Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label SALAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SALAM. Papar semua catatan

Isnin, 15 Februari 2016

Harga Pakej Bersalin SALAM Specialist 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam (03/02/2016) selesai "check-up" untuk kali kedua sejak mendaftarkan diri di SALAM Specialist Hospital. Insya Allah, jika diizinkan Allah, anak ke aku yang ke 6 bakal dilahirkan di sini dan disambut oleh Dr. Siti Mariam. Kiranya masuk kali ke 4 jugalah merasa sentuhan Dr. Siti. Bukan apa, sekarang ini pesakit Dr. Siti memang ramai, ada yang 5 kali bersalin dengan doktor pun ada. Lepas tu, yang bersalin dengan doktor lain kemudian kembali dengan Dr. Siti pun ada. He he Setiapkali berjumpa dengan doktor mesti dia akan bagitahu "entah kenapa lah kebanyakan patient saya yang lama nak juga bersalin dengan saya lagi". Yang pasti setiap orang ada sebabnya masing-masing kan.

Sekarang ini kalau pergi check up tak sah tak menunggu selama 3 ke 5 jam. Kena banyak-banyak bersabarlah kan dan kena pandai curi masa pergi makan dulu, kalau tak mahu menyinga kita depan doktor ;)


Pertama kali check up aku bawa Azzam & Aaliyah bersama-sama, seronok mereka main mainan yang dalam gambar tu. Kalau tak silap, sejak zaman nak beranakkan Azzam lagi mainan dan meja yang sama juga masih ada di situ. Hu hu hu SALAM memang bajet sungguh eh?


Aaliyah sampai naik boring temankan mama. Awal-awal suka lah tapi bila dah lama menunggu mengamuk nak tidur. En suami yang hantar balik ke rumah sambil ambilkan Ashraf di tadika.

Tanpa buang masa, aku kongsikan harga pakej bersalin terkini (2016) di SALAM Specialist. Tapi ini harga yang asas sahaja, belum termasuk cas-cas yang lain. Kalau sebelum ni harga pakej bersalin normal RM1999 sekarang dah naik jadi RM2499 (hu hu hu). Jadi, sebelum pastikan untuk bersalin pastikan ada perancangan kewangan dan budget yang mencukupi ya. Kalau diberikan pilihan, sudah tentulah bersalin swasta lebih selesa tapi ada kelemahannya juga. Apa-apa pun sebelum memilih tempat bersalin, cuba berbincang dulu dengan suami. Tak semestinya bersalin di hospital kerajaan tu teruk ya.

Ok hingga bertemu lagi. Bye!
Normal Delivery

RM 2499.00
The package includes:
• Normal delivery without complication
• Consultation (O&G and Paeds)
• 2 Days 1 Night stay
• Room & Board (single/Double bed)
• Baby immunization
  (BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals


Excluding:
• Induce, Forceps/Vacuum, Epidural
• Complication
• Additional consultation fee RM 200 for delivery between 6.00pm - 8.00pm

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 2000 required

Elective Caesarean

RM 6499.00
The package includes:
• Elective caesarean only
• Consultation (O&G and Paeds)
• 3 Days 2 Night stay
• Room & Board (single bed)
• Baby immunization
  (BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals


Excluding:
• Any emergency cases
• Complication

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 3000 required 
Optional Procedures
• Epidural

• Forceps Delivery

• Vacuum Delivery

• Induction of Labour
RM 900.00

RM 350.00

RM 500.00

RM 400.00


Call For Appointment Now




























































Rabu, 23 Januari 2013

Pengalaman Bersalin Anak Ke Empat


Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke 17 aku berpantang, baru nak terhegeh-hegeh buat entry kelahiran Azzam Haneef. Sekadar berkongsi pengalaman. Aku tahu kat luar sana ramai je ibu-ibu muda yang search pengalaman bersalin untuk dijadikan panduan. Biaserlah, even aku walaupon sudah beberapa kali berpengalaman melahirkan anak, tetap berdebar-debar juga menunggu saat untuk bersalin kerana kita tak tahu macamana cara baby ini akan keluar, mudah ke, susah ke, sakit ke, tak sakit ke..Yang penting kena sentiasa berdoa pada Yang Maha Kuasa semoga dipermudahkan segalanya..

Ikutkan EDD (expected due date) baby Azzam Haneef adalah pada 13hb Januari tapi pada hari Jumaat (4/1/2013) tu aku ada weekly check up dengan Dr Siti. Pukul 2.30 petang baru klinik buka & petang tu lama juga aku tunggu sampaikan en suami terpaksa balik dulu untuk ambil Haziq dari sekolahnya. Sampai pukul 4.30 petang baru boleh jumpa doktor..huhuhu keras perut-perut mak buyong menunggu tau =_____=

So macam biasalah check perut then doktor cakap dah masuk 39 minggu & doktor minta untuk check "jalan". Aisey, aku tak expect pula dah kena check bukaan kan..bila dah check tu rupa-rupanya jalan dah terbuka 3cm & Dr Siti sempat buatkan "selusuh" & katanya dalam 2 hari ni aku akan bersalin. Terus menggigil tubuh badan ni. Dasar penakut!! Tapi aku tak kena tahan di wad sebab takde contraction lagi, Dr Siti pesan bila start contraction yang kerap baru datang hospital..Lagilah berdebar-debar..

