Nasib baik one of my friend syorkan untuk mencuba nasib dengan Dr Amdan di Klinik ADEK ni..So lepas aku bawa Haziq berjumpa doktor & makan segala ubatan, Alhamdulillah ada nampak perubahan..Tapi biasalah, kalau budak eczema ni dia memang tak akan terus sembuh 100% so ada masa bila antibodi badan dia lemah, dia akan jatuh sakit juga..Contohnya aku tersalah bagi makan ke, takpun alergik ngan bulu kucing ke..Apa-apa jelah can lead to eczema..Susah nak kawal..takkan 24/7 nak suruh dia terperap dalam bilik yang dah dinyahkuman kan??:P
Ok, panjangnya intro aku ni..hikhikhik..So kali kedua aku berkunjung ke sini adalah masa buah hati pengarang jantung aku ni sakit..Kalau setakat demam biasa, aku akan bawa dia ke klinik biasa tapi kalau main seminggu tak kebah-kebah & sekejap demam sekejap cirit birit, aku rasa kenalah bawa terus berjumpa dengan pakar kanak-kanak..Nak masukkan ke hospital pon boleh juga tapi this would be our last choice memandangkan aku tak suka jaga anak di hospital *berterus terang sungguh* Bukan apa, aku dah ada pengalaman 2 kali jaga Haziq; 1 di hospital kerajaan & 1 di swasta..Tiada beza sangat pun antara hospital kerajaan & swasta selain penat & mati kutu..Sudahlah lama kalau setiapkali kena tahan..Owh, bukan bermakna aku boikot ya, cuma like i said before..biarlah ianya pilihan terakhir yang kami ada:P
Ok, back on track..nak cerita pasal Klinik ADEK nilah..Kalau anak-anak korang ada masalah athma, aku nasihatkan cuba rawatan kat sini..Kalau anak-anak demam & bila bernafas bunyi macam wisel tu pon bagus juga dapatkan rawatan kat sini. Pendek kata, apa juga permasalahan anak-anak korang yang korang rasa bemasalah, boleh jumpa Dr. Amdan..Faham tak ayat aku?? Cuba lah kan..Kalau serasi boleh continue, kalau tak serasi cuba Dr yang lain pula..
Kalau nak ke sini, aku pesan silalah keluar awal-awal pagi sket sebab kalau terlambat konpem ramai orang (patientlah) & sudahlah 1 sesi konsultasi tu agak lama..Haritu masa hari ke 2 aku ke klinik untuk follow up aku terkeluar rumah agak lambat & sampai-sampai je, dah ada 5 parent sedang menunggu..Huhuhuhu..Sudahlah tak makan apa-apa, nak keluar breakfast takut terlepas giliran, lepas tu Ashraf pula asyik cirit-birit dek kerana makan ubat (kahak yang ada dikeluarkan melalui najis) sampaikan habis bekalan pampers yang aku bawa..hehehe Terpaksalah g beli kat kedai runcit yang berdekatan ngan klinik ni:P Memang haru biru kalau dah datang lambat tu kan *alasan*
Apa yang aku suka tentang klinik ini adalah kita boleh menyewa alatan untuk nebulizer anak..Tapi bukan senang-senang doktor nak bagi pinjam, kenalah tengok kondisi anak dulu kan..Macam Ashraf haritu, doktor cakap ada bunyi wheezing & dia nasihatkan Ashraf diberi nebu setiap 4 jam sekali. Aku diajar cara meletakkan ubat & memberikan gas kepada Ashraf *pasni boleh keje jadi nurselah aku*
Inilah rupa bentuk ubat cecair (ventolin) yang digunakan untuk nebulizer..Setiapkali nak bagi nebu, aku akan masukkan ubat ni ke dalam corong alat tersebut..
Inilah rupa alat tu..Bukannya besar pun..Kalau tak silap aku kos sewa alatan ni adalah RM25 sehari..Aku tengok kalau parent yang bawa anak datang sini konpem akan bawa balik alat ni..Kalau macam tu sah-sah anak diorang ada masalah sama dengan anak aku iaitu susah nak bernafas, kahak banyak dalam dada atau paling teruk athma
Ashraf kalau amik nebu dengan aku rilek je, tapi kalau en suami yang bagi konpem menangis melalak macam tak cukup nafas..Kenapa eh?? agaknya muka papa dia garang kot:P Hahaha!! Masa malam pertama aku sewa tu kena bagi setiap 4 jam so pukul 12 malam, 4 pagi pon kena bangun & bagi..Mamai-mamai pon bagi juga..Demi anak tersayang kan..Kalau Ashraf tidur pun boleh bagi juga dalam keadaan dia baring (dongakkan kepala dia sedikit ke atas supaya corong boleh diletakkan kat hidung dia)
Part nak membayar memang terbatuk sedikitlah..Kalau seorang anak, korang budgetlah dalam RM100+ sekali jumpa & kalau patient athma silalah expect yang korang kena datang keesokannya untuk follow-up keadaan anak..Kalau anak korang start dengan nebu setiap 2 jam, mungkin akan ambil masa 3/4 hari akan ulang alik berjumpa dengan doktor sampai doktor betul-betul puas hati dengan kondisi anak kita. Macam aku haritu bawa Haziq & Ashraf kena dalam RM361 (hak RM171 tu untuk Ashraf & RM190 HAziq punya)..Tapi aku rasa setiap caj adalah mengikut rawatan & ubat yang diberi..Kalau konsultasi doktor tu konpem RM50 setiapkali jumpa..sama juga dengan hospital swasta yang aku pernah hantar anak aku iaitu di SALAM & KPJ Selangor (kalau tak silap dulu panggil SMC). Esoknya follow up Ashraf kena lagi dalam RM103..Terasa bengkok sket kepala lutut ni bila nak membayarnya tapi kena redho jerlah demi kesihatan anak..Kalau bil macam ni aku tak boleh claim insuran anak aku sebab tak masuk hospital kan..TAPI kalau lepas ni Ashraf tak sihat lagi, rasanya option seterusnya adalah memasukkan dia ke mana-mana hospital & masa ni bolehlah claim bil perubatan & hopefully bil ni pon insuran akan cover juga sebab dikira rawatan susulan sebulan sebelum / selepas admitted.












