukul 1 pagi juga..terus fengsan sampai ke pagi tupon MIL kejutkan Zaila untuk bangun solat subuh hahahaaa..hantu sungguh menantu dia hak sorang ni;D

3 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

mana ada hantu zaila .. menantu kesayangan gitu hehe

~masalifah~ berkata...

dok napok ah kapa tube.

zailamohamad berkata...

Lady, menantu biaser2 je, bukan kesayangan pon (tak pandai amik hati MIL)

Yong, acu celik buter mato besar gak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^