Ikutkan en suami akan ke Miri pada hari Ahad tu tapi dah Doktor cakap aku akan bersalin samaada sabtu atau ahad, so terpaksalah minta orang lain gantikan tempat dia..Alhamdulillah nasib baik jumpa doktor dulu, kalau dibuatnya en suami dah ke Miri then aku sakit perut nak bersalin, lagilah huru-hara..huhuhu

So malam tu balik rumah macam biasalah tunggu juga rasa sakit..isy berdebar-debar tau..mengalahkan nak beranak sulung=P Tapi takde rasa apa pon dari malam sampai pagi..Oleh kerana dah tahu nak bersalin, terpaksalah aku keluar setelkan order customer & beli barang-barang untuk berpantang. Alhamdulillah en suami memang sentiasa ada bersama:) MIL pon ada di rumah tolong jagakan anak-anak. Haritu memang seharian aku buat kerja setelkan apa-apa yang patut. Basuh baju sekolah Haziq, basuh kasut sekolah, pendek kata memang banyak bergerak supaya senang nak bersalin nanti.

Masa tu lendir coklat dah mula ada tapi dek kerana tiada kontraksi lagi, abaikan sahaja..sampai malam tiada tanda nak bersalin pon;( cuma aku je yang asyik ulang alik masuk toilet sebab sakit perut nak buang air..HAHAHA Malam tu aku tidur dengan nyenyaknya sampaikan en suami pula yang naik risau..HAHAHA Selalunya tengah malam tu aku akan terjaga juga sebab sakit belakang ke apa tapikan malam tu syoknya tidur sampai ke pagi..Ada orang lain pula yang tolong risaukan:P

So pagi tu en suami dah start membebel ajak aku ke hospital..Nak tak nak kenalah pergi..mana boleh lawan arahan big bos kan..huhuhu Pukul 9 pagi hari Ahad aku dah terpajak di kaunter Emergency Room Salam Specialist Hospital. Bila nurse tanya kenapa datang tak tahu nak cakap apa sebab masa tu memang perut takde rasa apa-apa..Tapi kena juga bagi diorang periksa sekali lagi bukaan jalan & rupa-rupanya dah 5cm buka so kena tahan masuk wad dulu. Aku masuk wad yang sama masa aku bersalinkan Ashraf 2 tahun lepas..hihihi

Dalam pukul 1 tengahari Dr Siti datang melawat & suruh aku ke labour room untuk prsedur pecahkan air ketuban memandangkan tiada kontraksi lagi. So ahkak menurut sajork..redho jelah tapi dalam hati dup dab dub dab berdoa pada Allah moga dipermudahkan segalanya. Sudahler haritu ramai pula ibu yang bersalin...Sebelum aku masuk labour room tu dah ada sorang yang baru selamat bersalin, terpaksalah aku tunggu dulu..makinlah berdebar-debar..tengok pula muka doktor Siti lagilah aku gabra..huhuhu #sindromtakutbersalinmacamnilah

Bila masuk je bilik bersalin & doktor pecahkan air ketuban & masukkan air (drip melalui tangan) aku pon rilek sambil tengok TV..Nasib baik en suami ada di sebelah. Sempat lagi kami main teka bacaan mesin yang pasang kat perut aku tu..HAHAHA

Lepas nurse datang tanya sakit tak aku jawablah tak sakit, kali kedua pon tak sakit kali ketiga Dr Siti sendiri yang datang tanya, terus dia kuatkan sikit dos ubat & pukul 1.40 petang kontraksi semakin kuat. Masa ni en suami takderlah pula sebab pergi solat Zohor. Aku siap whats app cari laki aku lagi cakap sakit..HAHAHA tadi eksen bila dah start sakit ambik koooooo..genggam tangan sambil istighfar banyak-banyak..Doktor pula ada kat bilik sebelah sebab aku bunyi macam ada orang tengah bersalin juga..aduss camne ni..sakit makin kerap & tiba-tiba rasa macam nak meneran..terus aku panggil nurse & bila check masih lagi 5cm..cesss false alarm kah??

Kali kedua memang betul-betul rasa nak teran..Nasib baiklah en suami dah masuk..nurse datang & check sorang cakap masih 5cm tapi sorang lagi cakap dah 8cm. Masa ni memang rasa nak teran sangat-sangat. Hanya Allah yang tahu..Kelam kabut diorang siapkan tempat..merasalah juga ambil gas tu sekali sedut..mulalah mamai tapi dalam mamai tu aku nampak bayang Dr Siti masuk & suruh aku push..Sekuat hati aku teran & tepat pukul 2.15 petang meluncur laju baby Azzam Haneef keluar..Allahu Akbar!! Lega rasanya:-)

Masa ni aku dah sedar, nampak en suami azankan baby then bila doktor nak mula jahit luka cepat-cepat en suami keluar..takut pengsan katanya..HAHAHA Terima kasih b kerana sentiasa ada di saat-saat aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Alhamdulillah kelahiran kali ini senang & luka pon tak banyak sama seperti masa bersalinkan Ashraf dulu.

