Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 24 Ogos 2011

Jam Raya

Minggu lepas, sape-sape kawan aku dalam facebook mesti dah menyampah tahu yang aku dok meroyan nak beli jam raya. Gatal juga nak cakap jam raya sebab nak beli time raya kan..Sudahler pakai duit bonus raya kan..So ingat macam nak rewardkan diri sendiri *ayat standard orang pompuan kalau nak beli barang* dengan membeli jam..Aku dah lama tak pakai jam memandangkan jam lama dah habis bateri..Sedih tauuu..Dahler jam tu hadiah hantaran aku dulu..Tapi takpelah, aku rasa dah tiba masanya untuk beli jam lain sebagai pengganti;P

Hari Sabtu lepas sempat survey sekali lalu je kat Jusco Bukit Tinggi..Tapi tak beli pon sebab dok kalut cari baju raya anak-anak. Lagipon penasihat kewangan aku tak ikut so taklehlah kan, karang tak fefasal kena marah kalau salah beli yang mahal!!

Aku kalau nak beli sesuatu tu of courselah budget paling aku utamakan. Tak naklah beli yang mahal sampai ribu-ribu sebab tak mampu pon banyak lagi benda yang aku boleh buat dengan duit tu so cari yang sedang-sedang sajaaaa (antara RM200~RM400 kot). Tapi aku ni tak tahulah taste aku ni suka sangat kalau yang ada berlian bling-bling..pastu jam tu besar..Sampaikan adik ipar aku cakap, "taste orang kaya" eh bukan taste orang kaya lah, itu taste orang perasan kaya..hahahahaa;P

Tapi nak buat macamana kan..dah minat masing-masing..Jom cuci mata dengan gambar jam-jam yang aku ambil dari blog ini;- tapi jangan tengok jenama ya..aku bukan nak beli yang ni pon, just sebagai contoh *tapi kalau dapat, apa salahnya kan*



jenis empat segi : aku suka, nampak simple tapi aku suka sebab jam ni besar


yang ni macam gelang emas, aku suka tapi kalau tertanggal berlian kat dalam tu *nanges*
pink kaler, bunga ros : tak suka..teeeeetttttttt *cross list*


yang ni pun chain bracelet : pon tak suka..teeeeettttttttttt


jam dulu bentuk bujur macam nilah so kalau boleh tak nak bujur-bujur ni



ni mak suka : haritu aku masuk butik Guess kat Jusco Bukit Tinggi tulah, berkenan 1 jam GC macam nilah cuma tali dia kaler putih, tanyalah SA tu harga berapa, dia cakap "RM490" ada less 20%, so aku suruhlah amik nak try kan, sekali aku try kat tangan tengok price tag "RM4900" rasa nak hempuk je SA tu, tak reti ke 0 di akhir no. adalah berguna untuk membezakan sa, puluh, ratus dengan ribu..kalau mahal macam tu, baik aku beli emas saje *ni kata-kata dari orang tak berduit*

updated : ramai orang cakap jam hak aku cakap ni mahal, actually dia bukan koleksi jam Guess yang biasa tapi Guess Collection atau kata ringkas dia GC..diorang cakap pakai material yang lagi berkualiti macam batu swavzeki (susah nak eja) & bla, bla, bla..


bulat, besar & kaler emass : pun mak soka!!



yang ni tali leather kaler putih match ngan kaler gold *mata emas sungguh haku ni*



kalau tali jenis kain macam ni reject awal-awal;P




Aku tengok banyak juga koleksi cantik-cantik dari butik PrincessVictoria ni, tapi kan..kalau koranglah, mana baik beli online ke beli kat butik tu sendiri?? Bukan apa, kalau kita beli online, ada warranty ke yang kalau rosak kita boleh hantar butik asal untuk baiki?? Herm, sape-sape yang ada pengalaman beli online, cer citer gak sket;P




puas hati ke tak beli online??

3 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

jam guess tu 4900?..kompius jap aku..silap kot zaila..aku suka jam yg first tu..simple jerk..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

jam mcm better beli kt kedai..leh test kt tgn...;)

Lynn Abd Latib berkata...

mahal giler rm4900---jarang rasanya jam Guess semahal itu..

last april lohkong dah hadiah jam Guess masa tuh 50% ok..x tipu ..giler untung that time..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^