Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 23 Ogos 2011

List Balik Raya

Waaah!! Sekejapan je masa berlalu..Tanpa ku sedari esok lusa dah nak balik beraya..Korang balik mana?? Aku macam biasalah, of courselah ke Kelantan. Nasib baik kami laki bini sekapal so takderlah acara masam-masam muka muncung-muncung mulut time nak balik raya kan;P
Kalau korang yang lain-lain negeri tu kenalah banyakkan bertolak ansur & jangan asyik nak menang aje kan..Heehehehe..Kalau boleh gilir, gilirlah..kalau tak boleh, pastikan cari jalan penyelesaian yang terbaik k!!



Kalau tak silap aku, tahun ni turn beraya kat rumah aku..Seronoknyaaa *walaupun rumah mertua lagi best sebab ramai orang nak tolong pegang Ashraf* Bagi aku, dua-dua rumah pun best cuma kalau rumah aku tu suramlah sket sebab tak ramai orang kan..Kalau rumah mertua, konpem hari-hari macam mahu kenduri;)



Ok, abaikan pasal tu..Ni saja nak buat list untuk balik raya nanti..Manerlah tahu kan..boleh korang jadikan sebagai panduan juga;)

1) Baju raya laki bini - aku sepasang kurung moden & abaya, en suami baju melayu dia nak cari kat kg nanti *jenuhlah nak mencari*

2) Baju raya anak-anak - sedar tak sedar aku dah terbeli sampai 5 pasang dah baju raya untuk anak-anak aku..dah nak buat cemana, comel bangat..tengok hak tu berkenan, hak ni kenan..tapi baju-baju ni boleh buat pakai bila pergi berjalan nanti *ayat cover*

3) tudung raya, kerongsang & butang baju melayu - tudung aku xbeli lagi, pakai je mana ada (kot), kerongsang & butang baju melayu en suami dah beli siap2 masa kat Labuan hari tu;)

4) baju basahan sefamili - jenuhlah..hak ni aku memang failed tang nak mengira baju tidur, baju siang, selalunya aku bawak balik penuh sebeg, sampai kadang-kadang tak pakai pun, tapi takpelah..raya2 ni konpem mesin basuh fully occupied kan, so dari mengambil risiko anak telanjang, baik hangkut semua!!

5) pampers anak, susu anak, ubat anak, vitamin anak - yang ni memang wajib kn bawak baliklah..penuh 1 bonet kereta dengan barangan diorang aje..huhuhu *bilalah boleh tukar keta besar ni*

6) kuih raya & kerepek raya - kalo tertinggal ni, nangess wooo..tapi tinggal r sket buat spare kat rumah, kang orang datang beraya hidang biskut meri je kang;P

7) baju raya mak & ayah - tahun ni aku en suami belikan telekung dari Vietnam untuk mak & MIL, baju ayah beli kat kampung kot

8) sampul raya & duit raya - haisy, duit raya tak tukar lagi ni

9) kamera & charger - kot2lah nak ambil gambar raya;)

10) charger handset - kalau terlupa pon boleh pinjam adik beradik punya *itupon kalau diorang pakai henset cokia*

11) netbook & broadband - harusssss, kata blogger & kaki mukabuku..kalau tak buka jenguk mesti hidup tak keruan..haahahaa

12) bantal & comforter - aku suka bawa balik hak nipis tu, senang kalau balik rumah mertua konpem kena berebut-rebut sebab ramai kan so better bawak balik sendiri punya baru selesa;)

13) ubat nyamuk - kat kg banyak nyamuk tuuuu, kalo rumah aku boleh pakai yang jenis letrik, hak jenis sembur & lingkar tu kami sefamili tak suka ngan baunya yang menusuk hidung tu

14) barang-barang berharga - alah, xbanyak pun tapi kenalah bawa bersama kan..takut nak tinggal kat rumah lama-lama..

herm, apa lagi ya?? jom share apa-apa yang aku tertinggal;P

15) Owh, makanan bekalan untuk anak-anak & berbuka nanti - manalah tahu kot-kot masuk waktu time duduk kat Bukit Tujuh ke, Kuala Lipis ke..kan susah nak cari kedai makan so better sediakan makanan siap-siap macam roti ke, air kotak ke, 100 plus ke..leh alas perut sementara jumpa ngan kedai makan;)




5 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhhhhhhhhhhh dah almost prepare dah zaila .. thn nie turn raya at my mom house ;-)

yatie chomeyl berkata...

kirim sale la ka ore kapong...rindu nyo nak rayo di kelate huhuuuh

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

sama ler kita kalo balik kg penuh bonet keta..muahahha..

kena tggu keta kecik lyn habis bayar baru leh amik keta besar sikit..angan2 !!

bila nak balik ni?
selalu dgr org merungut balik qlate cuti raya mmg keta banyak..so bwk2 bersabar ok..

bawak makanan banyak sikit..kalo leh nasik lauk pun bwk siap2..air masak..senang kalo tersangkut dlm jammed..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

thn ni sambut raya rmh mentua dulu...xpe..kids suka sbb hari2 leh mandi pantai :P

DaZzlingLilLy berkata...

bestnya dah list apa yg nak bwk balik nanti..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^