Terima kasih juga buat Dr Siti Mariam yang sabar dengan karenah aku yang penakut, terima kasih juga buat midwife-midwife yang bertugas pada haritu; memang sangat-sangat baik, terima kasih buat MIL, adik beradik en suami yang datang melawat pada haritu. Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan, terima kasih buat semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa kalian semua.

Pada mereka yang sedang menunggu masa untuk melahirkan, jangan lupa untuk :
- minta maaf dengan suami, ibu kandung, mak mertua & minta mereka halalkan segala makan minum kita..
- jangan lupa makan sebelum masuk ke bilik bersalin, tenaga sangat penting untuk proses meneran, kalau tak lalu sangat cuba makan kurma banyak-banyak
- jangan lupa minum air zam-zam, doakan semoga Allah permudahkan proses bersalin kita
- jangan lupa dengar cakap doktor & nurse..kalau diorang tak bagi teran tu maksudnya baby masih belum bersedia untuk keluar..tapi aku ni mana reti nak control dah kalau dah terlampau sakit tu..tapi Alhamdulillah oleh kerana baby kecil maka luka pon tak banyak..kalau baby 3 kg tak tahulah macamana..huhuhu

Itu sahaja pengalaman bersalinkan Azzam Haneef..dari mengandung sampailah bersalin Allah memang mudahkan segalana..semoga proses nak membesarkan Azzam Haneef pon macam tu juga..Insya Allah semoga membesar menjadi anak yang soleh & berguna kepada keluarga, agama & negara satu hari nanti:)

Oklah panjang pula karangan aku..terima kasih kerana membacanya..HAHA

Rabu, 12 Disember 2012

Harga Pakej Bersalin Di SALAM Specialist Hospital Shah Alam

 Assalamualaikum,

Hari isni lepas aku ke SALAM Specialist Hospital lagi untuk check up. Minggu ni dah masuk 35 minggu & akan bermulalah rutin check up setiap minggu. Lama juga ambil masa hari tu memandangkan gynae yang selalu aku jumpa tu sedang bercuti & PA dia pon ikut cuti sekali. Selalunya dalam sejam dah siap tapi haritu dari pukul 2.30 petang samapi pukul 4.30 petang pon masih ada di situ:(

Sudahlah anak-anak ikut sekali..Nasib baiklah ada mainan kat situ so takderlah diorang ni mati kutu menunggu giliran macam mama dia ni T___T

Tapi kat situ suara anak-anak akulah yang paling kuat sekali..haisyyyy bikin malu sama kompeni sajork, sekejap main elok-elok sekejap bergaduh..aduh! Macam nilah mereka di rumah begitulah juga kat luar rumah..


Ashraf yang konker mainan sorang-sorang..sudahlah pandai dah nak bergaduh dengan budak lain..isy bahayalah ini budak..too much of Ultraman not goodlah for him:P


Terbalik nak oi..orang panjat ikut tangga dia p panjat ikut slide..isy isy isy..anak sapelah ni??


Next check up aku kena pergi lagi 17hb ni pula..Setakat ni Alhamdulillah baby sihat. Berat baby sekarang adalah 2kg sahaja. Doktor tanya memang anak-anak yang lain pon masa keluar kecil ke? Ikutkan iya sebab Haziq dulu lahir berat 2.72kg, Husna 3.3kg & Ashraf 2.3kg je..Tapi Ashraf ni special case sket sebab kena induce once dah cukup bulan memandangkan keadaan air ketuban & dia yang makin mengecil..Alhamdulillah sekarang ni dah besar tak kecil-kecil dah:P

Paras air ketuban & kesihatan aku pon Alhamdulillah baik berbanding semasa mengandungkan Ashraf dulu. Harapan aku semoga dipermudahkan proses bersalin & janganlah ada apa-apa komplikasi lain..Berdebar-debar juga setiapkali nak bersalin walaupon orang cakap ini dah anak ke 4 dah banyak pengalaman! Jangan cakap macam tu..setiap anak pengalaman berbeza-beza & paling takut kos bersalin yang makin meningkat..huhuhu Jangankan hospital swasta, hospital kerajaan pun sama!!

Tadi buka website SALAM Specialist Hospital untuk survey pakej bersalin..tanjat boboi bila melihatkan harga pakej sudah naik..Rasanya tahun lepas pakej bersalin normal adalah RM1500 sahaja tapi tahun ni sudah cecah RM1999. Jangan tertipu dengan harga yang diletak, itu belum dicampur kos ubat, alat, cukai segala..Tahun lepas walaupon pakej bersalin RM1500 tapi last-last kena bayar RM2300 juga jumlah kesemuanya..Biaserlah tu, hidden cost..Nasib baik tahun lepas kompeni tempat aku kerja bayar juga kos bersalin sebanyak RM1500..Bersalin kali ni tak tahulah sape yang nak sponsorkan..huhuhu

Pada yang sedang mencari maklumat pakej bersalin di SALAM Specialist Hospital, boleh klik sini (Harga Pakej Bersalin). SALAM Specialist Hospital ni takderlah besar sangat jika nak dibandingkan dengan DEMC, Columbia Asia atau KPJ Shah Alam tu..Kira kos bersalin pon masih terendah jika dibandingkan dengan hospital yang lain..Lagi terkenal hospital swasta tu lagi mahal kos dikenakan, setuju tak? Tepuk dada tanya duit dalam poket..Agaknya sebab itulah orang di bandar ni anak tak ramai kan?? :P

Kos untuk monthly check up di SALAM Specialist Hospital (pada tahun 2012) ni kalau jumpa gynae+scan+ubat kenalah dalam RM150++ tapi kalau jumpa gynae+scan sahaja dalam RM65..Setiap tahun pon kos makin meningkat..gaji je meningkat tak padan dengan kos kehidupan sekarang..Eh!

Oklah, doakan semoga dipermudahkan segalanya..Yang penting ibu & anak selamat, bersalin kat mana pon takpe janji selamat!!

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Jumaat, 30 November 2012

My 4th Pregnancy!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni kandungan aku sudah masuk 33 minggu..So far semuanya berjalan dengan baik kecuali sekarang ni aku sudah cepat pancitss & sakit pinggang kadang-kadang melanda juga. Yang penting aku tak boleh stress, kalau stress nanti baby dalam perut nipon akan "mengeras" sama..so en suami, sila jaga adindamu dengan penuh kasih sayang yaa..ahaks:P

Sebenarnya aku malas nak bercerita sangat tentang pregnancy aku ni. Al maklumler sepanjang tempoh kehamilan memang aku tiada apa-apa masalah. Mengandung kali ni mencatatkan sejarah paling banyak aku berjalan-jalan melancong bersama anak-anak & kawan-kawan. Seawal mengandung aku dah terbang ke Labuan & berpeluang ke Kundasang & Kota Kinabalu, lepas tu Alhamdulillah dapat ke Vietnam sebanyak 2 kali juga, terbaru aku ke Cameron Highland bercuti dengan anak-anak. Itu tak kira lagi sepanjang minggu dengan aktiviti kami yang penuh ke sana ke mari. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah sebab Allah berikan aku kekuatan untuk mengandung kali ni (kalau masa Ashraf terus juga aku sakit, batuk sampai terkencing-kencing)

Haritu masa check up dengan gynae Dr. Siti, dia tanya aku lepas ni nak mengandung lagi tak? Aku cakap tak tahulah lagi tapi kalau boleh nak lagi. Memandangkan aku ni takde alahan atau mabuk-mabuk sepanjang hamil, agak kerugian kalau aku tak mengandung kan? So doktor nasihatkan supaya berehat dulu 2 tahun & sambung emngandung & melahirkan pada umur 33 tahun. Lepas tu boleh mengandung (lagi) pada umur 35 tahun..Waaahhh kemain lagi..Itupon kalau usia masih panjang..kalau diizinkan Allah..

Sepanjang kehamilan ni, aku makan semua je; takde pantang-pantang sangat..Mana yang terbaik untuk ibu & baby semua aku makan macam ikan salmon, kurma badam, anggur, buah-buahan, sayuran semua boleh makan. Tapi ada juga beberapa makanan yang tak digalakkan diambil semasa hamil pon aku ambil macam kopi (sejak di Vietnam lagi dok minum kopi), teh tarik (kandungan kafein tak elok sangat untuk ibu mengandung), nenas, air bergas (kengkadang je) Errrr susu pon jarang minum tapi aku amalkan makan pil kalsium..Hihihi korang jangan amalkan eh..Semoga baby aku takde apa-apa..Masa Husna dulu suka juga minum kopi..tak tahulah mulut ni..asyik nak kopi & teh tarik aje..huhu

Persediaan nak sambut orang baru biasa-biasa tapi agak takut juga. Bukan apa, takut terberanak awal..huhu Minta dijauhkan..Semoga baby keluar ngam-ngam masa due sebab masa tu abang Haziq pon dah start sekolah, kakak Husna pon dah start sekolah & paling penting duit bonus en suami pon dah masuk..Haaaa kan nak kena sponsor bini mu bersalin ni:P *kalau dulu aku bekerja kompeni lah yang tanggung, sekarang ni mestilah en suami yang tanggungkan:P"

Kebanyakan baju baby dah ada..Barut baby recycle je yang abang Haziq punya..Kalau ada rezeki adik bolehlah pakai bengkung baby moden, kalau tak pakai je yang tradisional yang ikat-ikat tu..Beg persediaan ke hospital pon dah ada cuma ada few things barang aku yang nak kena beli lagi..Nampak gaya macam nak kena pergi juga lah Maternity Expo tu..

