Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 20 Julai 2011

Perihal Pacifier, Elok Ke Untuk Baby??



pic : google


Kalau sesiapa tak tahu gambar kat atas tu adalah gambar pacifier atau dalam bahasa aku, aku panggil "puting", kalau Husna pula dia panggil "guting"..Hahaha..Masih tak dapat bezakan antara P dengan G =___=


Mesti ada sesetengah parent yang bagi anak-anak diorang hisap benda alah ni kan?? *akulah tu* & ada juga yang merasakan tak perlu untuk anak-anak mereka. Well, it depends pada situasi ok..Macam anak-anak aku ni, even after neneng pun still mulut nak nyut nyut kan..so the easiest way nak bagi diorang tidur dengan nyenyak adalah dengan bagi pacifier ni.


Al kisahnya dulu sebelum aku bekerja, i'm a fully housewife youuuu..Duduk rumah belek anak je kejenya *ok aku tipu* takderlah dok belek anak je, kenalah buat kerja rumah juga kan, aku suka masak untuk en suami, basuh baju, sidai baju, basuh toilet, bla, bla, bla, & confirmlah susah nak buat keje kalau anak asyik nak melekat dengan aku aje kan?? So aku bagi Haziq hisap pacifier ni everytime dia nak tidur, barulah nyenyak sket tidurnya..Ameera pun sama, kaki hisap puting juga; ada satu masa tu pacifier dia hilang, punyalah mengamuk si Ameera tu..Rasa macam nak pecah kepala otak je mencari kat mana benda alah tu;P


Si adik Ashraf pun sama, kaki mengenyut juga. Tapi takderlah kuat sangat. Kadang-kadang bila aku bagi boleh dia buang balik, tengok masa & tempat jugalah..Kadang dia nak, kadang dia tak nak..Tapi yang pasti dia suka yang getahnya bentuk bulat & pendek. Haritu burn duit aku beli hak jenama Avent 2 pcs RM30++ sebab Ashraf tak suka hisap..Ada lagi dalam kabinet dapur tu, tunggu dia besar sikitlah cuba bagi lagi *itupun kalau dia nak*


Aku nak cerita kat sini pengalaman anak-anak aku si penghisap pacifier ni. Dulu-dulu risau juga kan sebab ada orang cakap nanti gigi anak akan tumbuh jonganglah, macam-macamlah kan..Tapi dah nak wat camne, diorang ni dah macam addicted aje..Sampailah Haziq umur setahun, kami rasa dia dah tak patut hisap pacifier lagi so kebetulan masa balik kampung raya puasa aku cuba untuk tidak bagi pacifier dekat Haziq..Alhamdulillah ok, nampak dia rilek je cuma aku perasan dia ada hisap ibu jari dia. Masa tu pula kebetulan dia tengah nak dapat kaki untuk berjalan so kami just anggap itu hanyalah cara Haziq untuk balancekan diri *entah macamana ntah aku boleh relatekan antara ibu jari dengan otot kaki* so kami just buat biasa jerlah kan..


Sampailah sekarang ni, Haziq memang dah lekat tabiat hisap jari, sampai naik bonggol hitam dah ibu jari tangan kiri dia tu. Dah bermacam-macam cara dah aku buat macam balut ibu jari dia dengan saletape putih masa dia tidur, letak sirap ros konon-konon darah, marah tiap kali dia hisap jari & macam-macam lagilah!! Time kami nampak, kami tegur tapi kalau tak nampak..ibu jari dalam mulut jelah; tengok TV (tengok gambar entri ni), nak tidur, baca buku, mandi, makan, bla, bla, bla..Pendek kata naik geram bila tengok dia hisap jari!! Berbeza dengan HUsna yang dah lepas pacifier & takde pun nak hisap jari segala..


So korang ada cadangan tak apa langkah-langkah pencegahan yang boleh aku buat?? Anak-anak buah aku (anak sulung abang kandung aku & abang no.2) pun hisap jari macam Haziq juga, tapi sekarang ni masing-masing duk sambung belajar di MRSM & sekolah berasrama penuh. Bukan nak kata hisap jari ni tak elok untuk kesihatan, tapi tak naklah nanti bila dia dah besar dia tanya kenapa tangannya yang berparut tu?? Karang Haziq cakap aku tak pandai jaga dia pula;P


3 ulasan:

Ami berkata...

muhriz pon suke mengempeng.tapi sebab mama dok rumah je,boleh la die nak melekat je.kuat semangat betul abg haziq nie,mama try macam2 pon tak lepas jugok jari die ye?

littlehumblelynn berkata...

anak2 kita dua2 kita bagi puting-kak ain dulu 1 1/2 dah buang puting..skrg si auni nak 2 tahun pun belum buang lagi..

tgh psycho lagi nih :(

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

aku memang dah try bagi puting kat anak aku ms dia baby, dia reject ajer :p so tadak masalah puting la kiranya..selamat :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^