Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 31 Mei 2011

Bila Dah Anak 3 Baru Nak Beli Car Seat

Sebenarnya kan, car seat ni memanglah tersangat penting bagi melatih anak untuk berdisiplin di dalam kereta. Tapi itulah, masa Amirul & Husna kecil, kami tak ajar mereka duduk dalam car seat awal-awal & sudahnya sekarang ni memang susah sangat nak suruh diorang ni duduk diam dalam kereta. Kalau mama mereka yang drive, harus menjerit melalak sebab nak suruh diorang berdua duduk diam & tak mengganggu kosentrasi mama..kalau en suami takpe, dia dah PRO..sebelah tangan drive sebelah tangan cubit anak pun boleh *ampun bang* tapi Zaila ni, harap mulut jelah bising pasai tangan duk genggam stereng ja..huhuhu

So demi mengelakkan bila Ashraf besar, kami akan lagi pening kepala dengan ragam mereka, awal-awal lagi kami dah train Ashraf duduk dalam car seat ni. Sampaikan dalam rumah pun kami ajar. Haaaa..hambik ko..biar dia merasa betapa syoknya duduk dalam tu, nanti takderlah bila mama masukkan ke dalam car seat akan menjadi seperti cacing kepanasan nanti;D

Car seat yang menjadi pilihan kami adalah yang ini;-


Jenama Sweet Cherry beli di Jusco pada harga RM199.00. Rugi sebab kalau tunggu 21hb Jusco ada SALE & dapatlah less 20% tapi disebabkan en suami nak outstation punya pasal, terpaksalah beli aje. Kami pilih yang jenis boleh carry sebab senang untuk kami angkut sekali dengan baby. Senang sikit, ke nursery ke, naik atas, turun bawah semuanya angkut pakai ni aje cuma sekarang ni..Ya ampuuuun..berat bebenau si Ashraf ni..Kalau tak silap, car seat ni boleh digunakan sampai anak umur setahun then kena tukar jenis lain. Herm, kita tengok jelah sampai berapa bulan mamat Ashraf ni mampu muat duduk dalam ni;D


Lagi satu yang bestnya benda alah ni boleh guna sebagai ala-ala baby rocker juga. So kalau malas sangat nak dodoikan Ashraf, just masukkan dia dalam ni & ayun-ayunkan sket..dah ketiduran;)


budak botak yang suka tidur!!

8 ulasan:

Nurhayati berkata...

memang sangat penting.
yati alhamdulillah 2-2 senang nak dok dlm tu.. aman nak drive.

CeqGu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Azmiezas berkata...

akak tak pernah bli car seat sbb dulu2..umah ngan tempat keje dekat..kikiki

Sofya berkata...

pentingkan..
tapi sy blm ada lg..
sblm ni tak pandai drive lg..
pasni kna gak beli kot..

yatie chomeyl berkata...

meme keno latih awal2 sejak baby, baru sene bilo besar. harap2 lepas ni dah besar pun Ashraf nok duduk g la dale car seat dio :)

CeqGu berkata...

amboii syioknye tengok ashraf tido...saya pun tengah duk intai2 car seat n stroller..tak tau jenis yg macam mana elok...ada suggestion?

Lily@MamaZaraZareef berkata...

dulu time zara pon belikan carseat ala2 mcm ni..yg leh jadik rocker sekali..tp brand anakku..zara pakai smpai 10 bulan pastu dh tak muat, so beli carseat yg lain..tp, rocker tu size die kecik sket berbding aysraf punye nih so zareef mcm tk berapa nk muat dlm tuh..so now zareef pakai tros carseat kakak zara yg beli time 10 bulan tuh jekla..hehe

Zaila Mohamad berkata...

Yati, bagusnya kalau awal2 dah suka duduk dalam car seat..kalau Haziq & Husna ni, jangan harap..menggeliat sakanlah diorang nanti;)

K.Faizah, rumah Zaila ngan opis pun dekat juga tp sejak dah ada yg kecil ni, senang letak dalam car seat aje..mama diorang dok busy melayan abang & kakak yg xnak duduk diam dalam kereta


Sofya, kalau perlu baik beli kan..

Yatie, harap2 lagu tulah kam..

Ceqgu, sy ada buat entry untuk Ceqgu..esok baca ya

Lily, yg Ashraf punya nipun macam kejap aje ni boleh muat..hehehe..tapi takpe, kalo dah tak nak boleh jual dalam Mudah;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^