Persediaan berpantang masih samar-samar kerana aku masih tak tahu nak beli set pantang apa..Kalau boleh tak nak dah beli set bersalin Puteri Rembulan & Sendayu Tinggi. Dala kepala ni nak Leesa atau Nona Roguy je tapi itulah nak kena tengok budget juga. Resepi-resepi berpantang dah ada cuma tak tahulah siapa yang nak tolong masakkan nanti. Nak upah confinement lady macam mahal sangat..Ada sesiapa yang ada cntact no confinement lady sekitar Shah Alam tak? Boleh kongsikan no? Thanks..

Doakan semoga dipermudahkan segalanya..Mengikut pengalaman aku yang lepas, proses bersalin memang mudah tapi nak mengharungi tempoh berpantang sendirian yang agak susah. Tahun pantangkan Ashraf aku kena chicken pox, sakitnya hanya Allah yang tahu..Setiap anak memang tak sama pengalaman mengandung & melahirkan & berpantang kan..Aku cuma mendoakan semoga semuanya dipermudahkan segala urusan olehNYA..kita hanya mampu merancang tapi DIA lah yang akan menentukan..Yang penting doa & usaha kena seiring selebihnya aku hanya tawakkal sahaja..

Eh terima kasih kerana membaca luahan hati mak buyong ni..Doakan semoga semuanya selamat ya..Haritu masa scan tak nampak sangat muka sebab baby tetup muka & tengah hisap jari masa tu. Eh sebijik macam abang Haziq tau:) Owh, nanti aku kongsikan list barang-barang baby & ibu untuk dibawa ke hospital pula..Setiap kali bersalin pon nak kena sedia barang baru balik..haisyyyy T___T"

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Khamis, 18 Oktober 2012

Kenapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil?


gambar ihsan dari google

Assalamu'alaikum semua,

Semalam aku ke klinik untuk check up, sepatutnya pergi hari Jumaat tapi memandangkan check up kali ni kena minum air gula, so aku rasa baik pergi semalam supaya en suami tak terkejar-kejar nak pergi solat Jumaat. Tapi tanggapanku salah, bila-bila masa pon dia tu asyik berkejaran dengan kerja T____T"

Tapi sebelum ke klinik tu, doktor dah pesan supaya puasa pada malam hari. Ada yang cakap sebelum pergi klinik, ada yang cakap start dari pukul 9 malam & ada juga yang tak pernah kena minum air gula sepanjang tempoh kehamilan mereka. Pengalaman aku sendiri; semasa mengandungkan Haziq tak pernah kena minum air gula (ataupun terlepas tak tahulah kan), semasa mengandungkan Husna kena sekali (masa ni check up di klinik kerajaan kerana berat badan naik mendadak), semasa Ashraf pon kena minum sekali (masa ni check up di klinik swasta pun kerana berat badan yang naik) & kali ni di klinik yang sama pon aku kena minum..So aku rasa minum air gula ini sinonim dengan ibu mengandung yang berat badannya naik secara mendadak. Kenapa harus minum air gula? Sudah tentulah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah bagi mengelakkan penyakit kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai Gestational Diabetis / Diabetis Mellitus (GDM)

Apa itu gestational diabetes?

Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM, adalah diabetes semasa mengandung. Ini adalah sejenis diabetes timbul apabila seorang perempuan mengandung tetapi tidak mempunyai diabetes semasa belum mengandung.

Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.

Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.

Macam Mana Nak tahu jika anda ada GDM?

Selalunya ujian gula (glucose) akan dilakukan pada usia kandungan 24 - 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, maka doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.

2 cara Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.

2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.


Adakah GDM akan memberi kesan pada Baby?
 
Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mantain penambahan berat badan yang sihat. Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan kepada kandungan dan baby. Ini adalah beberapa risiko:-
  • Tubuh badan baby dalam kandungan lebih besar dari normal. Dalam kes ni mungkin perlu menjalankan pembedahan c-section untuk melahirkan baby.
  • Kandungan darah dalam badan baby terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk mula breastfeed secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada baby. Dalam kes berat, baby mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip terus ke darah baby.
  • Baby mungkin akan mempunyai jaundis.
  • Baby mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.
  • Baby mempunyai level mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot 'twitching' (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral pada baby.
Apa nAk buat jika ada GDM?
Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor.  Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-
  • Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
  • Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
  • Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan.  Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
  • Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
  • Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.
Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan level gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya.

Apa Berlaku Selepas Kelahiran?

Bagi kebanyakan wanita, level gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan level gula adalah normal. Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.
 
Jika anda ingin mengandung lagi, ujian gula perlu dibuat 3 bulan sebelum mengandung untuk memastikan bacaan senantiasa normal.

