Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 31 Mei 2011

Haziq Yang Kegatalan~Part 2

Rentetan dari cerita yang ini, nampak gaya macam eczema Haziq dah makin teruk. Tambah teruk apabila dua malam berturut-turut batuk & muntah-muntah sekali. Yang tak tahannya bila muntah atas tilam, sapaikan dah habis dah semua tilam kat rumah ni dicemari muntah Haziq-_-
Atas nasihat kawan, kami telah bawa Haziq berjumpa dengan seorang Doktor Pakar Kanak-Kanak di Seksyen 9 Shah Alam. Nama Klinik tu Klinik Pediatrik ADEK. Pada yang tak tahu, lokasinya berdekatan dengan Plaza Masalam & terletak di belakang bangunan McD & Red Glow.




gambar ni ambil dari hasil carian google, terjumpa entry ini


Kalau di Kota Kemuning ni, susah sangat nak cari Klinik Kanak-Kanak yang doktornya Melayu. Maklumlah, kami ni jenis yang suka menyumbang kepada ekonomi orang Melayu so walaupun agak jauh dari rumah, it's ok *highway LKSA kan ada*. So pagi Jumaat tu, lepas je hantar Husna & Ashraf ke nursery kami terus ke sana. Kawan Zaila dah siap call klinik bertanyakan Dr & kebetulan haritu pula Dr half day so haruslah kami cepat-cepat sampai di sana.




Pagi Jumaat tu hujanlah pula, sudahlah hujan, jem teruk dari highway KESAS sampailah ke LKSA dek kerana ada accident yang berlaku. Tapi Alhamdulillah dalam pukul 9 pagi kami sampai di sana & masa tu pon sudah ada dalam 4 orang patient sedang menunggu giliran. So kita layan Haziq main-main dulu *dekorasi klinik ni pun boleh tahan juga, al maklumlah klinik kanak-kanak kan*


ni bahagian belakang klinik, ada disediakan tempat mainan untuk patient yang sedang menunggu


kalaulah mainan ini anak ana yang punya *pasti sekejap aje sudah hancur*


hiasan dinding yang menarik juga


yang belakang langsir tu adalah bilik penyusuan



Hampir sejam menunggu giliran akhirnya nama Amirul Haziq dipanggil juga. Masa masuk tu terkejut juga bila nampak seorang Doktor lelaki yang berpakaian baju Melayu, berjanggut & berkopiah tapi pakai kasut sneaker Hush Puppies *sangat rock okay*. Namanya Dr Amdan; seorang yang peramah & bila sebut je masalah Haziq, of courselah banyak soalan yang Dr tanya pada kami. Hehehehe..Actually banyak info yang telah kami dapat tentang pesakit eczema ni. Rupa-rupanya patutlah Haziq makin teruk eczemanya sebab dia ni alergik coklat & produk tenusu & kebetulan pula en suami ada belikan banyak coklat sekembalinya dari Labuan haritu..Isy isy isy..Baruku tahu rupanya banyak benda juga yang Amirul harus pantang; ayam tak boleh, telur, coklat & segala macam produk yang berkait dengan tenusu. Even susu yang Haziq minum sekarang pun harus ditukar kepada yang soya base punya..Lepas tu kucing, karpet pun semua nak kena elak..Huhuhuhu


So selepas consultation dengan Dr Amdan, tibalah masa untuk ambil ubat pula;-























































































































haaaaa..hambik kaaaaauuuuuuuu


~ Ventolin untuk batuk athma (jenama ni memang baik untuk budak yang ada athma sebab Zaila pun memang selalu beli Ventolin ni di farmasi standby kalau-kalau Amirul batuk athma)
~ Mucoprem untuk batuk & pecah kahak

~ Prednisolone untuk radang (ubat ni ubat terkawal so hanya boleh minum selama 5 hari sahaja)

~ Augmentin pula antibiotik untuk seminggu

~ Krim malam & siang untuk disapu pada tempat yang ada eczema tu


Total semuanya dalam RM185.00 & cukup seminggu nanti ada follow up lagi dengan Dr. Amdan. Setakat hari ni (Sabtu), Zaila tengok batuk Haziq dah berkurangan & luka kesan garu Haziq pun dah kering. Tapi memang kena disiplin juga dengan Haziq ni, nak kena makan ubat on time, lepas tu nak kena monitor Haziq supaya jangan curi-curi makan coklat & nak kena rajin sapu krim kat badannya. Harap-harap lepas ni akan bertambah baiklah keadaan Haziq..




