Well, haritu ada beli bunga di IKEA (sila rujuk entry ini), tapi malangnya, pokok ivy ni meninggal sebelum sempat membunga *eh bunga ni ada bunga ke?* so demi tak ingin membazir kerana membazirkan amalan syaitan, Zaila telah mendapat satu idea untuk bercucuk tanam menggunakan tanah yang sedia ada dalam pasu tu. Alah, bukan tanam pokok besar2 pon, tanam bawang aje;D
day 1 : seb baik ada bawang merah kat dapur tu *maklumlah sudah lama tak masak kan*
day 7 : nampak dah keluar sket;)
day 7 : nampak dah keluar sket;)
Tak sabar nak tambah lain-lain tanaman lagi seperti serai, daun kunyit, daun pandan, daun kari, cili padi & lain-lainlah. Heheheh terhoverlah pula berangannya;D
Tapi haritu masa call mak, mak ada bagitahu yang dia dah tanamkan cili padi untuk Zaila dalam polybag hitam tuh. Owh, tak sabar rasanya nak balik ambil pokok cili ni. Nanti kalau nak makan budu je, terus petik dari pokok aje..Bestnya!!!
3 ulasan:
salam zaila..terasa macam masuk rumah baru je..hehe..bagus tu bercucuk tanam..tahulah rumah u tu tak ada tanah berekar2 dibelakang tapi kalau setakat nak tanam halia,serai,kenyit dll tu adalah kan..auntie harap rajin2lah bercucuk tanam tu..
sekali singgah..kenapa ya tulisannya tak jelas..pudar je..ke akibat rumah baru atau lappy auntie yg rosak..
best sebenarnya bertani ni..tapi kalau ada tanah pun, beserta dgn alasan 'sibuk'... sakit hati pulak tengok tanaman yang tak terurus tu..hu hu hu
Catat Ulasan