Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 23 Julai 2011

Perkembangan Amirul Haziq di Genius Aulad

Agak lama dah tak update dengan perkembangan Haziq di sekolahnya. Kebetulan masa report card haritu aku kena attend kursus di Kelab Golf Kota Permai so tak dapatlah nak ke sekolah jumpa cikgu Haziq soal siasat tanya akan perkembangan Haziq di sekolah kan..Aku suruh en suami aje yang pergi & faham-faham jelah orang laki, bukannya nak tanya banyak..main angguk-angguk..then siap!! Orang suh tangkap gambar anak pun dia lupa T____T *pasal dia bukannya blogger macam bini dia ni*

Oklah, teacher Haziq cakap yang Haziq masih lagi kurang yakin dengan kemampuannya sendiri. Kalau suruh baca tu, suaranya macam tak nak keluar aje..Hehehe..Haisy, aku ngaku yang anak jantan aku ni pemalu sket & tapi depan orang luar je dia takde mulut, depan aku elok je berleter kalau keinginan dia aku tak turuti;P*ikut perangai sapalah tu*

Tapi Alhamdulillah juga eventho dia ni jenis tak berkeyakinan tapi pelajaran dia ok..Maksud aku takdelah teruk sangat & takderlah terlalu pandai sangat..Biasa-biasa aje..
Setakat haritu Haziq dah boleh hafal al fatihah, surah-surah pendek macam surah 3 Qul & niat solat kecuali solat subuh dia masih tak ingat lagi..Hehehee, nampak sangat mama tak kejut solat subuh ya;P

Dari segi pembelajaran Iqra' pun Haziq dah habis baca baris atas, herm..aku pun dah lama tak suruh dia baca, selalunya lepas solat Maghrib aku akan panggil Haziq baca depan aku tapi sekarang sejak ada sikecil Ashraf tu, asal balik rumah je melalak nak tidur..Huhuhu..Kesian abang Haziq macam diabaikan pula..Hehehehe

Lepas tu reading Haziq pun dah improved, Alhamdulillah dah masuk buku 3 dah pun. Haritu masa en suami g jumpa teacher, teacher cakap ada 2 orang je budak yang dah baca buku 3 dalam kelas Haziq & semuanya girls belaka and now, i'm a proud mama dah bila Haziq dah khatam buku 2 dengan jayanya..Tapi takderlah aku nak kasi hadiah, duit dah banyak labur kat sekolah dia dah pun..huhuhu

inilah buku reading untuk budak 5 tahun. Buku 1 (Fun at Home), Buku 2 (I Like to Play) & Buku 3 (Look at Me)..Kalau aku rajin ajar dia malam-malam konpem cepat aje boleh habis buku 3 tu tapi nak wat camne, mama dia kan pemalas sibuk;P

Haziq ni ikut mood dia jugak, kalau datang time rajin bolehlah aku suruh baca sampai habis, kalau tak..dia suh aku bacakan..Takpun kalau dia salah baca aku tegur, cukup pantang sekali..walaupun apa yang aku tegur tu betul tapi dia tak nak dengar..dia nak dengar cakap Teacher Lily dia je..huhuhuuu

Haziq baba-bab menulis pun dah boleh cuma haritu masa dia buat homework aku tengok dia macam ada konpius sket..Kalau counting tu dah boleh kira dari 1 sampai 100 dah (in englishlah kan) tapi kalau bab menulis, kalau dia kira 16 dia p bantai tulis 61..huhuhu..dia konpius ngan jawi agaknya;P Tapi tulah, aku tegur cakap elok-elok kat dia sebab tak nak dia merajuk & tak nak buat kerja rumah..Susah betul nak layan angin dia ni..

Tahun depan Haziq dah 6 tahun, sekejapnya masa berlalu..then masuk sekolah darjah satu..then Husna pula yang sambung sekolah kat sini..Pendek kata, tak berhentilah..lepas Husna, Ashraf..lepas Ashraf?? jeng jeng jeng..Apa-apa pun aku bersyukur sebab dapat bagi pendidikan yang aku kira terbaik dah buat mereka. Al maklumlah, aku ngan en suami memang sibuk bekerja & waktu kami dengan anak-anak memang terhad sangat..So kalau nak harapkan aku yang ajar anak-anak membaca, menulis & mengira..huhuhu sangatlah tak sempat ok!! Lainlah kalau aku tak kerja kan..Tapi aku fikir, kalau aku tak kerja pun aku tak mampu sebab susah sangat nak ajak diorang membaca..last-last end up aku yang marah diorang pasal tak nak dengar cakap..Hahaha

Lagi satu sekolah Haziq ni memang banyak buat aktiviti..Tapi tak semua melibatkan ibubapa..Ada trip lawatan ke masjid, a day with rubber tapper, Ramadhan charity walklah..Macam-macamlah..yang pasti tiap aktiviti ada dikenakan yuran T___T
Apa-apa pun seronok bila tengok anak kita happy so pejam mata jelah bila tengok duit mengalir macam air..

Harapan aku hanya satu sahaja, moga Amirul Haziq dapat menjadi anak yang soleh & berjaya di dunia mahupun akhirat..Amin..

2 ulasan:

Mag berkata...

macam menarik jer genius aulad ni..update la selalu aktiviti dia kak ila, farah sebenarnya dok pikir nak antar maryam kat smart reade ke GA ni. (padeha lambak lagi. hahaha)

Zaila Mohamad berkata...

mrs.spicy,

buleh..tapi jange ore kato akak fanatik nga GA sudahler..hehehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^