Haritu Zaila pernah tengok di WHI yang membincangkan tentang pesakit Eczema ni. Susah juga ya sebab ianya adalah penyakit keturunan & memang akan mengikut kita sampai tua. Kalau tak dirawat awal-awal, takut akan berlarutan. Lagi satu, pada ibu bapa yang anaknya ada Eczema, haruslah berjumpa dengan guru / penjaga & bagi penerangan yang mereka ni tak boleh berpeluh sebab bila berpeluh, makin gatal lah badan mereka tu. Kalau dalam kelas pula, nak kena duduk di bawah kipas & tempat yang ada pengaliran udara. Pendek kata, semua orang kena ambil peranan masing-masing demi untuk mengelakkan dari Eczema mereka makin teruk.


Pada mereka yang berminat untuk mencuba khidmat Dr. Amdan, bolehlah ke Klinik Adek;-




Klinik Pediatrik ADEK,


20, Jln Tengku Ampuan Zabedah G-9/G,


Seksyen 9, 40000, Shah Alam,


Selangor


Tel. No : 03 - 5880 7694


Dr. Amdan Ahmad


M.D. (USM) Dch (Uni. College Dublin) MRCP (Ireland)






















5 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

pernah bwk adam dulu ke klinik nih ..tp masa tu dpt dr locum .. ok ubat2 dia ... harga pun boleh tahan .. tp sejak kami ke jumpa paed di Pusat Prubatan Umra .. rasa serasi plk dgn paed dia ..

yatie chomeyl berkata...

semoga cepat sembuh deh Haziq, jange ngelat make ubat tuh

Zaila Mohamad berkata...

Di, Alhamdulillah HAziq dah hilang batuk2 & luka garu pun dah kering..Mahal pun xpe, janji bagus kan..demi anak-anak..huhuhu..pejam mata sahaja;(

Yatie, Alhamdulillah Haziq meme mudah make ubat so xdok masalah nk bg ubat ko dio

maya amir berkata...

zaila.. 1st son kite dulu kene eczema.. nak kata teruk, tak jugak tapi memang every month bawak pakar kulit.. macam2 ubat dapat everytime pegi, paling2 mesti abis RM200 sebulan masa tu..shampoo kepala lain, cream mandi lain, ubat sapu kat muka lain, losyen kat badan lain, ubat minum lagik.. mmg byk kene pantang.. produk tenusu memang takleh.. sbb ade lemak susu lembu.. kene minum susu soya (amek isomil) mase tu..habuk takleh, panas takleh.. ubat minum dos paling tinggi campur steroid.. mase mule2 pakai ubat sume2 tu, kulit die mcm kene bleach putih giler.. tapi lps tu baru dpt kulit asal.. eczema ni ade yg puncanye asma.. my son ade lelah sket..tapi dr mmg ckp by umur 5 tahun, asma hilang means sampai ke beso akan hilang..by umo 3-4 tahun, mmg danial dah xde eczema dah..zaila teruskan ubat2 tu, jgn stop:)kalau tak berkesan, maya suggest gi jumpe pakar kulit sbb kes danial dulu, pakar kanak2 pun tak jalan:)

Zaila Mohamad berkata...

Maya, kalau cerita pasal anak yang ada eczema ni memang tak pernah habis kan..biaserlah, diorang ni kena pantang banyak benda..salah makan sikit konpem menggaru2 kan..aku tengok anak aku serasi dengan Dr Amdan ni, kalau tak jalan mungkin boleh carikan pakar kulit pula..btw thanks ya Maya for sharing your experience;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^