Kali ni Zaila nak kongsi resepi masakan kampung pula iaitu kerabu jantung pisang. Actually Zaila tak tahulah exact resepinya tapi rasa-rasanya lebih kurang dengan kerabu nangka yang mak Zaila selalu buat tu. So Zaila main bedal je bahan-bahan dia, janji ada rasa macam kerabu..hehehe..
So inilah bahan-bahan untuk kerabu jantung pisang versi Zaila;-
- ikan selayang (sardin) dalam beberapa ekor direbus & diasingkan isinya*kemudian diblender
- 3/4 ulas bawang merah*diblender
- seinci halia*diblender
- kelapa parut digoreng sehingga menjadi kerisik
- santan (lebih kurang sebiji kelapa)
- garam, gula & cuka
- jantung pisang dicelur sampai masak
- kacang panjang & cili padi dihiris halus-halus
Cara-cara;-
- campurkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam santan yang telah dipanaskan
- masukkan sedikit cuka, garam & gula secukup rasa
- bila kuah dah pekat, masukkan kerisik (kalau nak campur masa dah angkat pon boleh juga)
- jantung pisang yang dah masak tu dipotong halus-halus (make sure tos sampai air betul-betul kering, kalau tak nanti ia akan berair nanti)
- kemudian gaulkan kuah kerabu tadi biar sebati
- taburkan cili padi, kacang panjang & perahkan asam limau sebagai penambah perisa
- gaul hingga sebati bila hendak dihidangkan
Actually haritu Zaila ada campurkan dengan nangka muda yang telah dicelur. Kalau nak campur perut lembu pon sedap juga!! Tapi faham-fahamlah kat sini susah nak cari perut lembu yang segar, kalau kat Kelantan, berlambak tepi jalan..hehehe
Kalau nak tahu, resepi ni Zaila belajar dari mak Zaila. Kalau negeri lain tak tahulah pula macamana caranya.So selamat mencuba!!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
5 ulasan:
sedap la zaila
saya pun dah lama tak buat kerabu
rasa teringin pula
kalau dok buat g je lah makan kt mz atau gombak
sedapnya... teringin la pulakkkkk... hehe
serious bru tau ikan selayang tue actually ikan sardin!
Mas, cubalah buat!!
tak payah susah2 ke Gombak kalau teringin nak makan kerabu ni
Lady, cubalah!!
Verde, now u know..hahaaa..orang kelantan yang panggil ikan sardin tu ikan selayang..keh keh keh
style dari qelatey ni..mmg sedap pun
Catat Ulasan