Sebenarnya aku saje je nak suruh anak-anak excited everytime menjelang hari raya. Walaupun diorang masih kecil lagi, tapi kalau kita ajar awal-awal lagi..aku rasa takde masalah punya!! Haritu aku dah terapkan semangat untuk buat biskut raya, walaupun biskut yang paling simple tapi cukup membuatkan anak-anak aku gembira!! Tiapkali diorang tengok iklan cornflakes, mesti teringat kenangan buat biskut raya dengan aku *walaupun mama diorang p bakar sampai hangit biskut tu*
Malam tadi plak, gigih aku suruh en suami yang sememangnya bertangan
Herm, actually aku rasa takde salah pun kalau nak wujudkan semangat untuk berhari raya di kalangan anak-anak ni. Barulah diorang rasa excited sket nak balik kampung segala. Macam anak-anak aku tu, bila ada baju raya sibuk nak pakai tapi lepas aku cakap pakai masa hari raya kat rumah Tok Ayah, terus nak balik kampung..Bangun pagi celik je mata tanya, "bila nak balik kampung mama??" Jenuh nak memujuklah pula tapi perasaan keeksaitedtan *apa punya perkataanlah* tak boleh nak describe..Best juga jadi anak perantau ni, kalau musim raya memang sangatlah terasa perasaan rindukan kampung halaman tu;)
Macam aku kecil-kecil dulu ah, bila-bila hujung puasa selalu tertanya-tanya bilalah kakak & abang aku nak balik..Perasaan berjumpa ngan diorang tu tak boleh nak cakap, Nak-nak kalau tunggu Kak Na aku, konpem akan ada habuan baju raya untuk aku *Kak Na, if you read this : terima kasih banyak-banyak atas segala jasa baik Kak Na masa membesarkan aku dulu, insha Allah, kalu aku ada duit lebih aku akan balas pula dengan belikan anak-anak mung baju raya nanti* Seingat aku, Kak Na rajin juga buat biskut raya, buat kuih siput & kalau esok nak raya rumah arwah Tok Mek aku *al fatihah buat arwah* mesti meriah sebab buat ketupat palas!! Aku sampai sekarang tak reti nak bungkus ketupat tu, makan tahu;P
Pendek kata, memang banyak kenangan masa nak sambut hari raya & aku kalau boleh mahu anak-anak aku pon akan melalui proses yang sama macam aku juga. Oklah, malam ni nak start packing barang dah!! Tata!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan