Setakat ni, dari 15 hari puasa..hanya 4 hari je aku ke Pasar Ramadhan & selebihnya aku lebih suka masak sendiri juadah berbuka. Walaupun ringkas tapi cukuplah untuk mengalas perut kami ni. Setiap hari sampai di rumah lebih kurang pukul 6.30 terus cepat-cepat masuk dapur bersilat di dapur sekadar masak nasi, goreng ikan & buat sayur air..Bolehlah tu, dari membazir duit di Param;P
Tahun ni aku tak boleh ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Tahun lepas sebab aku mengandung *letih yang amat* & tahun ni susah nak tinggalkan budak kecil cinonet Ashraf bebab tu pula. Kalau ada orang yang sudi jagakan, bertuahnya aku dapat menambah "pahala" dengan menunaikan solat terawih di surau;) Herm, bukan tak boleh buat kat rumah tapi faham-faham jelah..godaan terlalu banyak ah bulan pose ni:P
Masih bersisa 15 hari lagi sebelum Syawal menjengah tiba. Ruginya kalau aku masih di takuk lama..Harapan aku semoga lepas ni aku akan lebih rajin melakukan ibadah sunah yang berganda-ganda ganjarannya. Alhamdulillah, setakat ni pun masih sedar lagi untuk bersahur, walaupun kadang-kadang terjaga hampir waktu imsak tapi sempatlah makan roti & minum air masak;) Tapi nampak gaya niat nak kurus di bulan puasa ni macam berkubur aje;P
Oklah, saje nak tayang menu iftar aku weekend yang lepas. Korang berbuka dengan apa?? Masak ke beli semuanya??


Selamat meningkatkan "markah" pahala puasa kawan-kawan;)
2 ulasan:
Zaila...dek krn baca status u, u nak buat ayam penyet..trus suruh husband i booking nasi ayam penyet ria kat summit tuk buka posa semlm..yum yum yum
ZAI, SEPANJANG POSE, AKU BARU SMALAM G BAZAR..HEHE, SERONOK PULAK SEBAB BARU 1ST TIME KAN ;P
Catat Ulasan