Merunut kajian anak yang mana ibunnya mempunyai GDM berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes.

Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini..

Sumber dari sini (http://www.nichd.nih.gov/health/topics/gestational_diabetes.cfm)

Alhamdulillah result semalam ok..Walaupon berat badan aku naik 2 kg dalam sebulan *sila jangan pengsan ya* tapi kandungan gula dalam darah aku normal sahaja..Semalam juga kandungan dah cecah 27 minggu (hampir 7 bulan sudah) so doktor bagi surat refer ke hospital bersalin & semalam juga ambil suntikan kancing gigi..Nasib baiklah kesan lenguh tu tak bawa sampai ke hari ini tapi semalam agak penat jugalah memandangkan aku puasa pagi tu & balik pula kena uruskan anak-anak. Nasib baik en suami memahami so malam tadi kami makan malam di kedai sahaja:P

Suntikan kancing gigi

Jika ini adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi. Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.

Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi.


Semalam dapat result hasil ambil darah bulan lepas, nampak gaya bacaan hemoglobin aku cukup-cukup makan sajork so lepas ni kena lebihkan pengambilan bayam, kerang & makanan yang mengandungi zat besi (nak kena amalkan minum ekstrak jus delima setiap hari ni). Semoga dipermudahkan segalanya..Lepas ni, aku akan sambung check up dengan Dr. Siti di SALAM dah..Gerun juga nak buat scan untuk tahu paras air ketuban & keadaan baby. Doakan semoga aku & baby dalam perut ni baik-baik aje ya..Semoga baby keluar ikut masa & semoga aku kekal bertenaga sepanjang kehamilan ini:)

Pada yang ingin kekal bertenaga sepanjang hamil, bolehlah mengambil jus kurma & amalkan makan kurma untuk tenaga sepanjang hari. Nak-nak yang mengandungkan anak ke 3, ke 4 macam aku ni..Yang dalam perut aktif bergerak, hak kat luar ni toksah ceritalah..Kalau tak cukup tenaga, boleh pengsan!!


Imam muda Ashraf yang makin hari makin aktif & ligat. Ada je benda yang dia buat..Tengah pening memikirkan macamana nak jaga dia dalam pantang nanti..Boleh ke terima kehadiran adik baru? Errr ada sesiapa nak ambil pinjam jaga tak?? Hehehe gurau je..

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Sabtu, 18 Jun 2011

Pentingnya Insuran~Jom Join Prudential Family

Mengimbas kembali bulan 5 tahun lepas anak Zaila yang sulung tu kena serangan athma. Maklumlah masa tu kami baru berpindah masuk ke rumah kami sendiri & masa tu dia banyak terdedah dengan habuk-habuk yang ada masa kitorang tengah pindah barang. Sebelum ni pun dia dah kena batuk-batuk & lelah, masa tu Zaila hantar Haziq check up di SMC & kebetulan masa tu en suami ada di Turmenistan so pada mulanya memang Haziq kena tahan kat wad dah tapi memandangkan masa tu keadaan agak susah sedikit bagi Zaila, Zaila tak bawa Haziq ke SMC untuk mendapatkan rawatan. Bila en suami pulang, Haziq lelah lagi..Masa nilah kami bawa Haziq ke SMC untuk mendapatkan rawatan balik tapi malangnya wad penuh!!

Malam tu juga kami merayau ke hospital lain. Kebetulan juga masa tu kereta kami rosak & tak boleh pergi jauh so nak tak nak the nearest hospital adalah SALAM. Kami terjah juga walaupun hospital tu bukan panel hospital untuk Prudential. Memang Haziq kena tahan malam tu juga. Disebabkan hospital ni bukan panel Prudential, so kami kena bayar deposit dalam RM1k malam tu juga. Seb baiklah ada CC en suami *haa time nilah pentingnya ada CC* & malam tu juga kami berkampung kat SALAM. Sepanjang 4 hari 3 malam kat situ, Haziq diberikan rawatan yang sepatutnya~kena habiskan cycle antibiotik, pastu amik oksigen setiap 2 jam, ada rawatan sedut kahak setiap pagi. Memang penatlah bila anak sakit ni tapi takpelah, sekurang-kurangnya Haziq mendapat bantuan yang sepatutnya.

Ok dipendekkan cerita, sepanjang berada di SALAM tu kami dikenakan cas sebanyak RM5k. Untuk pengetahuan, kompeni kami bekerja ni takde cover pun untuk medical anak-anak. Semuanya sdn bhd sahaja. Tapi kami berani bawa Haziq ke hospital swasta disebabkan kami ada mengambil insuran untuk Haziq. Tak lain tak bukan Prudential-BSN yang jadi pilihan kami. Yang ni pakej dengan tabung pendidikan sekali & akan cover medical anak-anak sekiranya mereka dimasukkan ke dalam wad selama lebih dari 24 jam (rasanya lah). Kalaulah Haziq takde insuran ni, rasanya kami takde berani pon nak hantar dia ke sini untuk dapatkan rawatan. Baik ke hospital kerajaan sahaja..

