Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 11 Ogos 2011

Emas Oh Emas

Sebut aje emas, mesti kepala korang terbayang kilauan kuning bersinar-sinar kan?? Salah satu benda yang kaum Hawa dok gila-gilakan untuk memilikinya..Baik yang ringan mahupon berat, yang jongkong mahupon yang berukir, yang besar mahupon kecik, yang kosong mahupon berlian..Aaaaahhhhh, heaven tau kalau boleh masuk kedai emas;)

Kalau nak tahu, emas ni aku rasa merupakan salah satu bentuk pelaburan juga. Eh aku bukan nak jual emas cuma saje nak merapu bercerita tentang emas. Orang perempuan ni, kalaupun tak suka emas, aku rasa mesti akan ada satu juga benda yang beremas kan?? cincin masa kahwin emas, rantai hantaran emas, jam emas, gigi emas *eh* Pendek kata mesti akan ada juga emas dikaitkan dengan orang perempuan;)

Aku ni orang Kelantan lagilah suka emas..Sejak kecil lagi memang dah diajar oleh mak aku untuk berhias dengan emas. Mak aku tak kerja tapi Alhamdulillah, mampu juga belikan rantai emas yang loketnya bentuk bujur tu (bunga tanjung ke namanya??) tapi sayang ah, rantai tu dah kena songlap ngan pencuri masa aku kecil lagi (Ayah selalu bercerita tentang ni, dulu rumah panas buka tingkap so orang jahat masuk ikut tingkap geledah almari). Lepas tu mak ganti juga rantai yang hilang tu dengan rantai yang lain, pastu mak belikan cincin untuk aku (sampai sekarang aku masih simpan walau dah ketat, nanti boleh pass kat Husna apa). Pendek kata, kalau aku sebut nak barang kemas, mak akan usahakan untuk beli tapi kalau aku cakap nak baju baru, mak kata pakailah dulu hok mana ada;P

Sekarang ni bila dah kerja, dah ada laki malulah pula nak "pau"mak aku kan..So kenalah "pau" laki pula..Tapi biaserlah, bukan selalu en suami ada duit lebih ni..Maklumlah sejak ada rumah sendiri, anak ramai, duit ni macam laju je mengalir..tapi takpelah..Bukan satu keperluan pon untuk pakai barang kemas, kalau ada Alhamdulillah..kalau takde pakai Zhullian duduk diam-diam gigit jarik;P Tapi kan, kat bandar ni bahaya juga kalau pakai barang kemas menonjol sangat sebab ramainya orang jahat berkeliaran sana-sini. Kakak ipar aku pernah kena kejar ngan penyamun & habis rantai tangan kena songlap tapi alhamdulillah kakak ipar aku takde apa-apa cuma fobia je..Minta dijauhkan Allah benda-benda yang buruk macam ni kan..

Malam tadi tengok berita kat TV3 pun bercerita tentang emas juga. Agaknya time orang dapat bonus & nak raya ni of courselah emas akan menjadi salah satu topik yang menarik kan?? Sekarang ni ada pula pelaburan jenis jongkong emas, lagilah cukup bagus bagi mereka yang tidak gemar memakai barang kemas kan. Pendek kata, aku rasa orang pompuan ni memang tak dapat dipisahkan dari emas. Pada sesiapa yang tak suka beremas-emas tu, janganlah weh..rugi tau!!


Tapi tahukah korang yang;-


Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan. Sumber dari sini.


Tapi dalam sukakan emas tu, zakat emas jangan dilupa. Boleh masuk sini untuk kiraan nilai zakat yang harus dibayar setiap tahun. Moga harta yang kita miliki tu adalah harta yang berkat & penyelamat kita dunia akhirat nanti..Insya Allah..


Oklah..korang ada plan nak beli emas tak??












2 ulasan:

KV berkata...

kat cimb semalam 173/gm. Kat poh kong 197/gm. Kedai biasa akak tk sempat nk call lg. Adei, semput nafas dibuat nya

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

lyn antara org yg bukan suka sgt barang kemas mungkin sbb mak pun x berapa suka..ada xde pakai yg hubby hadiahkan masa kawin..gelang seurat..rantai seurat..cincin 2 bentuk.itupun dok pakai gelang dgn cincin aje..jangan xde kata org..

nama nak membeli mmg xde..

tp baru2 ni bila anak lyn -ain nak rantai..nak subang..so lyn belikan jugak..agaknya dia tgk kwn2 dia pakai kat sekolah..

but its good to invest on gold sbb mmg emas jarang sgt2 turun harga..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^