Actually tiada apa yang menarik di Labuan pon. Namun tiap kali ke sana, en suami memang akan belikan ikan segar untuk santapan
Rasanya sudah tentulah sedap sebab isinya yang segar & kalau nak dibandingkan dengan isi ikan Salmon, Zaila lebih sukakan isi ikan Kod sebab rasanya yang kurang hanyir & isinya yang sedikit kenyal itu. Sedikit maklumat tentang khasiat ikan Kod;-
Kajian Sejarah
Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.
Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.
Menjelang abad ke-19, The British Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod. Kemudian mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di laut.
Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut.
Kenneth McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencadangkan minyak ikan kod boleh diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama dikenali sebagai ‘Seven
Minyak ikan untuk sendi sihat
Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.
Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).
Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.
Artikel dipetik dari sini.
Selain itu, en suami ada juga membeli sedikit ikan masin;-
ikan terubuk masin & satu lagi tu tak tahu ikan jenis apa tapi bila digoreng, rasanya rangup macam makan keropok;)
7 ulasan:
perghh terubuk masin tu...suke3x:) pastu ikan kod tu tak penah rase..tapi i bet, rase die mesti umpphhhh:)
zaila, sedapnya terubuk masin tu kan.. lemak2... memang tak boleh lepaskan peluang beli terubuk masin kalau ke sana kan..
wah ole2 dari labuan yg sangat puas hati..byk tu
ikan terubok masin goreng tu cedap lah...
pergh! sedapnye ikan terubuk masin tu.terliur pulak..:)
zaila
ok..dah nampak..tp kan.>(sori yek) kita rasa wording kena warna gelap sikit..senang nak baca..just opinion ok!!anyhow kita suka makan terubuk masin..pos 1 g ampang aci?
Maya, ikan kod tu rasa sedap juga, takderlah hanyir macam salmon..Zaila pon first time rasa yang fresh, kalo x pernahlah juga rasa minyak ikan kod..hehehe
Lady, a'a..actually kat Sarawak lagi murah berbanding di Labuan tapi dah nak makan sangat, paksa juga hubby beli
Yati, kena paksa beli tu, hahahaa
Lily, memang sedap
Farah, mehlah datang rumah, leh makan sama2:)
Lynn, ok..perasan gak macam pudar, aisey tak reti pula nak tukar2 kaler gelap, tukar template semualah nanti..thanks for ur opinion;)
Catat Ulasan