Sofa ni sudah 2 tahun lebih berkhidmat dengan kami. Beli di kedai perabut Ahpek Jalan Bukit Kemuning pada harga RM500 sajork, sampai sekarang pon ok lagi *walaupon mem pompuan dalam rumah ni menggeletis nak sofa baru*
Console table ni beli di Cavenzi sekali dengan kabinet TV
sila gelakkan muka Haziq memegang skrol tipu itu;D
ini bilik bawah yang sempit so hanya ada kabinet baju & katil bujang sahaja. Tapi rasa macam nak ubah jadi bilik baby nanti memandangkan Zaila akan berpantang di rumah ini sajork
penuh kabinet baju Zaila sumbat dengan pakaian anak-anak. Dasar pemalas nak naik turun tangga carik baju anak-anak;D
Bilik atas aka bilik pakaian. Baru je pakaikan langsir beli di IKEA pada separuh harga
Meja komputer yang dibeli di kedai perabut ahpex di Klang. Memula nak buang tapi rasa macam sayang je so bawa naik ke bilik tengah & dijadikan ruang komputer untuk famili. So no wonderlah Zaila sudah kurang update pasal malas nak mengadap pc ni aje;D
Hujung bilik pula Zaila letak meja & kerusi Kritters dari IKEA untuk Haziq & Husna bermain sama-sama untuk beberapa minit sahaja kemudian akan bertukar menjadi sesi gigit menggigit, baling membaling mainan mereka sesama sendiri..Haisssshhhh
kanak-kanak ribena yang berpura-pura baik bermain bersama-sama
Projek akan datang ialah dengan melekatkan gambar-gambar ABC,123 & kalau boleh nak cari built in cabinet untuk simpan segala buku-buku Amirul. Tapi bulan depanlah pula
Katil ni pula untuk mama lending-lending sambil tengok kanak-kanak ribena bermain..hehehehe
Abaikan ghupa katil & bantal yang hodoh itu;D
Itu sahaja deko yang Zaila buat. Takderlah gempak sangat pun cuma sekarang ni keadaan rumah agak terkawal & terurus sedikit apabila Zaila sediakan bilik aktiviti untuk anak-anak ni. Kalau dulu, semua pc, internet ada di ruang tamu so anak-anak sibuk nak konker semua. Bila kita nak tengok TV diorang nak tengok, bila mama nak layan facebook diorang nak layan game so memang agak geram di situ!! Tapi bila dah ada bilik ni, anak-anak pun suka bermain *sebelum bergaduh* & mama ada ruang mama (apalagi, layan blog sambil tengok anak-anak main) & papa bolehlah menonton TV sesuka hati dia;) fair bukan??
Tak sabar nak tunggu sikecil ini pula. Entah apalah jadi dengan rumah ini nanti;D
4 ulasan:
betul tu..budak2 ni mmg kene bagi bilik khas utk bermain, barulaa tak kacau kite..heheh..tapi kalau dah boring, die tetapsss kacau kite kan..hehehe
curtain zaila sungguh cantikkkk..suka tengok frame polka dottttt...nanti leh letak gambar berlima bile ade baby baru nanti :)
dannnn yang paling pentinggg.. drawer putih kita samaaaa hehe..
Maya, nak kena kita teman diorang dr awal sampailah diorang tak nak main..sebab tu zaila letak pc kat dalam bilik tu, senang bila diorang dok main zaila layan fb, tp xtahan bila diorang bergaduh sesama sendirik, bingit telinga dibuatnya..pastu mulalah mama dia naik angin jadik mak rimau;D
Nanie, drawer tu kan beli kat IKEA;)
itulah, nak g ambil gambar kat studio ah nanti..tapi entah bilalah tu..
zaila
mmg kena ada bilik utk anak2 main..lynn wat gitu gak..nak tungang langgang pun biar dlm bilik..hehhe!!anyway tggu next bby kuar..kot zaila nk wat deco lain lak..sure chantek!
Catat Ulasan