Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 10 Jun 2011

Tsunami~Apa Perlu Dilakukan??



Semalam (09/06/2011) Zaila ke Jabatan Meteorologi Malaysia yang terletak kat PJ tu (silalah google sendiri) untuk dapatkan data taburan hujan. Ini semua untuk kegunaan kerja memandangkan kompeni tempat Zaila keje ni ada buat projek kat Labuan & kena extend projek disebabkan selalu hujan so kenalah lampirkan alasan hujan sebagai faktor kelewatan kan.


Untuk setiap data taburan hujan ni rupanya kena bayar. Kami ambil secara hourly dikenakan bayaran RM20 untuk sehari, tapi yang bagusnya diorang ni charge untuk 6 hari sahaja maksimum so kalau sebulan tu, kenalah bayar dalam RM120. Ada ke sesiapa yang baca blog Zaila ni keje kat sana??Rugi tak terserempak dengan Zaila tau;D *perasan blogger fofularlah tu*


Oklah, haritu sajelah ambil brochures tentang bencana alam ni seperti siklon tropika, tsunami, gempa bumi, garis badai & jerebu. So bolehlah dijadikan modal dikongsikan di sini sebagai pengetahuan kan. Mana tahu, kot-kot kita terperangkap di dalam situasi tersebut kan..So hari ni nak share apa yang perlu kita buat bila berlakunya Tsunami;-


PENGESANAN SEMULAJADI

RASA : Rasa gegaran yang kuat

LIHAT : Apabila tsunami menghampiri pantai, air laut mungkin surut sehingga menampakkan dasar laut, batu karang & ikan so kalau lihat air laut tu surut secara mendadak, baiklah cepat-cepat melarikan diri ke tempat yang selamat

DENGAR : Keadaan laut yang luar biasa seperti dinding air yang bergerak sambil mengeluarkan bunyi deruman bagai keretapi atau kapal terbang

LARI : Segera tinggalkan pantai, jangan tunggu untuk dipindahkan secara rasmi & berpindah ke kawasan tinggi


LANGKAH KESELAMATAN

- Tidak semua gempa bumi menghasilkan tsunami. Jika gempa bumi berlaku, bersedia akan maklumat amaran awal tsunami

- Gempa bumi yang berlaku adalah amaran semulajadi bakal berlakunya tsunami. Jangan berada di kawasan pantai selepas gempa bumi berlaku

- Tsunami kadangkala bermula dengan air surut secara mendadak. Bunyi deruman menandakan ombak tsunami sedang mara ke pantai. Ini juga adalah amaran semulajadi untuk tsunami

- Tsunami merupakan siri gelombang air yang sampai ke pantai dalam tempoh beberapa jam. Gelombang pertama berkemungkinan bukan ombak yang paling besar. Jangan menghampiri pantai sehingga keadaan selamat diberitahu oleh pihak berkuasa

- Jangan membuat andaian bahawa tsunami kecil tidak mendatangkan bahaya. Walaupun kecil ia boleh memberi impak yang besar

- Semua amaran tsunami yang dikeluarkan perlu dipandang serius orang awam. Contohnya kejadian tsunami yang berlaku pada Mei 1960 di Hilo, Hawai yang telah mengorbankan 61 orang adalah akibat tidak mengendahkan amaran yang telah dikeluarkan

- Semua tsunami berpotensi menjadi bahaya, walaupun ia tidak memusnahkan setiap pesisiran pantai yang dilandanya

- Jangan sesekali pergi ke pesisiran pantai untuk melihat tsunami. Apabila ombak dapat dilihat, bermakna ombak terlalu hampir dan anda tidak sempat untuk melarikan diri

- Jika anda tinggal berdekatan dengan pantai yang berisiko, sentiasa bersedia dan peka terhadap tanda-tanda semulajadi tsunami

- Semasa tsunami, pihak keselamatan tempatan , polis dan badan sukarela akan cuba menyelamatkan nyawa kita. Berilah kerjasama sepenuhnya kepada mereka


Oklah, itu sahaja yang boleh dikongsikan sebab dah lenguh tangan nak menaip sambil dodoi Ashraf. Moga sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu tentang tsunami ni;)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^