Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 14 Ogos 2011

Projek Buat Biskut Raya Dengan Anak-Anak

Weekend yang lepas aku buat projek biskut raya dengan anak-anak. Alah, buat yang senang je pun; cornflakes madu!!

Haziq of courselah orang yang paling eksaited nak buat biskut raya. Sejak lepas berbuka lagi duduk tanya aku bila nak buat biskut raya mama?? So lepas aje solat maghrib, aku mulakan misi buat biskut raya berpandukan resepi cari di internet. Haziq & Husna memang rajin tolong aku, pendek kata aku suruh je diorang yang buat. Masing-masing berebut nak tolong aku!!

Haziq tolong susunkan cawan kertas atas tray, habis bersepah kalau diorang buat kerja;P

nilah hasilnya, memang comot & tengok pon dah tahu selera budak-budak; penuh ngan colourful rice yang manis tu;P



Mama tolong bakar dalam oven & lepas sejuk, diorang yang masukkan dalam balang..Yang ni Haziq cakap stok makanan diorang untuk bulan puasa ni;) Kalau untuk raya mama cakap nampak gaya kena beli sebab mama takde talent buat buat biskut raya;P

2 ulasan:

FaRah Baharom berkata...

wahaha bestnye dh start buat kuih raya..:)

Iela Fazielah berkata...

wah2... rajinnyer buat kuih raya..kira ok la..biskut confleks madu... sedapnyer!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^