sekarang ni penat sangat-sangat bila balik dari kerja..ada sekali tu aku balik dari site visit pastu kebetulan haritu en suami pula dah terbang ke Labuan outstation & petang tu jugak aku migrain. Nak tak nak memang kena hadapi juga kan. Lepas ambil anak-anak terus balik rumah & mandi..Pastu aku cakap kat anak-anak aku nak tidur sekejap, tapi faham-fahamlah budak, bukannya dia reti pon mama dia sakit kepala, hak diorang tahu hanyalah minta susu, tengok TV, melompat, kacau adik & bergaduh berebut mainan!!
Kesudahannya malam tu aku ajak masuk tidur awal. Dalam pukul 9 dah masuk bilik, memang aku kesian kat diorang tapi dah nak wat camne, kepala ni dah tak tahan sangat-sangat. Berdenyut-denyut sampai tunduk pon rasa macam bagai nak pecah kepala ni. Kalau makin lama dibiarkan budak-budak ni, makin migrain aku dibuatnya maka makin macam mak rimaulah aku melayan diorang ni..Kang ada jugak yang report aku ni dera anak-anak sendiri karang;P
Dek kerana tak tahan sangat sakit kepala ni, aku nangis atas katil. Memang tak boleh nak tahan dah..Kalau en suami ada, boleh juga suruh dia tengok-tengokkan anak-anak, tapi dah nak wat macamana dia ada keje di Labuan sana so nak tak nak aku kena kuatkan semangat jaga kanak-kanak riang ni juga kan. Bila Haziq & Husna nampak aku nanges, masing-masing datang peluk aku. Si Haziq siap datang tepuk-tepuk belakang aku cakap "dah, dah..esok mama takyah teje k"..Tersentuh aku dengan keprihatinan Haziq..Macam tahu-tahu je yang mama dia stress bila balik dari kerja..Hehehe
Seb baiklah malam tu diorang behave & tidur awal..Aku pon bolehlah rehatkan badan & otak sket..Pagi esoknya bangun pun rasa cergas aje & dapatlah kerja macam biasa.
Eh, apa sebenarnya motip aku nak cerita eh??
2 ulasan:
cian zaila..mmg pun..dulu time i keje camtu le i stress..budak2 bukan paham keadaan kita kan :( tapi dah amanah kita jaga dorang...
try ni..klu dah tlalu migraine..try rendam kaki dgn air panas or air sejuk..letak sdikit garam..garam bukit lagi bagus...insyaallah lega!!
tekanan harus diluahkan baru lega :)
macam mana nanti erk bila anak dah ramai.x leh nak bayang..
Catat Ulasan