Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 6 Oktober 2010

Selamat Hari Raya~Maaf Jika Terlambat!!

Salam semua!! Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!!

Orang lain dah habis modal dah cerita pasal raya, Zaila baru sebok nak ucap selamat hari raya ya!!
Sorrylah deknon, bukan ahkak tak nak story mory tapi keadaan ahkak yang tak berapa nak sihat ni, ditambah pula dengan ketiadaan berukbeng.

Ntok perhatian semua, Zaila dah tamatkan perkhidmatan Celcom tu..atteee sape yang suruh ko lembab macam siput, pastu suka-suka hati cas kami dengan alasan yang tak logik so bye bye jolah ya..now katakan hai hai pada Meksis, tapi Meksis pon lebih kurang sama aje dengan Selkom ni tapi takpelah, janji boleh berberukbeng kan..Tapi Meksis pon macam lagi beruk dari Selkum ni, sebabnya kurang-kurang Selkum boleh juga dibuka di PC office Zaila yang uzur tahap tua tu tapi bila dengan Meksis pula terus KONG (walaupon pc dah ditukar ke PC baru jenama HP lagi)..bukan satu dua pc Zaila cuba, dari tingkat bawah ke atas office Zaila, semuanya hampeh..huhuhuuuu..memang tension jugaklah sebab kami dah minta tukar berukbeng ni sebab ingatkan yang first rosak, ghupa-ghupanya sama ajeee....

So sekarang ni malam jelah kalau boleh berfacebook pon..nak update blog kirim salamlah..nipon berapa malam as sambung-sambung satu perenggan..huhuhuuu agak tension jugak ni, speed kat rumah memang laju tapi apa guna kalau boleh pakai kala malam sahaja..tupon kalau badan Zaila yang dah kembang semangkuk ni xpenat..kalau penat, huhuhuuu membazir aje sedekah RM68 kat tokey Meksis tu!!!

Panjang pula melalut pasal berukbeng ni kan..Asalnya nak cerita pasal raya..maklumlah lama sangat dah tak blogging, sampai rasa naik rindu sangat-sangat..sampaikan tengah solat pon dapat idea mencurah-curah (padahal solat tak khusyuk). Tapi rasa Zaila dah tertinggal banyak benda & tak tahulah kalau-kalau korang masih berminat nak baca cerita Zaila yang dah basi ni..huhuuuhuuu..

Oklah, Zaila tak nak cerita pasal persiapan raya sebab raya pon memang dah lama meninggalkan kita..Just nak share beberapa keping gambar yang nipon Zaila minta dari SIL Zaila..huhuhuuu..Memanglah sedih Zaila ni, dahlah gambar raya pon takde, gambar masa buat Open House haritu pon lupa nak snap..huhuhuu..Kalau tak, dah boleh tag kat facebook;D

lama sangat tak berblog, sampaikan nak buat watermark kat gambar pon dah lupa!!

Menu haritu adalah;-
- Nasi kerabu ~ memang menu ni mendapat permintaan every year tapi tahun ni Zaila tak buat kuah tumis, ramailah yang mencari tumis nya..hehehe..
- Laksam ~ dek kerana ulaman yang digunakan sama dengan nasi kerabu so senanglah kami, just buat laksam & kuahnya..Laksam tu adik ipar Zaila yang amik tender buat & kuah tu kami sama-sama buat..
- Spaghetti ~ kuahnya Zaila buat sendiri juga
- Sate ayam & kuah kacang ~ tempah dengan Pak Rojis Satay
- Koktail
- Air oren
- Tembikai

Alhamdulillah, makanan cukup-cukup sampai malam..Tapi ada juga yang lebih tapi harap-harap semua tetamu yang datang berpuas hati. zaila memang tak sempat nak layan semua tetamu memandangkan tak putus-putus tetamu datang berkunjung (maklumlah kami buat dalam rumah aje, takde pasang khemah segala so memanglah ada satu masa tu rumah kami ni dipenuhi dengan tetamu).

Zaila rasa adalah dalam seratus orang (campur kanak-kanak) yang datang haritu, tupon ramai juga yang tak dapat meghadirkan diri..huhuhuu..Bagus juga, kalaulah semua yang dijemput datang..argghhh!! mesti pecah rumah kami yang kecil ni;D
so moral of the story, kalau nak buat acara makan-makan, baik pasang khemah & ambil catering aje supaya semuanya berjalan dengan lancar so kita boleh layan tetamu dengan tenang (tanpa perlu risau keadaan makanan yang semakin menyusut tu)

Insya Allah, kalau ada rezeki kami buat lagi..Zaila harap tetamu yang datang berpuas hati dengan menu yang kami sajikan ni..Sorry kalau ada kelemahan mahupun kekurangan yang tak dapat dielakkan. Pada rakan-rakan bloggers, maaf kalau tiada jemputan mahupon berita yang Zaila akan buat OH, maklumlah Zaila buat hanya kecil-kecilan sahaja, itupon masih ramai yang tak dapat diundang atas faktor ruang & budget. Tapi pada yang ingin bertandang, bagitahu aje..jangan segan (terutamanya pada jiran belakang rumah Zaila yang drop komen pada entry yang lepas~sorry tak dan nak berkunjung tiba sebab masa yang begitu cemburukan Zaila)

Apa-apa pon, i miss my blogging moment;)

2 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

ZAILA

wahhhhhh lama x de entry..berapa minggu dah?

Zaila Mohamad berkata...

lynn, itulah pasal..mood orang mengandung xtentu..by the way zaila dah 3 bulan setengah dah;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^