Tapi yang bestnya, lepas je kami bayar semua bil perubatan Haziq tu, kami berjumpa dengan ejen insuran yang kenalkan kami dengan Prudential-BSN ni. Alhamdulillah, semua kos dia cover (bayar balik) termasuklah bil-bil sebulan sebelum & selepas Haziq dimasukkan ke wad. So maknanya masa Haziq dapatkan rawatan di SMC dulu pon dibayar juga & kami bersyukur sangat-sangat yang ejen insuran kami ni memang tak lepas tangan. Sentiasa keep in touch dengan kami & memberikan info tentang status claim kami.

What i want to tell here is the importance of insurance in our life. Tambah-tambah untuk anak-anak kita yang memang sentiasa terdedah dengan bahaya persekitaran semasa tempoh tumbesaran mereka. Kalau mereka sihat membesar macam juara Alhamdulillah, tapi cuba kalau diorang selalu jatuh sakit..Camno?? Sudah pasti kita juga akan terlibat sama kan? Zaila akui memang penat bila menjaga anak-anak sakit di hospital ni. Sudahlah terpaksa cuti secara mengejut, nak pula kena tinggalkan rumah & duduk bersama dengan anak yang sakit di hospital selama beberapa hari. Boleh naik gila tau duduk aje terperap dalam bilik tu!!

So ada baiknya kita lindungi diri kita & anak-anak dengan insuran. Kalau ada anak ramai sekalipun, ambillah minimum plan yang ada sebab andai itu sahaja yang kita mampu bayar bulan-bulan kan. Kalau boleh ambil sekali yang tabungan untuk pendidikan mereka. Bila umur diorang genap 18 tahun, dah boleh cash outkan duit untuk menampung perbelanjaan masuk U. Tak payah nak meminjam dengan PTPTIPU lagi;P

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah isikan nama & alamat email di sini untuk sama-sama mendaftar menjadi ahli Prudential. Sekarang ni ada pertandingan Prudential Family & Friend Tree-rific contest dimana hadiah sebanyak RM15k boleh menjadi milik korang. Caranya senang aje, ajaklah kawan-kawan atau anak beranak korang masuk under nama korang. Mudah kan?? Boleh klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!!

Contest end 30hb ni so cepat-cepat grow your own tree sekarang!!!

Rabu, 8 Jun 2011

Beza Check Up Anak di Swasta & Kerajaan

Bila baca entry Lily yang berjaya membawa Zara & Zareef check up di Klinik kerajaan, rasa terpanggil pula untuk bercerita tentang Ashraf. Kali ni kami decide untuk check up di swasta aje memandangkan mama & papa Ashraf ni dah malas nak menunggu sampai separuh hari di klinik kerajaan tu. maklumlah, mama & papa kan orang penting kat office;D

Eh, bukan tak suka check up di klinik desa tu. Haziq & Husna dulu semua check up kat sana. Masa Haziq, biaserlah dua-dua pergi *maklumlah anak first kan*, bila Husna pula en suami just drop by Zaila di klinik & datang ambil bila semua dah siap. Tapi kali ni, bawa Ashraf check up di klinik Dr. Nora (yang Zaila selalu sebut dalam blog ni) aje, selalunya pergi awal-awal & dalam sejam dah siap & boleh masuk office dah. Tak payah nak ambil cuti separuh hari & rasa bersalah (read takut-takut) untuk masuk office lepas tu;D

Antara Kelebihan check up di Klinik Desa / Poliklinik Kerajaan;-

- Of courselah percuma kan!! Ni yang paling best;)

- Pemeriksaan yang menyeluruh iaitu dari timbang, ukur lilit kepala, badan & akan ada sesi kaunseling tentang pentingnya susu ibu kepada baby. Kadang-kadang ada juga konsultasi tentang cara-cara merancang keluarga;)

- Boleh dapat ramai kawan & saling bertukar cerita / petua tentang karenah anak-anak

Antara Keburukan check up di Klinik Desa pula;-

- Of courselah masa yang diambil terlalu lama..Kadang-kadang boleh ambil sampai separuh hari juga. Pada mereka yang tak bekerja bolehlah kan nak tunggu lelama kat situ api bagi mereka yang bekerja..Haruss ambil cuti separuh hari..Huhuhuhu


- Kadang-kadang tu "terkena" dengan nurse yang garang. Huhuhuhu..kan tak best, tambah pula bagi ibu yang baru ada anak, of courselah masih tak reti sangat tentang peraturan kat situ, apa yang perlu dibuat dulu & apa yang seterusnya. Tapi bukan semua nurse klinik desa garang ya..Hari-hari tertentu je kot;D



- Hanya nurse yang check up anak kita & bukannya doktor. Doktor datang pun hanya sekali sekala sahaja. Pendek kata bukan setiap bulan kita boleh berjumpa dengan doktor ya..



- Bila dah mengambil masa yang lama tu, kita kena persiapkan diri dengan makanan, susu, pampers & segala benda yang boleh mengelakkan baby kita meragam / bosan menunggu.



Haaa, agaknya itu ajelah kot kelebihan & keburukan check up di klinik gomen. Kalau check up di swasta pula of courselah sekejapan sahaja kan. Tapi bukan semua tempat juga, kalau doktor yang kita nak jumpa tu femes, haruslah menunggu lama juga kan. Selalunya lepas je bersalin di hospital swasta, baby kita akan diletakkan di bawah penjagaan paeds terus so tak yah nak susah-susah pening kepala lagi nak carikan doktor kanak-kanak. Dari baby umur sebulan sampailah ke 2 tahun anak kita akan berada di bawah pemantauan Dr tersebut. Tapi kalau tak nak sambung khidmat paed tu boleh je ambil imunisasi dekat klinik-klinik biasa. Yang penting, anak kita dapat semua imunisasi yang diperlukan;)



Tapi kalau check up kat swasta ni of courselah harga yang diambil kira kan. Ada setengah kompeni akan cover medical anak-anak (baguslah) tapi malangnya kompeni tempat kami cari makan ni tak cover;( Terpaksalah keluarkan belanja duit sendiri untuk bayar segala kos perubatan anak. Lagi satu, kalau swasta ni macam biasalah, diorang kan nak berniaga, mulalah promote imunisasi yang optional untuk diberikan kepada anak-anak. Maklumlah, zaman sekarang kan ada macam-macam penyakit *bikin hati mak bapak gundah gulana aja*. Selalunya sekali check up boleh cecah sampai ratusan ringgit. huhuhuhuh *kalau anak 10, pengsan!!*



Hermm, apa-apa pun bergantung pada korang juga nak p check up kat mana. Pertimbangkan faktor-faktor kewangan, masa & tempat juga supaya takderlah tension bila setiapkali nak bawa anak check up;)




ni buku monthly check up Ashraf dengan Dr Nazir kat SALAM



tapi bulan pertama aje check up ngan Dr Nazir then sambung dengan doktor biasa je

nilah optional vaksin tu..sekali cucuk bukan murah tau..menggeletarlah lutut nak membayarnya;D



Hermm..korang rasa optional vaksin ni perlu ke?? Ada sesiapa pernah ambil untuk anak masing-masing tak??

Khamis, 12 Mei 2011

Amirul Haziq Yang Kegatalan

Ini bukan Haziq yang gatal nak kahwin ya..ini Haziq yang gatal-gatal sejak lepas kena chicken pox haritu. Habis berparut satu badan & ditambah pula dia suka garu. Lagilah bertambah teruk keadaannya. Actually Haziq ni ada kulit sensitif, asal kena gigit nyamuk sket mulalah berparut. Agaknya budak yang ada athma history memang jenis yang mudah alergik. Nak-nak kalau dengan habuk, memang pantang ah!!




parut di kaki




yang ni pula parut bekas kena chicken pox; actually banyak lagi kat muka & badan



So kebetulan haritu masa pergi check up Ashraf di SALAM, kami bawa Haziq bersama juga sebab Haziq pun sememangnya ada record di hospital SALAM tu bila dia pernah ditahan di wad selama 4 hari 3 malam juga dek kerana athma. Tapi itu setahun yang lepas..sekejapan aje masa berlalu kan. So bertemulah balik dengan Dr Nazir yang pernah merawat dia dulu. Kalau dulu takut dengan doktor, tapi kali ni Alhamdulillah dah cukup berani & tak menangis bila doktor nak pegang atau check badan dia.






Dr. Nazir cakap yang kulit Haziq ni terlalu kering & that's whylah senang gatal so Dr. cadangkan beberapa produk untuk digunakan dalam penggunaan harian Haziq.



Ezerra ointment ni untuk disapu pada tempat yang gatal-gatal (kalau di farmasi harga RM29.90)

yang ni pula buat mandi tapi kami letak yang ni di nursery memandangkan most of the time dia kat sana tapi rasanya nak kena beli juga satu letak kat rumah ni




Lagi satu Dr. Nazir sarankan Ezerra lotion tapi masa tu stok sudah kehabisan so terpaksalah Zaila p cari di farmasi yang berdekatan dengan rumah. Semalam dah tanya & sudah habis stok juga tapi seb baiklah farmacist tu sanggup tolong orderkan & harganya dalam RM39.90 (kalau tak silap ah) & kena tunggu seminggu lagi baru boleh pergi collect dekat farmasi tu..






Sekarang pun Zaila sapu minyak Bio-oil sebab nak bagi hilang parut-parut yang ada di muka Haziq ni..Kami bercadang juga nak belikan supplement lain untuk Haziq tapi tak tahu apa yang sesuai. Sekarang ni hanya bagi Scott's emulsion & Intra sahaja..Ada sesiapa nak bagi cadangan tak??






Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^